Saturday, June 8, 2013

Ghuangzhou Trip : Part 2



Woke up with lots of energy.
Maklumlah perempuan kalau nak shopping memang bersemangat.
Penat pun kata tak penat.
So pagi tu lepas breakfast kite semua dah bersiap sedia depan hotel around pukul 9am.

Semua pun muka berseri-seri.
Silap2 malam tadi ada yang tak lena tidur sebab excited nak memborong kat GZ nie.
Me n Kak Amy tido nyenyak gilos sebab sejuk bilik tu.
Nyaman sungguh tido.

Tapi sebelum tu, nak cakap sikit pasal hotel nie.
Selain dari kawasan dan bilik yang bersih, me like this hotel so much sebab ada 7Eleven kat sebelah dia.
Sangat-sangat mudah hidupku bila ada 7Eleven yang x sampai 2 langkah dari entrance hotel.
Asal kurang barang je singgah sini.
Asal habis air je, singgah beli kat sini.
Murahla sikit air kat sini berbanding air mineral yang depa letak dalam hotel tue kan.
Tak ke mudah tu????!!!


Stok makanan dalam bilik. Nie la makanan kiteorang waktu pagi or tengah malam if lapar.




Ready for shopping


Bergambar dulu sementara tunggu cukup korum


Our group for this visit

And ada wifi FREE uolls.
So asal ada kat bilik je sibuk berwhatsapp dengan hubby..update apa yg berlaku kat GZ.
Bila ada kat bilik semua program dirancang melalui group whatsapps.
Dah plan semua baru keluar bilik.


FIRST DAY

So aktiviti kita untuk hari ini adalah untuk melawat plaza aksesori, hiasan dalam rumah, gifts dan permainan kanak-kanak.
For that purpose kami telah dibawa menaiki van dari hotel ke OneLink Plaza.
Sampai2 je kat situ, macam biasalah Fie akan bagi taklimat sikit.
Apa yang ada kat dalam nie, barang yang boleh dibeli kat sini, pukul berapa nak kena berkumpul balik, etc.

Lepas dah habis taklimat tue ikut suka hati kita la nak jalan celah mana.
Yang penting cukup time kol 4.30pm, musti ada kat tempat berkumpul tadi.
As easy as that.
Kalau tak paham lagi, meh sini ketuk kepala tu sikit bagi cerdik.


Briefing dulu sebelum dilepaskan


Budak2 seronok nie kalau dapat main benda nie


So me and SIL pun memulakan pengembaraan dalam OneLink Plaza nie.
Mak aii......byk betul kedai dia.
Tak tau nak ikut celah mana dulu.
7 tingkat semuanya dengan simpang-simpang yang banyak.
Setiap simpang dan celah ada kedai.
How la????

We quite like this place sebab banyak benda yang menarik perhatian kiteorang.
Contohnya clock, crystal, painting, ladies accessories (bangles, necklaces, brooches), etc.
Kedai2 toys tak masuk pun sebab takde niat nak beli.
Toys bebudak kat rumah pun dah takde tempat nak simpan.
Kalau beli lagi kat mana pulak nak sumbat.
So say no to toys!!!
Sorry kids you ain't gonna have toys from mummy.


Teruja melihat accessories kat sini


Me n SIL had gone crazy with this apple crystal. Super gorgeous




More crystal


Nice n cheap painting




Segala kotak, paper bag dan plastik bag ada kat sini..super like!!!!




Tapi kawan2 yang lain tue memang sakat memborong toys.
Sekejap je trolley tarik diaorang dah penuh.
Kotak toys kan semua besar gabak.

Just nak buat confession sikitlah, masa masuk je kat kedai2 yang jual barang2 yang kiteorang berkenan berbakul sumpah seranah keluar dari mulut kiteorang.
Serius guys...memula tu macam terkedu gak dengar harga yang diaorang cakap.
Pas dah sedar dari lamunan terus marah gila dengan orang2 yang berniaga kat Malaysia.

Mau taknya, buat untung tak ingat punya...
Sampai beratus-ratus % apa hal kan?
Wal hal harga kat sini murah gila.
Tu pun kira diaorang dah amik untung tu.
Kos dia sure lagi rendah kot.
Memang membuka mata sungguh la....

Kalau nak lagi murah, of course uolls kena beli banyak.
Ayat famous semasa berurusniaga di sini....

Me :  How much?
Salesgirl : How many?
Me : One..
Terus salesgirl capai calculator and tunjukkan harga (contoh : 35 yuan)
Me : Many-many ?
Salesgirl : 20 yuan....

So kalau sebut buy many2 memang diaorang boleh bagi harga murah.
Many2 tue pun  ikut kedai...
Takrifan many2 untuk kedai mungkin berbeza antara kedai A dan kedai B
Many2 kedai A mungkin kena beli 5 baru dapat harga murah.
Many2 kedai B kena beli 10 baru dapat harga murah.

Selain dari ladies accessories dan toys, kat sini ada banyak barang perhiasan rumah macam curtain, bedding, cushion, perabut kayu, etc.
Ada geng kiteorang memborong perabut sebab diaorang nak buat business home deco.
Murah la agaknya tue sebab banyak diaorang borong.

To tell the truth memang x sempat nak masuk semua kedai yang ada kat situ.
Tak cukup masa uolls.
So kite concentrate kat kedai2 yang ada kepentingan saja.
Kalau nak ronda semua mau tercegat kat sini dari kedai buka smp kedai tutup.
Tue pun tak tentu lagi habis sebab Fie kata kedai wholesale nie rata-ratanya tutup sekitar pukul 6.00pm.

But we were happy with what we have bought.
Managed to buy some accessories, crystal, paper bags, painting...that was so damn cheap.
Some of the thing kiteorang bawa balik sendiri.
While yang besar-besar tue kita minta supplier hantar ke hotel...with some charge of course.

Cukup masa kiteorang bergerak balik ke hotel.
Transport to hotel paid by Fie.
Masa balik tue perut memang dah berdondang sayang dah.
Dah dekat pukul 6pm tak makan lunch lagi weyh.
Masa bershopping tadi pun sebenarnya dah kebuloq.
Alas perut dengan makan biskut yang dibawa dari Malaysia.
Tapi kalau setakat makan biskut tue lama mana bertahan pun.

Lepas dah settled apa yang patut kat bilik, kiteorang berkumpul balik depan hotel untuk pergi makan.
Semua on time pasal masing-masing dah lapar.
Nasib la kedai tue dekat area hotel je.
Selamat....kalau tak dah terpaksa menahan lapar lagi.

Chinese Muslim restaurant..so ada banyak benda kita boleh makan.
Lupa pulak nama dia apa...
Semua excited nampak gambar makanan.
Semua nampak sedap.
Macam-macam diaorang order.

Me n SIL order nasi with beef + sayur...x ingat nama dah.
Sayur tu macam aspagarus....
Memang sedap makan nasi panas2 dengan lauk tue.
Alhamdulillah.
Memula nampak portion nasi tu macam terkejut.
Sebab banyak dan takut tak habis.
Sekali makan...licin pinggan uolls.....
Memang kebuloq sungguh!!!!


Sempat lagi nak berposing...sementara menunggu makanan sampai katanya


Dim sum




Nasi nie memang terbaik. Habis satu pinggan iolls sental


Lepas makan, balik bilik and get ready untuk ke Shang Xia Jiu (night shopping street).
Masa nak ke sana tue naik beberapa taxi.
Disebabkan taxi berhenti di tempat yang berlainan, end up kiteorang terpisah dengan rakan2 yang lain.
Dah terpisah tue, pandai-pandai la jalan sendiri.

Kiteorang berenam masa tue.
Personally, me n SIL tak berapa suka sangat jalan kat situ.
Maybe sebab takde benda yang menarik perhatian kiteorang.
Tempat tu macam deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai produk.
Mostly boleh dikatakan baju, seluar, jean dan kasut.
Tak berkenan plak design diaorang.












Dah pusing-pusing tu, we decided to go back to the hotel.
Kaki pun dah sakit sebab dah seharian berjalan kat OneLink tadi.
Ajak la the others balik kalau diaorang nak ikut sekali.
Kiteorang pun tahan teksi tapi diorang tak nak join...
Mungkin diaorang takut bayaran teksi mahal kot.
But both of us proceed je naik teksi sebab dah tak sanggup nak berdiri lagi kat sini.

End up 5 minit lepas tue dah sampai dekat hotel.
Macam terkejut jugak sebab masa pergi rasa macam jauh je.
End meter taxi tu tunjuk 12 yuan je.
Btw, taxi meter in GZ starts @ 10 yuan.
Kira ok la tue.

Pukul 10.45pm dah melepak sambil mengurut tapak kaki yang sakit ittew.
Masa shopping tak sakit...DASAR!!!!!
Masa tengah lepak2 tu dapat whatssapp dari kawan2 yang lain.
Dah sampai bilik la tue...
Pastu tanya berapa kiteorang kena naik taxi tadi.
Kiteorang bagi tau la 12 yuan.

Rupa-rupanya diaorang balik tadi naik tut-tut...
Tut-tut kat GZ nie scary ok...
Idok la teman naik.
Rasa macam nak melayang je ghupenya.
Pastu mahal pulak tue diaorang kena bayar.
25 yuan kot 1 tut-tut....
Erm...sekarang sapa yang untung???!!!

Sebelum tido pekena Milo panas yang dibawa dari Malaysia.
Dicicah dengan biskut butter cracker Julie memang terangkat.
Lena tidur saya malam tue...

So itu je citer untuk hari pertama.
Penat sudah....nanti sambung lagi untuk hari-hari yang berikutnya.

Stay tuned!!!!!



No comments: