Saturday, June 8, 2013

Guangzhou Trip : Part 3


SECOND DAY

Yeah...dah hari kedua kita.
Maap la kot2 dah ada yang bosan dengar celoteh saya ni.
Nak share apa yang saya tahu je so kalau ada sesapa yang nak buat rujukan boleh la ambil mana yang perlu.

As for today, kita akan ke plaza pakaian,  jam tangan dan kasut.
As usual pagi kat bilik tu kite light breakfast bertemankan Milo panas dan biskut Oatcrunch.
Around pukul 9.15am kiteorang bertolak dari hotel ke Zhan Xi Lu.
Area nie banyak bangunan wholesale yang menjual barangan yang disebut tadi.

Dan sekali lagi kejadian malam tadi berulang lagi.
Sebab naik different taxi maka kami turun pun di tempat yang berbeza.
Yang kiteorang punya group ni turun dekat dengan railway station.
Group yang lain dekat dengan building wholesale tue.

Dah jadi satu kerja nak mencari diaorang dan Fie.
Jauh gak kena menapak.
Dah la tak tau kat mana sebenarnya wholesale building tu.
Main jalan je..
Nasib la SIL boleh converse sikit2 dalam Mandarin.
So ade la sikit pedoman ke mana nak ditujui.

At last dapatla jugak jumpa geng-geng yang lain.
Nasib lepas tue terus Fie bawa di breakfast kat kedai yang konsepnya sama macam kedai yang dekat dengan hotel kiteorang tue.
In fact....menunya memang sama.
Franchise kot..nak tanya pun bukannya depa paham.
So makan sajork tak payah nak banyak bunyi.


Group photo again

So sebelum shopping tue kita makan dulu...
Sebab lapar semua benda pun sedap.
Pagi2 dah makan nasi panas2...
Stok tenaga untuk 1 hari nak bershopping.




Today's menu

This one ala-ala kebab/shawarma


After makan dan some briefing kiteorang pun startla bergerak ke kawasan sekitar.
To tell the truth, kawasan nie ada banyak wholesale building.
So pandai2 la plan nak ke mana dalam tempoh masa yang dah diberi.

Kedai2 yang terdapat di kawasan nie



Burberry, Gucci...u name it, they have it!!!!



Actually saya tertunggu2 gak nak ke tempat nie sebab nak tengok la kalau2 ada baju2 lawa yang kita boleh beli.
So we went around the buildings.
Penat kaki makcik berjalan weyh....
Tapi apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan.
1st sekali sebab design...
Design yang ada tue macam nak berapa nak menarik perhatian sebab most of it adalah terlalu seksi..terlalu jarang...terlalu pendek..etc

Macam tak sesuai untuk pasaran yang saya target.
And the 2nd thing, bila jumpa pakaian yang berkenan di hati harganya pulak tak setanding.
Mahal sangat.
Kalau dah beli mahal berapa pulak harga kita nak letak nanti?
Sedangkan kat Malaysia sendiri boleh dapat baju yang sama pada harga yang lebih murah.
And of course..wholesale kan...kena beli sampai many2.
So ada proble sikit la kat situ.
Kita bukannya ada kedai 2 3 nak simpan stok banyak2 macam tue..
For all we know, masa tue dah ada design lain yg  tengah in.
Tak ke rugi di situ.

So end up jalan2 cuti mata saja.
Tapi dalam pada berjalan2 tue sempat jugak membeli belah untuk anak2, suami dan adik beradik.
Harusla beli kalau jumpa baju yang murah dan berkualiti kan....
At last penuh gak trolley tue dengan baju2 yang kiteorang borong.
Barang penuh...kaki pun sakit..huhuhu






Pukul 4.30pm kiteorang n 2 lagi pasangan dah tercongok menunggu kawan2 yang lain kat tempat yang dijanjikan.
Kol 4.45pm pun masih belum nampak kelibat masing2.
Hujan dah start turun...
So kiteorang decided nak gerak dulu balik ke hotel.
Tak sanggup den nak menunggu dalam ke hujanan di situ.

Oh....btw, kat area nie jugak ada banyak wholesale building yang menjual jam dan kasut.
Tapi kiteorang tak pergi sebab bukan dalam list.
But we knew it were there.
So lain kali nak cari tempat jam dah tau kat mana.

Ada kawan dalam group nie siap masuk hotel nak beli jam uolls.
Scary tak???
Rasa macam bahaya je berurusniaga jam sampai ke bilik hotel.
Idok la teman buat macam tue.
Buatnya masa berurusniaga tue ada aktiviti penguatkuasaan pihak berkuasa sapa nak jawap tu.
Sila jangan buat begitu ye kawan2...very the dangerous!!!!

Lega weyh bila sampai bilik.
Terus campak badan sendiri atas katil dan mengadu domba kesakitan kaki yang dialami sambil mengurut kaki masing2.
Belum penah lagi shoping berturut2 macam nie.
Nie baru hari kedua.
Ada lagi 2 hari nak bershopping nie.
Help!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Later on, untuk dinner kite makan kat satu Turkish restaurant dekat dengan Clivia Hotel.
Jalan kaki je dari hotel kami tu.
Memula ingat nak makan makanan Turkish tapi rupanya makan lauk pauk macam kat Malaysia jugak.
Food ordered by Fie @ organizer.
So tak apalah..bedal saja since perut dah lapar.
The food was ok.. nothing to shout about.







Malam tue Fie nak bawa rombongan Cik Kiah ke African Night Market.
Sebelum tue tanya gak Fie apa yang best kat sana.
Dia kata ada jual baju, set bilik tidur, etc..
Memandangkan apa yang disebutkan tadi kiteorang x berminat dan dah beli makanya me n SIL decide not to join them tonite.
Takut kejadian malam semalam berulang lagi.

And nak tau apa kiteorang buat?
Hehehe...kami telah memanjakan kaki masing-masing dengan membuat foot spa n massage kat Sino Hotel.
Sino Hotel tue pun selang beberapa pintu je dari hotel kiteorang.
Memang keputusan yang amat bijak.
Sedap gila ada orang urut kaki.
Hilang kesakitan yang dialami tadi.

Memang layan seyh...

Yang lagi gempak dia bukan urut kaki je...siap urut kat belakang badan n tangan sekali.
Dekat sejam jugak la kat situ.
Sampai berbunyi2 pinggang dan leher saya dibuatnya.
Tapi memang heaven.

Untuk massage tu bayaran dikenakan sebanyak 75 yuan/seorang.
Tapi sebab kiteorang amik sabun herbal masa rendam kaki tue so kena byr 95 yuan/sorang.
Me SIL belanja foot massage...sebab tue lagi sedap.
Hahahaha...
Love u ketat ketat la SIL!!!!

Malam tue tidur pun muka ada senyum.
Kaki terasa ringan yang amat dan bersedia untuk melakukan kerosakan untuk esok.
Lena tak ingat tidur malam tu.....




No comments: