Wednesday, June 29, 2011

Makan-makan @ Tinseltown


Hari ini saya tak payah masak (yahoo!!!!). Semalam hubby dah cakap nak bawa kami semua pergi makan dekat Tinseltown-American Diner & Milkshake Bar. Saja nak tukar selera. Alang-alang Ajam (my BIL) ada so bestlah kalau pergi ramai-ramai. Tempatnya pun tak jauh dari rumah (Westbourne Grove). Naik bus dalam 15 minit dah sampai.

Tempat nie diperkenalkan oleh kawan kami, Lynn Zamani. Lynn dah dekat 3 tahun di London nie so dia memang tau la tempat-tempat makan yang best kat sini. Dah lama dah Lynn sebut pasal Tinseltown nie kat kiteorang tapi tak sempat nak menjejakkan kaki ke sana. Azreen yang datang kerja kat London nie pun dah sampai, kami tak jugak sampai....huhuhu. But then, alhamdullillah dapat jugak ke sini sebelum balik ke Malaysia. Kalau nak dikira-kira dekat dah setahun tak makan steak nie. Masa pregnant Aimery takdelah nak mengidam makan steak ke apa. Then dah sampai sini tak tau ada restaurant halal for steak. Bila tau ada tue, teringin jugaklah nak makan.

Macam-macam ada


Hubby sibuk memilih makanan

Amsyar leka main sauces

Makanan di sini sangat variety. Semua ada. Persoalannya samada larat tak larat nak makan je. Lepas dah belek menu dua tiga kali akhirnya saya pilih Sirloin Steak with Piri-piri Sauce. Hubby pilih Mixed Grill (banyak gila portion dia). Ajam order Rib Eye. For side lines kami pilih fries and salad.

Lynn also mentioned to try their shake sebab sedap gila. Baca menu pun dah rasa sedap dah. Walau pun hari hujan semua order shake sebab tak nak kempunan. Rambang mata uolls sebab they have like 50 flavours of ice creams milkshakes to choose from. Nak tau apa saya pilih? Saya telah memilih VIP Lounge Milkshake iaitu Fruit A-List (banana n strawberry topped with maple syrup, whipped cream and jelly tots). It is super delicious!!!!!
My Fruit A-List







Sangat puas hati makan di sini. Makanan sedap dan service pun sangat memuaskan hati. Walau pun ramai orang masa tue, kami tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan masing-masing. Sekarang perut adalah sangat senak sebab makan banyak tadi. Oleh itu, malam nie tak payah dinner sebab dah cover lunch and dinner masa kat Tinseltown. So kalau kawan-kawan datang ke London dan teringin nak makan steak bolehlah try tempat nie. Credit to Lynn sebab perkenalkan tempat ini kepada kami.

No comments: