Monday, February 27, 2012

I Is Malu



Ok dah lama tak mengupdate blog sehingga dah nampak habuk-habuk yang sudah mula bersarang di blog ini. Ada masa tapi takde mood. Daripada cakap yang bukan-bukan moleklah dibiarkan blog ini sunyi seketika. 

Tapi hari nie telah menggagahkan dan merajinkan diri untuk menulis sesuatu di sini supaya kewujudan blog nie kekal releven...hehehe (ayat adalah poyo).

Ok kita terus kepada perkara yang nak diciter tadi. 

Dalam dua minggu lepas ada seorang staff kt opis nie datang kat bilik saya.

" Selamat pagi Puan. Saya nak minta tandatangan puan boleh tak?"

Saya pun macam heran sikit la naper tiba-tiba dia datang jumpa saya sebab saya bukan penyelia dia. Tapi kalau setakat nak sign tue apa ada kisahkan. Bukan susah sangat pun.

" Boleh....apa salahnya".

Staff tue pun letaklah beberapa dokumen/surat kat atas meja. Saya pun startlah menelek dokumen-dokumen tue. Oh rupanya dia nk minta saya sokong permohonan dia untuk dapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ingatkan apa tadi. Buat suspen je.

"Kenapa tak bagi kat boss suruh sokong. Laku ke sign saya nie?"

"Takpe Puan. Puan pun dah boleh sokong permohonan nie."

"Oh ye ke? Ok la kalau macam tue."

Sambil-sambil menenyeh tue sembang-sembang la sikit pasal permohonan dia tue. Ye la sebab dia kan bukan staff bawah seliaan saya so x berapa familiar sangat dengan masalah dia yg sebenarnya. Bila dah sembang-sembang tue taulah serba sedikit latar belakang dia.

"Ok, cukup tak nie apa yang saya tulis?"

"Cukup Puan. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong sokong permohonan saya nie. Mudah-mudahan Tuhan membalas jasa Puan".

"Sama-sama".

Tu kejadian 2 minggu lepas. Pastu hari Khamis minggu lepas staff tue datang balik ke bilik saya.

"Puan, kalau saya nak bagi Puan kad boleh tak?"

Dalam keadaan kebluran saya pun tanya dia.

"Kad apa?"

Dia terus hulur sekeping sampul surat berwarna hijau.

"Terima kasih Puan sebab tolong sokong saya. Saya sangat menghargai pertolongan Puan."

Mula-mula tue macam terblur lagi tapi sempat gak cakap terima kasih kat staff tue. Tapi isi kandungan sampul berwarna hijau tersebut tak sempat nak dibaca sebab sibuk berkejar nak pergi meeting. Balik meeting  petang tue sempat gak capai sampul hijau tadi. Bila buka dan baca macam terkaku jap sebab tak tahu nak respond macam mana. Korang nak tgk tak isi sampul hijau tue? Nie just nak share je tau..takde niat apa. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Seumur hidup belum terima kata-kata macam nie jadi saya adalah malu...





Seriously memang tak sangka pulaklah ada orang nak bagi card sampai macam nie sebab saya tolong sokong permohonan dia. Dia tak tahu lagi pun status permohonan dia tu samada berjaya atau tidak. Tapi penghargaan yang diberikan adalah cukup tinggi.

Saya sendiri belajar sesuatu dari kejadian nie. Jangan lupa menghargai setiap kebaikan yang diberikan kepada kita. Mungkin pertolongan yang diberikan adalah perkara yang begitu mudah seperti menurunkan tandatangan tapi ia mungkin dapat membantu merubah kehidupan seseorang. Saya harap permohonan dia diluluskan oleh JKM. Amin.

Terima kasih Allah atas pengalaman ini.

No comments: