Monday, May 9, 2011

Teruja


Wah semangat nie. Tiap2 hari nak mengupdate blog la pulak kan. Erm....mari kita tengok sejauh mana prestasi ini dapat dikekalkan. Cuba tengok tajuk kat atas nun. Tajuk memang tak tahankan??!!! Ape benda la sangat yang diterujakan itew?

Tak delah gempak apa kawan2 sekalian. Semalam disebabkan xde kerja nak dibuat dan bosan sebab tinggal sorang2, saya telah cuba memperbaiki mutu persembahan blog ini (wah!!! mutu persembahan katanya).

Saya telah masuk blog Ceeramoon dan mengikuti beberapa tutorial pasal blogging nie. Saya memang x berapa fasih dengan benda2 berkaitan blog nie. Makanya untuk terus tidak berada dalam kegelapan haruslah mengikuti garis panduan yang diberikan dalam blog tersebut. Lepas dah baca-baca tue cubalah jugak mengaplikasikan di blog sendiri. Alhamdulillah, setelah digodek sana-sini, tolak atas bawah hasilnya adalah seperti sekarang. Ye saya tau, takde apa yang menarik atau berbeza dari blog kawan2 tapi bagi saya blog nie dah ada peningkatan daripada masa mula2 saya menulis di blog ini.

Tapi nie x habis khatam lagi coz masih banyak benda lagi yang saya belum cuba. Maklumlah budak baru belajar kan, so slow la sikit. Banyak lagi benda yang saya rasa macam tak betul sebab sebelum nie saya buat ikut suka hati mak bapak saya jer. Nanti bila ada masa, saya nak cari lagi blog2 lain yang ada sediakan tutorial pasal blogging nie supaya blog saya nie xlah kelabu jer. Pastu orang pun x sudi nak membaca (sekarang ada ke orang baca??? perasan!!!!). Kalau kawan2 ada cadangan berhubung blog yang sesuai untuk dibaca, sila bagi tau ye. Insyaallah saya akan singgah di blog itew.

Tu jer lah for now. Nanti ada masa saya update lagi. Enjoy your Monday peeps!!!! (saya sentiasa enjoy Monday sebab saya x keje sekarang...hehehe).

No comments: