Wednesday, January 16, 2013

I'm A Grandma....



29 Disember lepas my family n I ada jemputan ke rumah my cousin kat Kajang nun. Dia ada buat majlis sikit bersempena aqiqah cucu dan masuk ke rumah baru. Suka je kalau orang jemput datang makan nie. Memula nak pergi saing dengan my parent sebab diaorang tido rumah malam sebelum tu. Tapi at last, diaorang bertolak dulu ke Kajang coz kiteorang terpaksa tunggu Bibik sampai dari Surabaya. Flight delayed katanya. At last pukul 5pm lebih baru sampai Kajang.

Khemah pun dah siap buka masa kiteorang sampai. Tapi kata sedara kan..so apa ada hal. Redah je la. Kat dalam rumah banyak lagi makanan. Amik je pinggan dan makan. Menu hari tue, nasi beryani. Memang tengah lapar tahap gaban sebab tak masak kat rumah kan. Simpan perut nak makan kat sini temanya. So makanlah dengan jayanya.

My cousin nie dah baya-baya my mom dah. Mak anak no. 7 daripada 11 adik beradik. My cousin tue anak pertama daripada kakak mak yang sulung. So memang patutlah dia dah bercucu pun. Anak my cousin yang sulung pun muda setahun je dari iolls ok.

Saya pun cakaplah kat mak, "Eh..mak dah jadi moyang la sekarang. Nie dah ada cicit dah nie. Tua bebenor dah mak nie" Confident je cakap macam tue kat mak. Masa tue tak sedar diri ok... Lepas dah beberapa minit tue tetiba ....

"OMG...OMG...Kalau mak dah jadi moyang, maknanya Along nie dah jadi nenek la ye????" (dengan ekspresi muka yang tidak dapat terima kenyataan yang diri telah ada title nenek).

My sister lagi kurang asam, menambah kuah...." Tau takpe, jangan la nak feeling2 muda. Dah ada cucu sekarang ye."

Ok la...boleh terima kenyataan yang saya sudah bercucu sekarang. Tapi iolls nenek muda ye...so tak nak panggil nenek. Erm...let me see, what should he call me? 

Nena?? Neda (Nenek Muda)? Hehehe..Lawak la pulak!!!!


My cucu....Lupa pulak nama this cutie pie...



No comments: