Memandangkan geng yang lain baru nak sampai tengah hari nanti so Azua n I decided to go to Phuket. Day trip saje. Krabi dengan Phuket tak jauh uolls. Lebih kurang macam dari KL pegi Pagoh je lalu highway. Akan tetapi jangan la bayangkan jalannya seperti highway PLUS kite tu. Tidak sama sekali.
Untuk ke Phuket nie ada 2 option yang kite boleh pilih iaitu samada nak menggunakan jalan darat or laut. If uolls decide nak menggunakan jalan darat, banyak je agen-agen/tourist agent yang menyediakan kemudahan pengangkutan ke sama. Boleh pilih nak naik bas ke, nak charted private van ke...semua boleh. Bergantunglah pada bajet masing-masing. Otherwise, uolls boleh jugak pilih ferry. Nie pun banyak offer yang uolls boleh dapat daripada agent.
As for ourselves, kiteorang decide untuk booked 1 kereta sebab kami berempat je. Mudah jugak jalan sesama kite je. Boleh buat suka ikut kepala sendiri. Azua did all the booking. TQ Azua. Driver amik dari hotel jam 8.30 pagi n terus gerak ke Phuket. And kalau ada yang tertanya-tanya how much it cost, jawapannya RM450 untuk 1 kereta (return).
Driver kiteorang tue Muslim and nama dia Karim. Boleh tahan gak dia bawa pajero tu. Tak tau berapa kali mengucap saya dan Azua kat seat belakang. Paling slow dia bawa 110 km/j. Rasa macam naik racing car pun ada. Laki-laki kiteorang nie elok je tido. Nak-nak laki laki I la. asal kena air-cond je terus pengsan. Tak boleh harap punya co-pilot. Saya dengan Azua nie yang penat kaki tekan brek kat belakang...;p
At last after almost 3 hours in the car baru la sampai ke tempat yang ditujui. Karim berhentikan weolls kat Jungceylon Shopping Centre dan kat sikit jugak dia akan pick up weolls nanti. Asked him to come n pick us up at 5pm.
First destination di Phuket adalah mencari Hardrock Cafe. Dari shopping centre tu ingat nak naik tuk-tuk la ke situ sebab macam jauh je tempatnya. Sekali pemandu tuk-tuk tu tak nak ambik kiteorang da.... Dia suruh kiteroang jalan je. Mungkin bagi dia tempat tu dekat sangat dan tak banyak yg dia dapat collect dari kiteorang. Huhuhu....makanya menapak la kami di tengah hari buta tu.
Tapi best gak jalan tu. Macam-macam boleh tengok. Sesambil jalan tue sempat bertanya arah Hardrock Cafe agar tidak sesat jalan. Dekat 800 meter jugak la menapak. At last, jumpa la tempat yang dicari. Masuk Rockshop and cuba la cari t-shirt untuk the kids tapi takde size la pulok. At last beli shot glass sajork. Azua memborong t-shirt Hardrock untuk melengkapkan collection....hehehe...
Settled membeli-belah perut dah mula berkeroncong. Jalan-punya jalan jumpa one Arab restaurant called Dubai Restaurant, terus je terjah sebab dah lapar yang amat. I ordered Kimma Naan and hubby order beryani kambing. Nobody was inside at that time so cepat jugak la makanannye sampai. Potion adalah besar giler, merangkak jugak nak habiskan. Alhamdulillah kenyang perut.
Our food and our friend
Tuan tanah n hubby ready untuk lunch
Later on, perjalanan diteruskan ke Patong Beach. Yes, Patong Beach adalah tempat yang telah dilanda tsunami pada tahun 2004. But after 8 years, the business runs as usual. Sepanjang pantai dipenuhi dengan orang yang rata-ratanya mat dan minah saleh berjemur. Orang yang paling gembira datang tempat nie adalah suami saya. Terbuntang-buntang biji mata dia tengok minah saleh berbikini. Nasib baik dapat tengok jugak yang berfree-style je. The only different was, sepanjang jalan tue banyak sangat signage trunami evacuation route. Langkah berjaga-jaga sekiranya bencana tersebut berulang lagi.
Since this was my 1st time here memang terasa happening la Patong nie. Tak macam beach kat Ao Nang tu. Kat sini, meriah dengan orang dan lots n lots of water activities. If kiteorang bercuti di Phuket nanti, I think I already know what I want to do. Banyak benda boleh buat kat sini. I loved this place already.
Spent some time at the beach. Pastu, start meronda-ronda mencari barang-barang yang menarik di Phuket nie. Oh btw masa nie camera buat hal plak. Not my camera though, my brother punya. Tetiba pulak rosak kan. My camera dah lama rosak tue yang pinjam dia punya. Dah rosak tue, nampaknya terpaksa get myself a new camera.
Oleh itu, terpaksala masuk ke Jungceylon Shopping Centre semula untuk cari camera. Dalam kepala tue memang dah tau nak beli apa so laju je la mencari. Memula pegi satu kedai nie, me n hubby tanya la pasal camera yang kiteorang nak tu.
"Oh, that camera all Phuket sold out. Take this one, good oso".
Sold out katanya. Terus je kecewa. Tapi tak putus asa. Kerja mencari masih diteruskan. Ternampak Robinson kat situ. Pergi ke appliences departmart. Dari jauh sudah kelihatan si comel yang bertakhta di hati. Nampak sangat la penipu orang kedai tadi tu. Sesedap rasa je kata dah sold out.
Chenta hati yang baru
Tanpa buang masa terus beli. Masa nie dah terlupa dah berapa harga dia kat Malaysia. Confident je beli. For this camera we paid dalam 16900 Baht (RM 1690). And then boleh claim VAT kat airport. Terkejut gak kat Thailand pun boleh claim VAT.
Just nice je masa yang ada. Pukul 5pm, Karim dah sedia menunggu kat tempat yang dijanjikan. Debaran di dada bermula semula. Kali nie lagi scary sebab hari dah semakin gelap. Tapi speed si Karim bawa masih maintain 130 km/j. Saya dengan Azua memang terbeliak-beliak biji mata jadi co-pilot kat belakang. Mengucap panjang kiteorang ada driver macam si Karim nie.
At last, selamat juga sampai ke Ao Nang semula. Alhamdulillah..... Memang taubat la bila dapat speed racer macam si Karim tu. Sampai Ao Nang dalam pukul 8.30pm. Masa nak balik hotel terserempak dengan kengkawan yang lain. So malam tue kiteorang berkumpul beramai-ramai and had dinner together at Thai Food Seafood. Masuk sini sebab pekerja dia kata ada diskaun 20%. Being Malaysian yang memang suka benda-benda diskaun nie, laju je la kiteorang terjah. dah makan-makan semua masa bayar tue tak dapat diskaun yang dijanjikan. Pn. PM @ Ain pun mengamuk la...panggil balik staff dia yang cakap nak bagi diskaun tu. Lepas dah bincang dengan boss dia, at last dapat la diskaun 20% on food. Cannot ok...Janji harus ditepati..;p
Dinner time..tak sempat nak balik bilik dulu. makan lagi penting..ooo...
After makan, adalah aktiviti bebas. Sukatila uolls nak buat apa. For us, kiteroang jenjalan along Ao Nang Road tue nak cari tailor untuk buat suit. Harga suit kat sini menggila murah. Ada tu nampak serendah 2800 Baht je. Tak ke murah tu???? Tapi kena hati-hati jugak in term of kualiti dia. Kalau kualiti baik harga dia mahal sikit, but still wat much cheaper from Malaysia. Lepas dah ronda dan recce kawasan, hubby decided nak buat suti kat Royal Tailor dengan harga yang ditawarkan 3500 Baht sajork. Quality wise memang puat hati. Buat hari Khamis, insyallah hari Jumaat boleh dapat.
Balik hotel balik around 11.00pm. Penat yang amat la masa tue. Esok akan bermula aktiviti utama di Krabi iaitu island hopping with the girls + hubby masing-masing. Memang acara yang ditunggu-tunggu. Balik bilik whatssapp apa yang patut untuk esok then terus terbongkang. Ngantuk giler weyh....
Till then, will share the island hopping experience in the next entry.
No comments:
Post a Comment