Anakanda saya sudah pulang ke pangkuan setelah 20 hari bersama Ummi and Atok di KL. Gumbira kami berdua. Makanya mulai hari ini rumah akan bising semula dengan suara Amsyar dan suara kami berdua kerana pekikkan si Amsyar.
Sampai rumah Amsyar macam terpisat-pisat jer. Macam pelik pun ada sebab macam pernah tengok jer tempat niekan. Lepas tue sibuk-sibuk je main toys Aimery. Macam jakun pulak Amsyar nie walaupun kat rumah Ummi pun dah berlambak mainan dia. Terpaksalah keluarkan kotak mainan dia yang saya simpan sepanjang 20 hari dia kat KL. Apa lagi bersepahlah balik rumah. Suka hatilah Amsyar. Asalkan x kacau org sudahlah.
Aimery macam happy pun ada abang dia dah balik. Mata dok ghalit pandang abang dia. Kejap toleh kanan kejap toleh kiri. Pastu dia pun sibuk nak bercakap bila orang lain bersembang. Nak jadi org besar dah, sibuk nak sembang sama.
But Amsyar macam x berapa nak sihat. Selsema macam teruk jer. Kulit dia pun teruk gatal-gatal sampai naik ke muka dia. Ubat sebeban Ummi bawa dari Malaysia. Rasanya eczema dia macam dah naik balik. masa buat test alergi dulu, doc kata Amsyar alergi pada habuk. Rasanya cuaca berjerebu kat Malaysia sekarang sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah eczema dia. Poor baby. So sekarang kenalah sapu macam-macam ubat kat dia which he totally dont like.
Anyhoo, Amsyar dah balik dan we are all very happy. Boleh la plan untuk buat road trip kat UK nie.
P.s.: Birthday Amsyar dah nak dekat, me is so excited to plan a party for him.
No comments:
Post a Comment