Monday, May 30, 2011

New Diet and Exercise


Lepas delivered Aimery I still had another few kilos to shed. Dengan gaya hidup sekarang which is melepak di rumah dengan anak-anak sahaja amatlah tidak membantu proses penyingkiran segala kilogram yang terlebih itu. Maka haruslah diusahakan sesuatu. Nanti bila nak start kerja semula x payahlah nak fikir pasal wardrobe kan sebab baju yang lama masih boleh dipakai. Kalau x kembali ke berat asal haruslah kena shopping baju baru nanti. Very the no..no...no..ok??!!! Membazir satu hal dan kalau berat tak turun mesti susah nak keep up dengan anak-anak saya yang masing-masing dah semakin lasak. So mummy kena turutkan berat no matter what. Maybe some people kata badan saya nampak sama je macam sebelum beranak dulu. Sila jangan tertipu ya kawan-kawan. Masih ada lagi lemak-lemak tersembunyi di badan ni.

Sebagai langkah ke arah menurunkan berat badan saya telah membeli produk Herbalife. Macam-macam produk ada di pasaran tapi saya rasa macam nak cuma yang ini. Setakat nie dah 3 hari saya ubah diet seharian. Breakfast and dinner with the shakes dan lunch macam makan biasa. Masa mula-mula tu memang dugaan sangat dashyat. Lapar tak payah cakaplah. Pastu semua benda nampak sedap jer. Damn!!!! Tapi sebab dah beli benda alah nie mahal-mahal haruslah mendisiplinkan diri. Kalau tidak...lupakan saja niat murni nak kurus tu. Berkesan ke tidak produk nie belum boleh nak cakap sebab baru consume 3 hari kan. Nanti after 1 month kita lihat progress yang berlaku. Harap-harap berbaloilah pelaburan ini.



Besides Herbalife (saya je guna produk nie, hubby x guna), hubby ada beli 10 Minutes Trainer by Tony Horton. So setiap hari we all akan pastikan diri masing-masing membuat exercise sekurang-kurangnya 10 minit. 1st day starts with cardio exercise, 2nd day buat total body exercise, 3rd day buat yoga flex. Ulang balik exercise tu untuk hari-hari seterusnya. Kalau larat boleh buat 2 hingga 3 jenis exercise 1 hari. Erm..saya tak larat buat masa nie so 1 jer setiap hari (dasar pemalas la katakan). The best part about this exercise is kami berdua buat benda nie so we support each other. Hubby pun semangat nak turutkan kebuncitan perut sebelum balik Malaysia.


Cerita panjang-panjang pun tak gunakan so kita tunggu dan lihat hasilnya nanti. Menjadi ke tidak usaha kami nie?? Will update more about this later. Tungguuuuu.......

No comments: