Kopipes tue memang la baguskan sebab mudah dan cepat kerja kita selesai. Tapi sila la semak balik ape yang awak kopipes tue. Betul tak faktanya. Nak nak kalau benda benda yang serius macam bab-bab agama tu. Jangan pulak awak kopipes benda yang awak sendiri kurang arif then sebarkan kat orang. Niat tue baiklah tapi cara tue tak betul kot. Nanti dengan kite-kite sekali tanggung dosa sebab menyebarkan amalan songsang.
Pagi nie jugak saya telah menjadi mangsa kopipes. Sebelum cuti raya dah apply for tiket flight nak pi Sabah untuk urusan rasmi. Masa tue pun dah banyak tiket yang sold out. Makanya daripada naik MAS saya terpaksa guna perkhidmatan AirAsia. Not that AirAsia tak bagus cuma kalau nak MAS tue senang sikit la nak ke KLIA tu. Tapi tak kisah la kan. Janji sampai ke Kota Kinabalu sudah. Masa tue rasanya semua orang dah tak concentrate nak buat kerja kot sebab mood raya dah sampai. Kalau kat opis nie saya tengok bebudak kat depan nie dok sibuk bercerita tentang balik kampung dan juadah raya. Memang dah takde hati nak buat kerja.
Booked tiket untuk 29 Ogos 2012 kol 3.25pm. So saya minta CC booked kereta untuk ke LCCT pukul 1.30pm. Hal booked kereta nie pun dah settled sebelum raya lagi. So hari nie datang opis gigihlah menyiapkan kerja-kerja yang penting sebelum tinggalkan pejabat sehingga Isnin depan. Lepas dah siap kerja semua baru nak sibuk nak print tiket flight segala. Masa print tadi dok belek balik e-ticket nie. Apsal nampak macam pelik je tiket nie? Dah nampak macam ada masalah di situ. Kenapakah tiket nie menunjukkan departing @ 1245pm????? Kenapa tetiba muncul waktu nie plak?