Sabtu lepas me, MIL and SIL ke Istana Budaya.
Kiteorang nak menonton Nyonya and The Gang.
MIL dapat ticket free.
So we went that night.
Sy x pernah tengok teater Nyonya nie.
And tak berapa tahu pun sebenarnya pasal teater nie.
Mungkin sebab promosi dia tak sehangat macam teater Puteri Gunung Ledang.
Tu yang tak alert sangat pasal teater nie.
For those yang interested teater nie start ditayangkan pada 14 hingga 20 Jun 2013.
Sapa yang nak tengok Abg Anuar Zain sila datang pada 19 dan 20 sebab ada penampilan khas katanya.
Senget pulak gambar Abg Nuar nie... Hi Abg Nuar...I bukan peminat u. Peace!!!!!
Apparently teater nie dah dipentaskan beberapa kali di beberapa tempat.
Yang berbezanya adalah barisan pelakonnya.
Yang 1st sekali depa buat kat Malaysia Tourism Center (MTC) Oktober 2004.
Masa tue pelakonnya Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Juhara Ayob, melissa Saila, Rosman Ishak dan Ismaliza Ishak.
Semua iolls x kenal kecuali Juhaya Ayod dan Melissa Saila.
In Dec 2004, they performed again at Taman Seri Budaya Seremban.
Ada slighty changes in term of pelakon..masa nie ada Khadijah Tan dan Rozie Rashid yang menggantikan Juhaya Ayod n Melissa Saila.
The 3rd one buat kat Alor Setar plak tahun 2007..
This time Juhara thelah kembali tapi tempat Rozie Rashid diganti dengan Vanidah Imran pulak.
All together ada 6 kali tayangan teater Nyonya nie.
Yang terakhir nie dibarisi oleh Mardiana Alwi, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Misha Omar, Fara Fauzana dan Kiah Propa.
So...macam biasa teater starts at 8.30pm.
Memula tue memang enjoy sebab banyak unsur2 humor terkini yang diselitkan sepanjang teater.
Dalam 4 orang pelakon tu, part minah lawak adalah Amy Mastura.
Siap masuk Keek dan Instagram segala...
Lawak hooi...minah tue.
Sakit perut tengok aksi dia.
Dah tue kasut dia...barang kemas dia..semua asyik tercabut dan terpelanting ke sana sini.
Semangat gila berlakon.
Fafau dan Misha Omar tue ok je rasanya..
Memeriahkan lagi kekecohan yang sedia ada.
Kiah Propa tue gelaknya bukan main besar lagi, sakit jugak gegendang telinga iolls mendengar kenyaringan suara dia.
Watak dia memang macam tue kot....but it's ok.
Cumanya bila dah lama2 rasa macam bosan sikit sebab cerita tue macam sama dari awal sampai la ke penghujung.
Takde elemen surprise langsung.
Dialog pun lebih kurang sama2...beza sikit je daripada nak beli 1 meter persegi perkarangan rumah kepada marmar kepada kerusi ruang tamu kepada katil di bilik tidur.
Bosan kot.
I don't loike!!!
And word of the day utk teater nie adalah...'EKORNYA"..."EKORNYA"
Tapi I loike the actress yang jadi Nyonya tue iaitu Mardiana Alwi.
I think she is good.
Dari segi lakonan, tutur bahasa Indonesia nya, lenggoknya...macam perfect je.
Lawak pun lawak jugak.
And I think it was too long..
Just imagine pukul 10.30 baru break untuk intermission..
Hoihh...kalau dah break pukul 10.30pm, pukul brape pulak nak habis kan.
And penampilan The Gang tue macam tak perlu pun tak apa kot.
Me rasa macam tak match pulak digabungkan teater Nyonya dan The Gang nie bersama.
But maybe dia nak bagi laluan kepada The Gang nie untuk lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kite kot.
But seriously I think tak kena langsung.
At last show abis pukul 11.30pm.
Punya la lama....normally pukul 10.45pm dah habis dah.
Dah la nak kena balik Kota Warisan..huhuhu...
Tapi masa show tadi macam something happen.
Lepas intermission tue, Misha Omar look so very sick.
Memula ingatkan memang watak dia macam tue lepas intermission tadi.
Rupanya tidak ok.
After show tue, kiteroang berkesempatan jumpa Siti Rohayah Atan (Penerbit Nyonya and The Gang/Pengarah Urusan CTRA Production) dan Chloe (Pengarah Pemasaran untuk CTRA).
Diaorang cakap something happen masa break tadi.
Misha Omar dan her make up artist tetiba muntah...bayak pulak tue.
Tu yang lemah longlai Misha Omar bila kat stage tadi.
Erm....mungkin adalah benda yang tersilap makan tue.
Hopefully Misha tak apa-apa la sebab masih banyak lagi malam untuk teater nie.
So sesapa yang nak pergi masih sempat lagi nie.
Pergi dan nilai sendiri teater tue.
Apa yang saya cakap berdasarkan pandangan peribadi dan apa yang saya lihat.
Maybe uolls suka teater nie.
Boleh dapatkan tiket from here.
P.s. Ini bukan entry berbayar, sajer nak share dengan korang..;p
No comments:
Post a Comment