Wednesday, February 27, 2013

Birthday Celebration



Lambat pulak up entry nie. Dah nak masuk Mac dah nie. So meh la kite citer sikit pasal birthday En. Suami untuk tahun 2013 nie. Kang sentap pulak tak share. Dok sibuk nak mengambil gambar segala tapi satu entry pun takde.

This year buat simple celebration je (erk...macam la pernah sambut grand-grand pun kan...). But yang uniknya tahun nie adalah kali nie kita buat double birthday celebration. Kebetulan my SIL dah balik for good kan so dapatlah kite sambut birthday suami SIL sekali. Birthday hubby is on the 17 Feb and birthday Abg Didie (SIL's hubby) is on 18 Feb. Makanya eloklah kite jamakkan sekali. Jimat masa dan tenaga nak arrange event segala.

But we celebrated it one day earlier (16 Feb) untuk memudahkan semua pihak. Masing-masing ada komitmen masing-masing so that was the most suitable time for everbody. Kali nie we had dinner at Johnny's  kat AU Setiawangsa. Nak pergi Johnny's Alpha Angle macam susah sikit dia nak accomodate untuk 16 pax at one go. So AU la yang terbaik.

Makan sampai nak pecah perut.




Dah besar sangat la kononya. Makan tak nak mummy suap. Dia nak suap sendiri. Layankan ajer....


The adults



The children

Lepas makan2, di AU kite balik ke rumah. Kat rumah buat majlis potong birthday cake pulak. Yang birthday boys rileks je tapi anak2 dia yang terlebih excited bila nampak cake. Laju je tangan dia sampai ke cake tu. Huhuhu... Tak caya tengok la gambar tu. Jadi quality controller bebudak nie.




Buat-buat busy bace buku. Ini semua poyo!!!!


Happy birthday to you...Happy birthday to you...Happy birthday to Didie n Jimmy....Happy birthday to you...






Family Picture
SIL with her family


Our family


With Ummi


The ibu-ibu dan the bapa-bapa




Tepat pukul 12am, barulah saya wish hubby happy birthday. This time around it was quite hard to find a present for him sebab dia tak menunjukkan tanda-tanda menginginkan sesuatu. Tapi tahun lepas macam lagi teruk je sebab langsung tak beli present. Saya pun macam tak pasti kenapa saya tak beli. Tapi dah jamak beli Samsung Galaxy Tab tue masa anniversary. So kira ok la kan.

But of course, at the end I managed to think of something that will benefited me as well. So I bought him a leather sling back from Valentino Rudy that is big enuff to put his tab. Sebelum nie asyik nak menumpang beg iolls je. Mentang-mentangla handbag kite besar, semua dia nak sumbat. Cannot ok. Berat nak membawanya... So sekarang dah ada bag sendiri sila beratkan bag sendiri. No more tumpang-tumpang..

Happy Birthday Chyang!!!!
Me love u so much!!!!





Wordless Wednesday


Just Us!!!!







Thursday, February 21, 2013

Family Day @ Desa Water Park



Awal bulan Februari tu dapat jemputan ke Family Day Sentosa Specialist Hospital (one of KPJ Hospital). Orang dah jemput, kite datang la memeriahkan suasana. Event buat kat Desa Water Park. So pagi tue dalam pukul 8am bertolak dari rumah terus ke sana.

The kids were pretty excited I must say. Maklumlah nampak air kan..semua pun happy nak main air. Kiteorang pernah jugak datang sini tahun 2010. Masa tue bertiga je la...without Aimery. Amsyar pun kecik lagi masa tu. Tak paham ape pun.

But not this time. Dia punya excited...sampai berseri-seri wajah!


Aktiviti pagi tue dimulakan dengan senamrobik. And macam dah jadi kemestian pulak lagu Gangnam dalam setiap acara. Nie tengah bergangnam la nie.

Tuesday, February 19, 2013

Makan-Makan


Citer masa CNY hari tue. CNY kali nie bertapa di KL sajork. Malas nak bergelumang dengan kesesakan lalu lintas. Malam CNY tue, masa dihabiskan dengan melepak dengan hubby, SIL n her hubby di Pelita area KLCC sampai kol 2am lebih.  Kata hari cuti kan so setakat kol 2am tue apa la sangat kan. Esok pagi tue belasah bangun lambat. Nasib ada si Bibik tengokkan bebudak. Sekali-sekala bagi can saya bangun lambat ye Bibik...

Later that evening, me, hubby, SIL n her hubby went to KLCC nak mencari screen protector utk camera and IPad. Sayang seribu kali sayang kedai MAC adalah tutup. CNY kan..so tak boleh nak cakap apa la. Banyak gak kedai yang tutup tapi umat manusia x pernah kurang. Penuh je KLCC tue rasanya. Lucky me... got my screen protecter for my new baby.

Dah pukul 3pm lebih masa tue, perut masing-masing dah mula berdondang sayang. We all decided makan kat Madam Kwan. Penuh jugak tempat tue walau pun dah lewat petang. But lucky us, we got our table. Nampak semua benda macam sedap. Perut tengah lapar, semua pun nak order.


Amsyar tagged along. Budak nie sekarang 24/7 sibuk  main game surf ke apa namanya tue.

Bad Start


Minggu yang tidak begitu baik. Orang dah 2 hari kerja tapi saya dah 2 hari MC. Hari Ahad dah rasa macam x sedap badan. Makan pun so-so je. Takde selera. Akibatnya malam dah susah nak tido sebab perut adalah lapar tapi x tak teringin nak makan. Kepala pun dah start pening pasal perut kosong.

Monday tu memang ting tong la kepala nie. Call PA Bos beritahu masuk lambat sikit coz nak pi klinik. Pi klinik kat area rumah nie n dapat MC sehari. Ok la tue..boleh la rest sikit. Sebab tadi bila berdiri lama pun dah rasa macam nak black out.

Balik rumah minum Milo secawan pas tu makan ubat apa yang patut terus zass sambung tido balik. Bangun tido perut lapar yang amat. But still takde selera nak makan. At last makan roti butterscotch sekeping and apple hijau yang bibik dah potong pagi tadi nak bawak ke opis kononnya. Pastu rest lagi.

Later dalam kol 5pm lebih perut adalah sakit tak ingat dunia. Memulas-mulas la pulak. Pendek kata dari pukul 5pm sampai kol 8pm tue, dekat 10 kali la berulang ke toilet sampai dah takde apa nak dibuang but still perut adalah sakit. Tapi lepas tue macam dah ok la sikit kan.

Bila dah asyik ke toilet, perut memang dah kosong gila. Lapar tahap gaban dah nie. Disebabkan itu, capai gak la sekeping lagi roti. Memang silap la makan roti tu. Bermula la balik drama ke toilet lepas tue.... Rasa nak pengsan ok!!!! Makan sikit tapi sakitnya...macam dah makan julab 1kg. Hubby tanya nak pegi klinik tak Time tu dah pukul 10pm lebih kot. Klinik kat rumah tue pun dah tutup. So dengan muka cover comel cakap.. 

"Takpe la...I cuba tahan, tengok nanti macam mana".

Wednesday, February 13, 2013

Krabi With Besties...Part 5


Part 5...? No, don't worry! Nie just nak wrap up je pengalaman selama 5 hari 4 malam di Krabi. Takde citer panjang2 pun. Pagi Ahad tue semua pun rileks je. Mana-mana tak habis shopping tu boleh buat last call lagi pagi tue. As for us, pagi tue kiteorang dah menapak ke Royal Tailor. Amik suit hubby yang tak siap lagi semalam. Alhamdulillah cantik je terletak kat badan. Kalau beli kat kedai tue, tangan panjang la...bahu jatuh la...macam-macam citer.

At 11am, shuttle dah ready untuk ambil kiteorang ke airport. Otw ke airport tue, sempat lagi menyinggah ke Outlet Village dia. Dah alang-alang lalu, berhenti je la kan. Bukannya nak membeli sangat pun (ye ke? boleh caya ke??). For more info boleh klik sini.

Tuesday, February 12, 2013

Krabi With Besties...Part 4


Yeay...sudah masuk Part 4. Ini bermaksud citer percutian nie dah nak habis (mesti uolls pun cakap...Thank God....at last....). Ok, paham!!!!! So jom citer laju-laju je untuk part 4 nie. Pagi  nie nak buat aktiviti darat plak. As usual, kol 8.30am dah menunggu shuttle amik. 

Semua orang join this akktiviti except for Azua n Bad coz diaorang dah buat aktiviti nie during their 1st visit. So for today, diaorang pergi buat water rafting. Ereen n Khairul dah bertolak ke Phuket untuk balik ke Malaysia. And today kiteorang tak hired private charted. Makanya selain kiteorang ada lagi 5 orang guests lain dalam shuttle yang kiteorang naik tu.

Ready  to start our journey


Monday, February 11, 2013

Congrats!!!!


Lupakan sebentar citer percutian Krabi yang tak habis lagi tue. Hari nie nak citer sikit pasal majlis resepsi my friend, Ikhlas dan cinta hatinya Jeffrey. Ikhlas nie kawan yang sama-sama dilantik berkhidmat dalam government tahun 2004 dulu. Masa tue kenal dia gitu-gitu je. Tak rapat sangat pun. Tapi pada tahun 2006 kami telah menjadi housemate bila saya transfer dari Melaka ke Putrajaya. Masa tue masing-masing masih bujang lagi. Kiteorang tinggal kat Taman Kajang Utama. Kiteorang tinggal bertiga. Sorang lagi Amy Lisa, kawan satu batch jugak. 

Lama sungguh percintaaan Ikhlas dan Jeff nie. Kalau ikut ceritanya since tahun 2007 bila they all terserempak di Kuala Terengganu ketika masing-masing sedang bercuti di sana. Part yang lama tu, iolls tak berapa nak heran sangatlah sebab biasa jugak dengar orang bercinta sampai 7 8 tahun nie. sepanjang tempoh tue ada sekali 2 jumpa Jeff. N if I'm not mistaken they came to our wedding back in 2008.

Part yang buat iolls terkagum adalah percintaan jarak jauh mereka itu. Ikhlas di KL tapi Jeff di NZ. Uolls kira sendirilah berapa punya jauh da... beribu-ribu kilometer punya jauh. Nie dah percintaan antara benua dah konsepnya. Iolls cannot tahan kalau bercinta PJJ macam nie. Dulu Melaka dengan KL pun dah terasa jauh. Berusaha gigih nak menukarkan diri ke Putrajaya (TQ Zana J kerana membantu diriku ini).

Alhamdulillah, cinta diaorang sangat teguh dan jodoh mereka memang telah tertulis. Ikhlas dan Jeffrey telah diijabkabulkan pada 24 Dis 2011 yang lepas. And to make it interesting, the solemnization was held at Leed, UK masa Ikhlas tengah further her Master degree. Very the international.... 3 benua berjaya menyaksikan percintaan diaorang nie.

Malam Sabtu lepas telah diadakan majlis resepsi pengantin perempuan bertempat di Dewan Merak Kayangan KL. Walaupun majlis nie diadakan setelah setahun majlis pernikahan mereka, suasana tetap meriah. Ikhlas look stunning in her dress n Jeff sangat segak berbaju Melayu.

Friday, February 8, 2013

Krabi With Besties...Part 3




Hari nie malas nak citer panjang, layan gambar je boleh???? Boleh la ye....

Ok hari nie adalah activiti island hopping. Kami telah pilih 4 Islands Tour. Kenapa pilih pakej nie? Mudah saja...jawapannya kerana tempat nie semua orang belum pergi. FYI, nie trip Kedua Azua ke Krabi so basically ada island yang dia dah pergi masa 1st visit dulu. So supaya semua happy, kite pilih yang masih belum dilihat oleh semua orang. 

Actually selain daripada 4 Islands tue (which include Poda, Ko Gai (Chicken), Tup and Phra Nang), ada lagi beberapa package pulau lain yang uolls boleh pilih. Contohnya Hong Island, Phi Phi Island and James Bond Island. So tepuk poket, tengok ada duit lebih tak? Kalau ada duit lebih boleh sebat semua pakej sekali.

So, kol 8.30am dah ready nak bertolak. Tapi dah settled semua benda lebih kurang kol 9.15am baru bergerak dari pantai Ao Nang ke tempat yang ditujui.

The gurls...ready to have fun!!!!

Thursday, February 7, 2013

Krabi With Besties...Part 2



Memandangkan geng yang lain baru nak sampai tengah hari nanti so Azua n I decided to go to Phuket. Day trip saje. Krabi dengan Phuket tak jauh uolls. Lebih kurang macam dari KL pegi Pagoh je lalu highway. Akan tetapi jangan la bayangkan jalannya seperti highway PLUS kite tu. Tidak sama sekali.

Untuk ke Phuket nie ada 2 option yang kite boleh pilih iaitu samada nak menggunakan jalan darat or laut. If uolls decide nak menggunakan jalan darat, banyak je agen-agen/tourist agent yang menyediakan kemudahan pengangkutan ke sama. Boleh pilih nak naik bas ke, nak charted private van ke...semua boleh. Bergantunglah pada bajet masing-masing. Otherwise, uolls boleh jugak pilih ferry. Nie pun banyak offer yang uolls boleh dapat daripada agent.

As for ourselves, kiteorang decide untuk booked 1 kereta sebab kami berempat je. Mudah jugak jalan sesama kite je. Boleh buat suka ikut kepala sendiri. Azua did all the booking. TQ Azua. Driver amik dari hotel jam 8.30 pagi n terus gerak ke Phuket. And kalau ada yang tertanya-tanya how much it cost, jawapannya RM450 untuk 1 kereta (return).

Driver kiteorang tue Muslim and nama dia Karim. Boleh tahan gak dia bawa pajero tu. Tak tau berapa kali mengucap saya dan Azua kat seat belakang. Paling slow dia bawa 110 km/j. Rasa macam naik racing car pun ada. Laki-laki kiteorang nie elok je tido. Nak-nak laki laki I la. asal kena air-cond je terus pengsan. Tak boleh harap punya co-pilot. Saya dengan Azua nie yang penat kaki tekan brek kat belakang...;p

At last after almost 3 hours in the car baru la sampai ke tempat yang ditujui. Karim berhentikan weolls kat Jungceylon Shopping Centre dan kat sikit jugak dia akan pick up weolls nanti. Asked him to come n pick us up at 5pm.

First destination di Phuket adalah mencari Hardrock Cafe. Dari shopping centre tu ingat nak naik tuk-tuk la ke situ sebab macam jauh je tempatnya. Sekali pemandu tuk-tuk tu tak nak ambik kiteorang da.... Dia suruh kiteroang jalan je. Mungkin bagi dia tempat tu dekat sangat dan tak banyak yg dia dapat collect dari kiteorang. Huhuhu....makanya menapak la kami di tengah hari buta tu.

Sunday, February 3, 2013

Krabi With Besties...Part 1



Bismillahirrahmanirrahim....mari la saya mulakan cerita percutian sikit ke Krabi dan Phuket dengan BFF zaman uni dulu. Alhamdulillah walaupun semua dah sibuk dengan kehidupan masing-masing tapi tali persahabatan nie masih kukuh terjalin sehingga kini (eh...eh...apsal keluar ayat novel/bebunga cinta nie ????).

Memula mari citer macam mana boleh terjadinya trip nie. Semua nie adalah gara-gara promotion tiket murah AirAsia tahun lepas. Ye kawan2...tahun lepas punya promo, tahun nie baru bercuti. Nak tiket murah punya pasal, maka haruslah beli awal.

Ain la yang paling cekap merancang trip nie. Dia yang roger bila tiket murah, bila ada cuti, etc....Oleh sebab kecekapan itu, beliau telah dilantik sebagai project manager. Memang tepatlah pilihan kiteorang menjadikan dia PM trip nie. Semua berjalan lancar dan selamat.

Trip kali nie telah disertai oleh 6 orang BFF (Me + Hubby, Ain + Putra, Azua + Badd, Zailie + Man, Erin + Khairul, Surya + Edy) bersama hubby masing-masing. Nie trip untuk couple-couple je. Anak-anak terpaksa ditinggalkan untuk seketika. Btw, at the moment Surya n saya je ada anak kecil. Yang lain masih honeymoon lagi....;p

We came to Krabi on different date due to flight ticket price. Me, Azua n Erin arrived on 23 Jan while the others arrived on 24 Jan. Stayed in Krabi till 27, except for Erin n hubby. They left on 26 Jan.

During 5 days kat Krabi. kiteorang tinggal di Ao Nang Beach Hotel. It is a small hotel in the middle of Ao Nang Road. Tapi puas hati and selesa tinggal kat situ sebab everything is just a walking distance. Nak shopping, makan, massage, sewa motor, etc..semua dekat. Memang terbaiklah pilihan PM. Siap ada free wifi lagi. Sangat memudahkan komunikasi. Sebelum keluar bilik semua sibuk whatsapp antara satu sama lain. Dah buat decision baru keluar bilik.