Hari nie malas nak citer panjang, layan gambar je boleh???? Boleh la ye....
Ok hari nie adalah activiti island hopping. Kami telah pilih 4 Islands Tour. Kenapa pilih pakej nie? Mudah saja...jawapannya kerana tempat nie semua orang belum pergi. FYI, nie trip Kedua Azua ke Krabi so basically ada island yang dia dah pergi masa 1st visit dulu. So supaya semua happy, kite pilih yang masih belum dilihat oleh semua orang.
Actually selain daripada 4 Islands tue (which include Poda, Ko Gai (Chicken), Tup and Phra Nang), ada lagi beberapa package pulau lain yang uolls boleh pilih. Contohnya Hong Island, Phi Phi Island and James Bond Island. So tepuk poket, tengok ada duit lebih tak? Kalau ada duit lebih boleh sebat semua pakej sekali.
So, kol 8.30am dah ready nak bertolak. Tapi dah settled semua benda lebih kurang kol 9.15am baru bergerak dari pantai Ao Nang ke tempat yang ditujui.
The gurls...ready to have fun!!!!
Our men.....ever ready oso!!
Zailie + Yaya posing
Sambil menunggu sambil camwhoring
No, we ain't going on this!!!!
Our ride for the day
Happy faces
Lebih kurang dalam 20 minit menaiki long tail boat akhirnya sampai ke Poda Island. OMG....the water is so blue. Tak sabar nak nak terjun. Matahari pun tengah baik naik time tue. Jejak je tanah dah ada orang minta bayar 20 Baht sorang. Wang perlindungan katanya...no I'm kidding!!! Tu lebih kurang macam duit untuk buat kerja-kerja penjagaan kebersihan tempat tu. Dah sampai, bayar je la kan. Nasib bawak duit kan. Kalau tak terpaksa naik balik. Menikmati pantai dari atas boat je la...
Dah jumpa port yang strategik, semua pun terjun ke dalam air kecuali Zailie dan Man. Takut hitam ye??? Best giler dapat mandi air laut jernih macam nie. Terjakun iolls sekejap pasal dah lama tak nampak air jernih macam tu. Selalu nampak laut kat PD tue cokelat je airnya. Tak berapa nak nampak ikan sangat masa nie sebab cuaca tengah terik, ikan semua lari kat tempat sejuk dan redup.
Lepak kejap je kat situ sebab tengah mandi-mandi tue terasa gatal-gatal badan. Kena jelly fish agaknya. Yang lain pun macam lebih kurang macam saya. End up, kiteorang decided nak pergi ke pulau seterusnya.
First islands...Poda
Next stop adalah Chicken Island. Pulau nie mendapat namanya daripada bentuk mukabuminya yang seakan-akan chicken itu. Dari jauh dah nampak Chicken Island nie. Kat sini, kiteorang telah dilepaskan beramai-ramai untuk aktiviti snorkeling. Sangat ohsem stop kali nie. Laut dah la cantik, pastu banyak giler ikan kat sini. Lawa-lawa pulak tue. Datang lagi jakun iolss.
Si Erin pulak siap bawak roti bagi ikan makan. Bila ada makanan tue berderu la ikan-ikan nie semua serbu kiteorang. Bila dah banyak sangat ikan, I is geli ok. Rasa kaki tangan dan badin nie dicucuk-cucuk oleh ekor dan sirip ikan-ikan itu. Makanya, setiap kali makanan masuk dalam air, semua orang berkeliaran berenang menyelamatkan diri sebab takut diserang ikan.
Spend banyak masa jugak kat sini. Memang enjoy gile tengok hidupan laun nie dari jarak dekat. Si Man ke sapa tah , siap dapat tangkap ikan dengan tangan lagi. Hebat betul!!!!
Chicken Island
Next stop adalah Tup Island. Sini pun ohsem jugak tempatnya. Pendek kata, terbaik la ...Sangat memuaskan hati, mata dan fikiran saya bila tengok pemandangan yang indah macam nie. Memang perlu datang ke tempat macam nie selalu. Dapat rehatkan minda dan mengeratkan perhubungan...sama ada dengan kawan-kawan atau pasangan (Hint : Chyang sila bawa I lagi ke pantai macam nie). Oh lupa nak cakap, kat sini pun kena wang perlindungan lagi!!! Kali nie ke 50 Baht. Berapa kali nak bayar daaa..... Tapi dah sampai tak kan tak nak turun kan, bayar la jugak!
Kat sini kiteorang lunch dengan bekalan yang telah disediakan dalam pakej. Kotak polisterin adalah besar ok. Dah terbayang ada ayam goreng ke apa kat dalam tue. Sekali buka tengok ada nasi goreng biasa je dengan sup dalam plastik. Kecewa mak hencik dan kawan-kawan. Sikit pulak tue. Mana cukup...kiteorang dah la lapar. Banyak tenaga telah digunakan untuk berenang ok (banyak la sangat kan, padahal banyak berposing depan camera jer)!!! Senyap sunyi sekita sebab semua kusyuk mengadap nasi masing-masing. Tapi nasib baik la ada kawan-kawan yang memang ever ready dengan makanan tambahan. Pas makan tue ada la yang keluarkan biskut. Alhamdulillah....sedap sungguh biskut itu Zailie!!!!!
Jom.... layan gambar....
My gurls (L-R) : Erin, Ain, Me, Azua, Yaya n Zailie
Bila air surut, kite boleh menyeberang dari satu pulau ke pulau yang berhampiran
Last stop adalah Phra Nang Cave Beach. Kat sini semua dah keletihan. Berenang so-so je. Tapi Si Edy dengan Yaya seronok betul berenang sebab kat situ ada bukit yang membuatkan kawasan laut adalah teduh dan mereka boleh mandi kerana tiada matahari. Puteri dan putera lilin sangat pasangan ini uolls.
Pastu kat sini ada orang jual makanan dalam long tail boat. So sesapa yang tak cukup makan tadi boleh la melantak lagi kat sini. Ada kueh teow goreng, jagung bakar, pancake, ice-cream...eh..pendek kata, macam-macam ada la. Sediakan duit je. Me n hubby as usual order pancake. Memang terbaik wok!!!!
Just landed @ Phra Nang Beach
Benda nie dapat dilihat kat Phra Nang Beach nie. Sejarahnya saya tak tahu. Sila google sendiri. Tapi diaorang nie siap sembahyang mengadap benda nie uolls. Tak paham saya apa kejadahnya motif/simbolik benda nie dengan tempat ni. Kalau ada sesiapa tahu, boleh la share ye.
Dah puas mandi, snorkeling, posing, makan akhirnya at 3pm kiteroang dah ready untuk balik. Orang lain still sibuk berjemur, korang nak balik dahkan..apahal?? Takpelah weolls dah cukup tanned dah, rasa macam nak terbakar dah kulit nie. Malam nie ada aktivi lain pulak so eloklah kite rest sekejap sebelum memulakan acara seterusnya.
Sampai hotel around pukul 3.30pm. Rehat-rehat jap pastue dah ada yang whatssap ajak makan. Nampak tak punya kebulur kiteroang tak bukup makan tadi kat island pasal nasi sikit sangat??? At last semua pasangan berkumpul di restaurant kegemaran Chaba Thai untuk early dinner. Nikmat dapat makan nasi panas dengan tom yam, sotong masak pedas dan kailan ikan masin.
Tak cukup kourom lagi. ada yang tengah bersiap lagi di bilik.
Kol 6.30pm dah bertolak ke night market. Basically night market diaorang nie saja je macam pasar malam kite. Macam-macma jualan ada. Paling banyak orang jual makan la. Yang lain tue ada jugak macam jual baju, aksesori, kasut, kraftangan, painting, dan lain-lain. Iolls jenjalan je. Tak beli apa pun.
Ini namanya coconut ice-cream. Hubby yang beli sebab tak pernah nampak benda nie. Rasa dia boleh tahan. Harga 30 Baht kalau tak silap.
Oh kiteorang ambil kesempatan lukis gambar karikatur. To tell the truth bukan nak lukis sangat pun tapi lebih kepada nak duduk kat kerusi dia. Bila kaki tengah sakit nie takde benda yang lebih tempting selain dapat duduk kat kerusi. Sementara dia melukis tue dapatlah duduk dalam 5 minit. Cepatlah pulak orang tue lukis. Kalau lukis lelama pun I rela ok sebab sedap sangat dapat duduk kat kerusi dia. It cost us 160 Baht. 1 figure dia charge 80 Baht. Hubby kata murah, entah la I dunno..tak pernah suruh orang lukis gambar I kat KL.
Balik dari night market dalam pukul 10.30pm. Sampai je Ao Nang terus cari tempat massage. I is cannot tahan. Sudah sakit satu badan. My friend semua dah sempat pergi massage petang tadi sebelum gi night market. Patut la semua nampak segar.
So now, giliran iolls pulak nak bermassage-massage. Pergi ke tempat yang diaorang pergi iaitu Miracle. Dekat je pun dengan hotel kiteorang. Me n hubby pilih oil massage untuk 1 hour. Nak tau berapa harga? 300 Baht/person je uolls. Pengsan tak dengar? Punya la murah. Kalau harga macam nie kat Malaysia, kompem selang sehari iolls pergi massage.
Ya Allah, terasa kenikamatan dunia bila kena massage. Hilang seketika sakit-sakit badan tadi. Berbunyi-bunyi badan iolss dikerjakan. Tapi memang puas hati. rasa nak datang lagi nanti. Malam tue tido sambil senyum je sebab badan rasa sedap sangat. Tak sabar jugak nak buat aktiviti untuk hari esok.
Btw, kalau ada yang tertanya-tanya pasal pakej island tue just nak share sikit dengan uolls. Personally saya rasa tak payah pun booking awal-awal untuk tour nie. Sampai Krabi nanti, akan ada banyak pilihan daripada agen-agen yang ada kat sini. Kena rajin cari je untuk dapatkan the best package.
For our group, we all decide nak book private package meaning hanya group kiteorng je dalam 1 tour tu. And for that we had to pay 4500 Baht for long tail boat n 1200 Baht for food (total : 5700 Baht). Basically 1 coup hanya bayar RM95. I thought it was a good bargain sebab we enjoy the trip very much n boleh ikut kepala sendiri sebab hanya kiteroang je dalam boat tue. Boleh decide bila nak pergi n bila nak balik. Kalau join orang lain terpaksa tunggu semua orang baru boleh gerak. Tak best ok....
Till next entry....
P.s. : Kata tak nak cakap banyak tapi panjang jugak entry nie..huhu
No comments:
Post a Comment