Thursday, May 19, 2011

I Love Shopping in London


Pagi tadi hubby kata nak pegi Wimbledon nak uruskan pasal ownership kereta ke apa. Dia tanya nak ikut ke tak? Saya pun dengan lancar je ckp nak ikut. Saja nak jalan pasal semalam dah melepak sehari suntuk kat rumah. Tak buat ape selain melayan DVD yang disewa dari Tesco. Semalam tengok The Tourist (orang lain dah berkurun tgk, kami baru terhegeh-hegeh nak layankan..erm ketinggalan sungguh!).

Lepas dah siap tiba-tiba hubby kata x jadi pergi sana. Kita pergi Oxford Street je la (Oxford Street lagi...hurmmm!). Ok la tue lagi pun nak beli baju Aimery sikit. Baju utk pakai kat rumah jer sebab yang ada nie semua dah jadi body fit. So hari nie x payah masak (saya suka!!!). Hubby mula-mula suggest Subway but then dia kata kalau dapat mkn sushi pun sedap nie. Sushi la kita hari nie. I loike.

@ Yo! Sushi. Saya tengah pegang Stanley. Tolong amik gambar si Stanley utk school project Aaron

The aubergines are very the yummy

Perut tengah lapar semua benda sedap giler


Tu dia bertingkat-tingkat piring. Dua orang yang sedang kelaparan makan


Kalau dah sampai Oxford Street ni tak sah la kalau x shoppingkan. Mula singgah Boot's sebab nampak promotion 3 for 2 utk make up. Apa lagi, mata adalah sangat rambang. Kalau boleh semua nk diambil. Nasib baik masih ingat daratan, Maka ambil yang perlu sahaja. Hubby terpaksalah mengikutkan aje. Kalau takde promotion 3 for 2 nie memang saya x beli. Bila tgk harga dan compare dengan harga kat Malaysia...jauh beli murah kat sini. So haruslah membeli walaupun bukan keperluan.

Pastu masuk Waterstone Bookstore. Ada promotion 3 for 2 jugak. Oh bestnya!!!!! Tiba-tiba rasa rajin nak beli buku (beli jer bacenya tak tau la bila kan..hehehe!). Hubby pun kata carilah kalau ada buku-buku yang berkenan. Tunjuklah sikit saya nie bukanlah pandai shopping jer, baca buku pun rajin jugak. Alangkah bestnya kalau di Malaysia ada promo macam nie. Mesti rakyat Malaysia akan jadi rajin membaca sebab boleh beli byk buku (ini teori saya sahaja sebab sekarang nie buku memang mahal so nak membeli pun mcm kemut-kemut jer nak keluar duit. Tapi kalau shopping baju, x kisah pulak kan....hehehe!!!). At last, saya pilih 2 buku and 1 for hubby.

Pastu gi Primark pulak. Kalau nak pergi Primark nie memang kiteorg elak pergi weekends sebab makhluk alam adalah sangat ramai sampai dah macam kat pasar borong (pasar borong pun ramai mcm kat sini kot). Nak membayar pun nak kena beratur berjam-jamkan. Hari nie just nice. Orang tak lah seramai mcm weekends. Cari baju untuk Aimery. T-shirt biasa2 je utk pakai kat rumah. Untuk Aimery dan Amsyar ada dalam 12 ke 13 helai baju + seluar. Hubby got some t-shirt for himself. Hubby tanya saya nak beli apa2 tak? Haruslah jawap nak kan. Baju waktu spring nie best ok sebab walau pun dah balik Malaysia nanti masih boleh dipakai. kalau membeli waktu winter, nak pakai ke bendanya kat Malaysia. Cari punya cari, I found 2 lovely tops. I just loved it so much. Hubby pun kata lawa so apa lagi terus masuk bakul. Rasanya campur-campur semua baju adalah dalam 30 helai kot. And the best part, x sampai pun 100 pound. I loike!!!!

Ini bukan baju kotor

Kerosakan yang dilakukan

Dah dilipat..Baju palik banyak----> Aimery

Our book

My make-up

Bestnya kalau kat Malaysia ada byk promotion mcm 3 for 2 tue ker, buy 1 get 1 free ke. Dapatlah berjimat sikit (jimat ker??). Nie belanja susu and diapers anak jer dah RM500. Erm...nak ckp mcm mane??? At the end off the day, gaji empat lima ribu sebulan pun macam takde apa (saya je kot?). Takpelah yang penting bila berbelanja haruslah mengikut keperluan dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Insyallah, rezeki yang tuhan bagi cukup untuk keluarga.

P.s.: Belanja duit suami memang tak terasa ;p

1 comment:

ashiena said...

suke sushi juga ! :)