FOURTH DAY
Ini hari kite semua nak ke plaza pakaian kanak2.
Macam biasa pukul 9.15am semua berkumpul depan hotel.
Hari ni kite ke tempat shopping naik bus sajer.
Kat negara sendiri tak naik bus tapi kat sini pandai pulak naik pun ken...
Huhu....
Dari hotel ke plaza pakaian kanak2 dengan traffic di waktu pagi mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Tapi pada hemat saya dekat je tempat tu.
Pagi kan jammed sikit...tu yang lama sikit nak sampai.
FuLi Kids World
Dalam nie memang syurga untuk ibu bapa berbelanja la..
Banyak baju yang cute2 kat dalam nie.
Be it yang international brand or local brand.
Sediakan duit saja...
Dan sedikit kesabaran serta sikap rasioanal sebab takut nanti lupa diri bila bershopping.
Hahahaha!!!!
Sama seperti tempat wholesale yang lain, di sini pun uolls kena beli secara wholesale.
Macam myself, berkenan sangat dengan shirt Guess nie.
So bila nak beli untuk my boys yang umur 3 dengan 4 tahun tue...
Instead hanya amik size 4 dan 6, me also have to take size 2, 8 and 10 because tu memang set dia.
But I think it's worth it.... cause harganya amaat berpatutan.
I can just take the sizes that I want and sell the one that I dont need.
Actually kite semua dibenarkan berada kat sini sampai pukul 2pm saja sbb ada satu lagi tempat yang Fie nak tunjuk iaitu Digital Mall.
But memandangkan kiteorang xde barang yang nak dicari di situ, we decided to stay here and balik hotel on our own.
We only got back to the hotel at 5pm.
Sampai bilik letak2 barang then kiteorang keluar balik cari makan sebab perut masing2 dah berdondang sayang.
Mau tak berlagu, dari pagi tadi tak makan apa.
Breakfast tadi makan biskut cicah Milo je kot.
Kesian perut saya.
Jomlah kite pegi makan kat kedai belakang tue.
Memang terbaik la pergi waktu tu sebab kedai kosong lagi.
So order pun sampai cepat je.
Macam tau-tau je ini dua manusia tengah kebuloq.
Lepas makanan kiteorang sampai, customer dah start ramai.
Memang patut pun sebab by that time dah pukul 6pm lebih.
Chinese kat dinner awal.
Fuh..lega....boleh makan dengan tenang dan aman.
Nasi kat sini lebih stick sikit dari nasi kite kat Malaysia.
Me have no problem with that.
Makan lagi laju ada la...
Malamnya adalah aktiviti packing barang.
Sambil tue, Fie ada tapawkan dinner untuk kiteorang.
Walau pun dah kenyang, kiteorang turun amik food sebab takut membazir plak.
Dah belikan....
So malam tue kiteorang bergabung tenaga mengemas barang.
Some stuff memang dah ada dalam kotak sebab beli dalam karton.
Senang x payah nak re-pack.
Ready to go jer..
While others to kena packing sikit.
Lepas dah ambil kira apa yang boleh sumbat dalam beg sebanyak 40kg, the rest kita masuk kotak.
At last... tambah lagi 2 kotak dari 5 kotak yang dah sedia untuk dihantar shipping.
By 9.30pm kiteorang dah siap kemas.
Pastu saja nak buat orang lain dengki, kiteorang upload gambar bilik yang dah clear kepada geng2 yang lain.
Bebulu jer diaorang dengan weolls.
Hahahahaha.....
Tak cukup dengan itu, kiteorang pergi buat lawatan tapak.
Singgah bilik sorang2...
Depa dok packing sampai ke luar bilik uolls.
Punya la banyak barang diaorang...huhu
Tak dapatla den nak menolong eh.....
Tolong tengok sajork ....
Pastu kol 10pm Fie ajak semua gi foot massage kat Sino Hotel yang kiteorang gi on 2nd day tue.
Foot massage tue dah include dalam harga package.
Semua pakat berhenti packing barang sebab tak nak ketinggalan berfoot massage.
Memang wajib buat sebab kaki masing2 dah terseksa bershopping selama 4 hari.
Fie pun dah tau semua penat sebab tue dia include dalam package dia.
Both of us orang yang pertama tercongok kat lobi nak pergi massage.
Maklumlah kerja packing dah settled.
Masa massage tue sebilik dengan Fie..so sempatlah kiteorang bergossip.
Hahahah...dasar perempuan....
Malam tue kiteorang berdua tido awal jugak.
Aroung pukul 12am sebab balik dari massage kaki pun dah dekat 11.30pm.
Tapi dengarnya geng2 yang lain tue dok sambung packing sampai kol 3-4am.
Wahhh.....tak sanggup den.
FIFTH DAY
Hari terakhir adalah lebih menjurus kepada urusan penghantaran barang2.
By 10am, depa nak angkut barang dari hotel gi warehouse dah.
Semua kotak perlu diberi coding.
By the way, barang2 kiteorang nie guna coding Fie je.
Dia kata next time kalau datang n nak guna coding dia pun xde masalah.
Tapi macam mana nak berurusan tue kena la bincang lanjut dengan dia.
Ours ada dalam 7 kotak.
Tapi bila dah campur 16 orang punya stuffs memang banyak giler la kotaknya.
Dalam 62 carton jugak....
Luckily muat lori tu.
Lepas barang2 semua dah settled naik lori, kiteorang diberi peluang untuk buat aktiviti bebas.
For us, we decided to go to Onelink Plaza again.
Sebab masa pergi hari tue tak sempat nak explore kawasan sekeliling dia.
So marila kita ambil peluang yang ada nie untuk melawat kawasan.
Sempat la jalan2 kat kedai2 yang ada di sekitar tue.
Memang banyak benda yang ada kat luar tue.
Sebagai contoh, kat luar tue SIL jumpa Hello Kitty stuffs yang sangat berpatutan harganya.
Sampai hanger pun dia beli..hahahah
Sebab her daughter memang minat gila kat Hello Kitty.
Nasiblah saya belum ada anak perempuan.
If not mummy dia pun sure terikut nak memborong sama.
Jalan lagi dekat situ jumpa pulak all kind of plastic bag yang super cute and super murah.
Nie kalau kat Malaysia nie dah berapa harga dia.
Me terjumpa satu plastik bag nie....tanya harga berapa?
Sekali dia cakap 4 yuan.
Tercengang sekejap dibuatnya....
Banyak kot plastik tue...
SIL pun sama memborong plastik bag...
Sebab kami berdua tahu yang kite takkan dapat harga nie di tanah tumpah darahku Malaysia.
Selagi ada tempat dalam beg mari kita beli.
Supaya tidak menyesal di kemudian hari katanya.
Settled part pastic bag tue, kite explore pulak kawasan lain.
Kali nie terjumpa plak hair accessories yang lawa n murah jugak.
SIL pun meneruskan aktiviti memborong dia.
This time me duduk saje sebab tak teringin plak nak membeli.
And on the way back, we grab some fridge magnet sebagai souvenirs untuk kawan2.
By 4.30pm kite semua dan tercekat kat lobi hotel.
Untuk gi airport nie, Fie dah sewakan 1 coach kite untuk kiteorang.
Kalau datang dulu boleh la berhimpit sikit naik van.
Tapi balik nie dah boleh dah.
Bag masing2 semua dah beranak pinak.
Dulu datang satu beg, sekarang dan jadi 3 beg.
So haruslah naik coach.
By 5pm kite berolak dari hotel.
Bye2 Sealy Hotel..
See u soon.
Alhamdulillah urusan check in berjalan lancar.
Beg semua takde yang overweight.
Settled semua..kiteorang terus ke boarding area.
Sambil melepak tue sambil makan makanan yang Fie dah tapau tadi.
Lapar sesangat dah.
Tadi masa shopping tak ingat apa itu lapar.
Elok je lagi setengah jam nak boarding, tetiba ada ground staff nie datang kat group kiteorang n nak tgk bag sticker kiteorang.
Semua kat situ macam blur.
Tak paham sangat apa yang dia ckp pun satu hal jugak.
Nasib la ada SIL yang boleh berinteraksi dgn minah tue dan seorang frequent traveller maka dapat la membantu merungkai sedikit kekecohan yang berlaku.
Nak tahu apa yang berlaku???
Rupa2nya salah satu luggage yang group tu check in tadi mengandungi barang2 yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam perut kapal terbang.
Semua dah macam..erk..apakah ini???
Then sorang nie mengaku mungkin beg dia ada power bank.
Hah...kan dah pesan tadi masa kat kaunter.
Sila baca kat notice yang diletak depan kaunter tue, apa yang boleh dicheck in dan apa yang x boleh.
Tak pasal2 je delay flight nie hah.
Later that ground staff tu bg tau la yang kite semua boleh teruskan penerbangan.
Tetapi bag yang bermasalah tadi tue terpaksa tinggal untuk mereka membuat peperiksaan.
Tak pasal2 je dah kena tinggal bag.
Nasib boleh terbang kalau tak memang bermalam la uolls kat airport tue.
At last kiteorag take off dalam pukul 9.30pm instead of 8.50pm.
Drama tadi punya pasal la....
Lepas settle makan dalam flight terus je tido.
Mengantuk yang amat.
Sampai LCCT dekat pukul 2am.
Suami masing dah menunggu di airport.
Tapi masa peperiksaan kat kastam bag SIL sangkut.
Kastam tue tau je ada barang baru yang kite bawa balik.
Huhuhu....
Dia kantoi baju budak2 yang SIL beli tue cuz dia beli dalam kuantiti yang agak banyak.
She had to paid around hundred something kot.
So alhamdulillah..selamat pergi dan sampai semula ke Malaysia.
Itu je untuk entry nie.
Nanti kite citer sikit tips2 tambahan yang mungkin boleh digunapakai kalau uolls ke GZ nnti.
Tata for now.
P.s. Hari terakhir memang malas nak ambik gambar dah sebab dah tak sabar nak balik Malaysia.
No comments:
Post a Comment