Nak start tulis nie pun macam dah confuse sebab tak tau nak start kat mana.
Nak tulis ikut hari ke?
Or boleh skip mana yang tak penting?
Pening plak kepala makcik...
Makanya untuk tidak mengganggu kepala otak I nie, I decide untuk buat entry ni dalam a few parts la...
Boleh la kot...Plz bare with me ye...
Btw, citer nie berdasarkan pengalaman saya..
Mungkin berbeza dengan pengalaman uolls yang pernah pergi or yang akan pergi.
So xde yang betul dan takde yang salah.
Memula meh kite citer macam mana tetiba je boleh terfikir nak ke Guangzhou (GZ) nie.
Actually my SIL baru nak start berniaga.
She wants to open a boutique to be exact.
Bila nak buka boutique tu banyak benda la jugak yang nak kena cari.
Kain...accessories...dan sebagainya.
So all this while me ada teman la jugak dia pergi mencari kain.
Ada kain yang dia beli kat Jakel, Nagoya, Biwanis....etc...
Especially bila ada sale kat tempat2 tue.
Dia beli tak banyak la untuk satu2 pattern cause she wants it to be exclusive.
Every design tu paling banyak pun dia beli dalam 16 meter.
Penat gak pergi shopping kain nie.
Banyak design kan..so berpinar mata nak pilih.
So after sometimes saya ada jugak cakap kat SIL yang saya pernah la baca beberapa blog yang maklumkan barang2 seperti kain n accessories sangat murah di GZ.
And she likes the idea untuk dapatkan stok dari GZ.
From there on kiteorang pun startla mencari pakej2 yang bersesuaian untuk ke GZ.
Banyak jugak pakej ke GZ dalam internet nie.
Pakej lawatan sambil belajar to be exact.
Google je semua..sure keluar semua maklumat.
Ikut suka uolls la nak pilih yang mana satu.
Ada yang tawaran pakej on the ground je tanpa flight.
Ada yang everything in.
Tepuk dada tanya selera.
Lepas dah survey2 dan dapatkan maklumat daripada sumber2 yg boleh dipercayai kiteorang pun booking trip dengan Fie Marissa Closets.
Reason being sebab everything was included.
Maklumlah orang baru nak belajar...semua benda tak tau.
And bila dah congak-congak semua benda kiteorang rasa pakej yang dia tawarkan adalah berpatutan.
Memula tu, ajak sekali hubby pergi.
Sebab dia boleh cakap Mandarin so in term of communication mudah la sikit kan.
Tapi hubby kata macam membazir la pegi reramai.
Huhuhu...sudahnya dia suruh pegi dengan SIL je.
So kite berdua saja la pergi kali ni.
Kiteorang booking pun dah lambat dengan Fie.
Tapi nasib ada tempat lagi so on jer la..
Berurusan dengan Fie pun mudah.
Kena bayar dulu duit untuk flight tiket.
Pastu kiteorang pegi hantar passport kat rumah Fie.
Memula tu ada jugak perasaan risau.
Betul ke tak trip yang kiteorang nak ikut ni.
But after meeting her perasaan was-was tue dah takde.
If apa2 pun kite dah tau dia dok mana kan..so senang nak cari.
Masa hantar passport tue banyak benda jugak kiteorang dapat maklumat.
So we were quite confident with her.
So everything is settled.
Kite berangkat pada 12 Mei hingga 17 Mei.
Pakej 5 hari 4 malam.
Flight ke GZ pukul 8.30pm....4 hours journey to GZ
No time different..yeay...senang tak payah nak reset jam.
Tapi kol 5pm petang Ahad tu dah tercongok kat LCCT sebab ada briefing sikit daripada Fie.
All together ada 15 orang dalam trip kiteorang termasuk sorang budak.
Ada dari Johor..ada dari Kedah...n ada dari Selangor macam weollss...
Some ada yang dah ada business...ada baru nak mencari business dan macam2 lain latujuannya mengikut trip nie.
Lepas briefing semua, Fie ada la bagi goodie bags yang dipenuhi dengan makanan segera seperti nasi lemak, nasi goreng, nasi dengan kuah asam....sweets, asam, etc
Suruh buat breakfast.
Tak sempat nak cari breakfast pagi2.
So makan la makanan yg diberi sebelum keluar shopping.
Everything ok masa kat airport dan tunggu masa nak fly je.
Alhamdulillah flight tak delay ke apa...
So sampai seperti yang dijangkakan around pukul 1am.
Walaupun dah pagi suasana kat Baiyun Airport tu masih meriah dengan orang.
Bas dan teksi masih banyak menunggu untuk mengambil penumpang.
For us, transportation semua dah diuruskan so by the time sampai tue dah memang ada van yang menunggu.
Dari airport ke hotel makan masa jugak.
I shall say dalam 45 minit jugak kot.
Kiteorang dok kat Sealy Hotel @ Panfu Road.
Our hotel
Sila semak sendiri berapa room rate utk hotel nie. This is 3 stars hotel
Sampai kat hotel macam ada kekecohan sikit.
Actually xde apa sangat pun.
Pasal bilik single dan double...
Ada bilik yang ada 2 katil single.
Ada bilik ada double bed sajork.
So ada masalah nak bahagi sapa kat bilik apa.
Masalah bahasa je yang lebih pun...
Diaorang bukan pandai sangat English so tu yang susah sikit nak communicate.
But at least, semua dapat bilik....
Our room was small I must say.
But I like it because it is clean.
Xde deco apa pun kat bilik.
Iolls tak kisah..janji bersih dan bantal tilam adalah empuk.
Takde cupboard dalam bilik so baju gantung macam nie jer |
Dah landing baru teringat nak amik gambar...plz excuse the messes
That's the toilet
So misi kami di GZ nie dah ditetapkan.
First mana barang yang boleh dibeli dengan harga yang murah kita beli.
Second, try untuk kenalpasti sebanyak mungkin tempat2 wholesale yang ada kat GZ.
Period.
Saya sebenarnya tak tau nak beli apa sangat kat sini.
Tunggu dan lihat je kalau ada barang yang berkenan.
Kalau berbaloi kite beli, kalau tak..kite jalan saja.
Pagi tue memang tido dengan nyenyaknya sebab kepenatan.
Simpan tenaga untuk memulakan misi bershopping untuk esok hari.
Itu je dulu sebagai pengenalan.
Nanti kite sambung lagi.
1 comment:
Hi @missaries82, thank you for ur detailed blog about the trip to GZ, sy pun berminat juga nak ke guangzhou, but going on my own..
Nak tanya, masi lagi memborong ke China ke?
Post a Comment