Thursday, June 27, 2013
Team Building
Hari Ahad lepas masa birthday Amsyar me had to work.
Sedih ok nak pegi sebab tak dapat spend masa dengan birthday boy.
Pagi tu pun dah kelam kabut beli barang rumah la...beli kek ...masak la...
Tau-tau je dah sampai masa untuk berangkat.
Huhu...
Suka betul buat program weekend tau...
Tapi merungut-rungut pun kena pegi jugak.
SYMP katanya...
Dah dibayar gaji untuk buat apa yang telah diarah..kite layan je...
So me n some other staff yang bertuah (bertuah ke??!!!) telah dipilih untuk pergi Kursus Pembangunan Minda dan Jati Diri.
Or nama sempoinya team building.
Nanti kalau letak team building jer susah plak nak justify bajet n kelulusan kan..
So tu yang tajuk dia nampak macam berilmiah sikit....
Strategi namanya tue....
Team building kali nie depa buat kat PNB Ilham Resort, Port Dickson.
Nasib hoihh diaorang buat kat sini.
Dulu penah gi team building opis gak dekat dengan Bukit Jugra sana.
Masa tue tido kat dorm beramai-ramai..
Katil double decker lagi...
Ketaq jugak kepala lutut nak panjat ke atas tue.
Labels:
Working Mummy
Monday, June 24, 2013
Happy 4th Birthday Amsyar
Just a quick update.
Semalam (23 Jun 2013) adalah birthday Amsyar yang ke-4.
Alhamdulillah....dah besar dah anak mummy.
Menjaga Amsyar nie mudah.
Walaupun masa kecil selalu kena visit hospital tapi alhamdulillah semakin dia membesar semakin baik tahap kesihatannya.
Orang kata Amsyar ikut muka mummy.
Well me not so sure tang mana yang ikutnya...
But mummy harap Amsyar akan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang mengasihi mummy dan ayah dalam apa jua keadaan.
Walaupun Amsyar selalu x nak friend dengan mummy kalau mummy x bagi pinjam phone utk tgk Youtube..
I need you to know that mummy will always be your friend....
Will try to be there when u need me...
And will love u endlessly.
Happy birthday my dear.
Im really sorry sebab hanya sempat potong cake dgn Amsyar je semalam..
Cuz mummy has to work.
But insyallah we'll celebrate it this coming Saturday....I promise!!!
Wednesday, June 19, 2013
Nyonya And The Gang
Sabtu lepas me, MIL and SIL ke Istana Budaya.
Kiteorang nak menonton Nyonya and The Gang.
MIL dapat ticket free.
So we went that night.
Sy x pernah tengok teater Nyonya nie.
And tak berapa tahu pun sebenarnya pasal teater nie.
Mungkin sebab promosi dia tak sehangat macam teater Puteri Gunung Ledang.
Tu yang tak alert sangat pasal teater nie.
For those yang interested teater nie start ditayangkan pada 14 hingga 20 Jun 2013.
Sapa yang nak tengok Abg Anuar Zain sila datang pada 19 dan 20 sebab ada penampilan khas katanya.
Labels:
Teater,
Things I Like
Tuesday, June 18, 2013
Menuntut Ilmu
Tajuk x boleh blah kan...
Menuntut ilmu katanya..
Ye...2 minggu lepas, me n SIL telah pergi ke kelas belajar menjahit manik.
Kelas kiteorang kan....tetiba je nak belajar jahit manik.
Memang takde kena mengena ilmu nie dengan profesyen I sekarang.
Tapi ilmu nie sangat berguna untuk diri sendiri dan dapat menjimatkan duit poket kita.
So macam biasa, urusan meng'google' maklumat kat mana patut kita pergi belajar telah dilakukan oleh SIL.
Tq Kak Amy!!!
We decided untuk belajar dengan Butik Seatea Creative nie.
Senang sangat berurusan dengan diaorang nie.
SIL hanya confirm untuk datang kelas hari Ahad.
Payment semua buat masa kelas nanti.
Tak perlu transfer2 duit dan tunjukkan bukti segala.
Mudah hidup kiteorang.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan.
So pagi Ahad tu saya bertolak la dari rumah ke Bukit Mahkota.
Need to fetch SIL first then together we went to Bangi.
Oh lupa pulak nak cakap...butik tu kat Seksyen 9, Bangi.
Sederet dengan kedai sukan Al-Ikhsan.
Sampai pun just nice...sharp kol 9am.
Pn Hajah Zaiton pelawa minum dulu sambil dia prepare apa yang patut.
Memang sedang elok sebab kiteorang x sempat breakfast lagi.
Labels:
Myself,
Things I Like
Thursday, June 13, 2013
Bowlers Gathering
Citer dah lama nie.
Baru berpeluang nak update.
Tapi gambar semua xde nak resize or letak watermark sebab semalam anak bertuah saya Aimery sudah merosakkan laptop saya.
Boleh pulak dipijaknya screen laptop tue..
Huhuhu...sabar je la mummy awak nie wahai anak!!!
Benda dah jadi nak buat macam mana kan.
Paling2 boleh bagi warning kat si kenit tu.
Entah paham entah tidak...
Anyhoo.............
Alkisahnya pada 18 Mei lepas sempat berkumpul dengan kawan2 bowlers kat USM dulu.
Actually nie dah 2nd gathering for this year.
The 1st one they all buat kat Kuantan bulan 4 lepas.
Masa awal tue dah plan nak pegi.
Tapi atas sebab ada urusan dengan family terpaksa tarik diri.
Masa tue best je dengar citer diaorang semua.
Siap ada barbeque bagai.
Boleh nak bbq sebab overnight di Kuantan.
Rugi plak rasa tak pegi.
But nasib la ada inisiatif kawan2 nie nak buat gathering lagi sekali.
Kali nie buat dekat2 je.
Dah namanya bowlers kan so gatheringnya buat kat Endah Parade sebab kat situ ada tempat nak bowl.
Janji kol 10am jumpa kat sana.
Wednesday, June 12, 2013
Visit to Dentist
Sapa yang takut jumpa dentist, sila angkat tangan!!!!
Hah...jangan nak ngelat.
Mengaku saje la kau penakut.
Sama la dengan saya.
Me dun like dentist.
Me dun friend with dentist.
Hahaha...gila psycho minah nie.
Teringat dulu masa zaman sekolah.
Ada waktu yang kita kena buat pemeriksaan gigi kat sekolah.
Minah nie punya psycho x nak jumpa dentist siap sanggup ponteng sekolah.
Yang tue kalau dah dapat notis awal la bila nak kena jumpa dentist tu.
Kalau tetiba je kena pegi, iolls pun mula la menggelabah.
Ikut turn nama..siapa nama mula huruf A tue memang x bernasib baik la...
Kena jumpa dulu...
Nasib nama iolls start huruf M....
Kat tengah2..so sempat lagi la kepala otak nie cari jalan macam2 mana nak lepaskan diri.
Ada masa tue, bila dah dekat sampai nama tue..sanggup keluar kelas cakap dengan cikgu nak gi tandas.
Bukan pegi tandas pun korang...
Me pegi kat kawasan taman tepi tandas tue.
Lepak kat situ dalam 15 minit jugak.
Labels:
Apa-apa Saje,
Myself
Guangzhou Trip : Part 5
FOURTH DAY
Ini hari kite semua nak ke plaza pakaian kanak2.
Macam biasa pukul 9.15am semua berkumpul depan hotel.
Hari ni kite ke tempat shopping naik bus sajer.
Kat negara sendiri tak naik bus tapi kat sini pandai pulak naik pun ken...
Huhu....
Dari hotel ke plaza pakaian kanak2 dengan traffic di waktu pagi mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Tapi pada hemat saya dekat je tempat tu.
Pagi kan jammed sikit...tu yang lama sikit nak sampai.
FuLi Kids World
Labels:
Jalan-jalan,
Pocket Money
Saturday, June 8, 2013
Guangzhou Trip : Part 4
THIRD DAY
Yahoo..dah sampai hari ke-3.
Semput nak cerita sebenarnya..tapi masih nak berkongsi pengalaman dengan uolls semua.
So let's continue the journey.
Group photo again. Nampak tak 7Eleven kat sebelah tu???
Hari ke-3 adalah hari untuk mencari barang2 yang paling utama iaitu KAIN.
So pagi tu selepas aktiviti rutin bersarapan di bilik, group kami bertolak ke Zhongda Fabric Market.
Perjalanan dari hotel ke tempat tu boleh tahan jauh.
Ditambah pulak dengan bilangan kereta di jalan raya.
Maklumlah waktu pagi kan...orang semua berkejar nak masuk opis.
Sampai kat Zhongda tu aroung pukul 10.15am.
After short briefing kite semua dibenarkan menjalankan aktiviti membeli dan memborong.
We need to be at the meeting point around pukul 2pm sebab belah petang kita semua nak ke tempat lain pulak.
Baiklah.....
Labels:
Jalan-jalan,
Pocket Money
Guangzhou Trip : Part 3
SECOND DAY
Yeah...dah hari kedua kita.
Maap la kot2 dah ada yang bosan dengar celoteh saya ni.
Nak share apa yang saya tahu je so kalau ada sesapa yang nak buat rujukan boleh la ambil mana yang perlu.
As for today, kita akan ke plaza pakaian, jam tangan dan kasut.
As usual pagi kat bilik tu kite light breakfast bertemankan Milo panas dan biskut Oatcrunch.
Around pukul 9.15am kiteorang bertolak dari hotel ke Zhan Xi Lu.
Area nie banyak bangunan wholesale yang menjual barangan yang disebut tadi.
Dan sekali lagi kejadian malam tadi berulang lagi.
Sebab naik different taxi maka kami turun pun di tempat yang berbeza.
Yang kiteorang punya group ni turun dekat dengan railway station.
Group yang lain dekat dengan building wholesale tue.
Dah jadi satu kerja nak mencari diaorang dan Fie.
Jauh gak kena menapak.
Dah la tak tau kat mana sebenarnya wholesale building tu.
Main jalan je..
Nasib la SIL boleh converse sikit2 dalam Mandarin.
So ade la sikit pedoman ke mana nak ditujui.
At last dapatla jugak jumpa geng-geng yang lain.
Nasib lepas tue terus Fie bawa di breakfast kat kedai yang konsepnya sama macam kedai yang dekat dengan hotel kiteorang tue.
In fact....menunya memang sama.
Franchise kot..nak tanya pun bukannya depa paham.
So makan sajork tak payah nak banyak bunyi.
Labels:
Jalan-jalan,
Pocket Money
Ghuangzhou Trip : Part 2
Woke up with lots of energy.
Maklumlah perempuan kalau nak shopping memang bersemangat.
Penat pun kata tak penat.
So pagi tu lepas breakfast kite semua dah bersiap sedia depan hotel around pukul 9am.
Semua pun muka berseri-seri.
Silap2 malam tadi ada yang tak lena tidur sebab excited nak memborong kat GZ nie.
Me n Kak Amy tido nyenyak gilos sebab sejuk bilik tu.
Nyaman sungguh tido.
Tapi sebelum tu, nak cakap sikit pasal hotel nie.
Selain dari kawasan dan bilik yang bersih, me like this hotel so much sebab ada 7Eleven kat sebelah dia.
Sangat-sangat mudah hidupku bila ada 7Eleven yang x sampai 2 langkah dari entrance hotel.
Asal kurang barang je singgah sini.
Asal habis air je, singgah beli kat sini.
Murahla sikit air kat sini berbanding air mineral yang depa letak dalam hotel tue kan.
Tak ke mudah tu????!!!
Stok makanan dalam bilik. Nie la makanan kiteorang waktu pagi or tengah malam if lapar.
Labels:
Jalan-jalan,
Pocket Money
Guangzhou Trip : Part 1
Nak start tulis nie pun macam dah confuse sebab tak tau nak start kat mana.
Nak tulis ikut hari ke?
Or boleh skip mana yang tak penting?
Pening plak kepala makcik...
Makanya untuk tidak mengganggu kepala otak I nie, I decide untuk buat entry ni dalam a few parts la...
Boleh la kot...Plz bare with me ye...
Btw, citer nie berdasarkan pengalaman saya..
Mungkin berbeza dengan pengalaman uolls yang pernah pergi or yang akan pergi.
So xde yang betul dan takde yang salah.
Memula meh kite citer macam mana tetiba je boleh terfikir nak ke Guangzhou (GZ) nie.
Actually my SIL baru nak start berniaga.
She wants to open a boutique to be exact.
Bila nak buka boutique tu banyak benda la jugak yang nak kena cari.
Kain...accessories...dan sebagainya.
So all this while me ada teman la jugak dia pergi mencari kain.
Ada kain yang dia beli kat Jakel, Nagoya, Biwanis....etc...
Especially bila ada sale kat tempat2 tue.
Dia beli tak banyak la untuk satu2 pattern cause she wants it to be exclusive.
Every design tu paling banyak pun dia beli dalam 16 meter.
Penat gak pergi shopping kain nie.
Banyak design kan..so berpinar mata nak pilih.
So after sometimes saya ada jugak cakap kat SIL yang saya pernah la baca beberapa blog yang maklumkan barang2 seperti kain n accessories sangat murah di GZ.
And she likes the idea untuk dapatkan stok dari GZ.
From there on kiteorang pun startla mencari pakej2 yang bersesuaian untuk ke GZ.
Banyak jugak pakej ke GZ dalam internet nie.
Pakej lawatan sambil belajar to be exact.
Google je semua..sure keluar semua maklumat.
Ikut suka uolls la nak pilih yang mana satu.
Ada yang tawaran pakej on the ground je tanpa flight.
Ada yang everything in.
Tepuk dada tanya selera.
Lepas dah survey2 dan dapatkan maklumat daripada sumber2 yg boleh dipercayai kiteorang pun booking trip dengan Fie Marissa Closets.
Reason being sebab everything was included.
Maklumlah orang baru nak belajar...semua benda tak tau.
And bila dah congak-congak semua benda kiteorang rasa pakej yang dia tawarkan adalah berpatutan.
Memula tu, ajak sekali hubby pergi.
Sebab dia boleh cakap Mandarin so in term of communication mudah la sikit kan.
Tapi hubby kata macam membazir la pegi reramai.
Huhuhu...sudahnya dia suruh pegi dengan SIL je.
So kite berdua saja la pergi kali ni.
Kiteorang booking pun dah lambat dengan Fie.
Tapi nasib ada tempat lagi so on jer la..
Berurusan dengan Fie pun mudah.
Kena bayar dulu duit untuk flight tiket.
Pastu kiteorang pegi hantar passport kat rumah Fie.
Memula tu ada jugak perasaan risau.
Betul ke tak trip yang kiteorang nak ikut ni.
But after meeting her perasaan was-was tue dah takde.
If apa2 pun kite dah tau dia dok mana kan..so senang nak cari.
Masa hantar passport tue banyak benda jugak kiteorang dapat maklumat.
So we were quite confident with her.
So everything is settled.
Kite berangkat pada 12 Mei hingga 17 Mei.
Pakej 5 hari 4 malam.
Flight ke GZ pukul 8.30pm....4 hours journey to GZ
No time different..yeay...senang tak payah nak reset jam.
Tapi kol 5pm petang Ahad tu dah tercongok kat LCCT sebab ada briefing sikit daripada Fie.
All together ada 15 orang dalam trip kiteorang termasuk sorang budak.
Ada dari Johor..ada dari Kedah...n ada dari Selangor macam weollss...
Some ada yang dah ada business...ada baru nak mencari business dan macam2 lain latujuannya mengikut trip nie.
Lepas briefing semua, Fie ada la bagi goodie bags yang dipenuhi dengan makanan segera seperti nasi lemak, nasi goreng, nasi dengan kuah asam....sweets, asam, etc
Suruh buat breakfast.
Tak sempat nak cari breakfast pagi2.
So makan la makanan yg diberi sebelum keluar shopping.
Everything ok masa kat airport dan tunggu masa nak fly je.
Alhamdulillah flight tak delay ke apa...
So sampai seperti yang dijangkakan around pukul 1am.
Walaupun dah pagi suasana kat Baiyun Airport tu masih meriah dengan orang.
Bas dan teksi masih banyak menunggu untuk mengambil penumpang.
For us, transportation semua dah diuruskan so by the time sampai tue dah memang ada van yang menunggu.
Dari airport ke hotel makan masa jugak.
I shall say dalam 45 minit jugak kot.
Kiteorang dok kat Sealy Hotel @ Panfu Road.
Our hotel
Sila semak sendiri berapa room rate utk hotel nie. This is 3 stars hotel
Sampai kat hotel macam ada kekecohan sikit.
Actually xde apa sangat pun.
Pasal bilik single dan double...
Ada bilik yang ada 2 katil single.
Ada bilik ada double bed sajork.
So ada masalah nak bahagi sapa kat bilik apa.
Masalah bahasa je yang lebih pun...
Diaorang bukan pandai sangat English so tu yang susah sikit nak communicate.
But at least, semua dapat bilik....
Our room was small I must say.
But I like it because it is clean.
Xde deco apa pun kat bilik.
Iolls tak kisah..janji bersih dan bantal tilam adalah empuk.
Takde cupboard dalam bilik so baju gantung macam nie jer |
Dah landing baru teringat nak amik gambar...plz excuse the messes
That's the toilet
So misi kami di GZ nie dah ditetapkan.
First mana barang yang boleh dibeli dengan harga yang murah kita beli.
Second, try untuk kenalpasti sebanyak mungkin tempat2 wholesale yang ada kat GZ.
Period.
Saya sebenarnya tak tau nak beli apa sangat kat sini.
Tunggu dan lihat je kalau ada barang yang berkenan.
Kalau berbaloi kite beli, kalau tak..kite jalan saja.
Pagi tue memang tido dengan nyenyaknya sebab kepenatan.
Simpan tenaga untuk memulakan misi bershopping untuk esok hari.
Itu je dulu sebagai pengenalan.
Nanti kite sambung lagi.
Labels:
Jalan-jalan,
Pocket Money
Subscribe to:
Posts (Atom)