Tuesday, July 31, 2012

RAYA SALE !!!!! Mari-mari.........



Sticky Post
Please scroll down for new entry


Walaupun kita baru berpuasa di hari yang ke-6 tapi kompem la korang dah sibuk dan rancak buat persiapan raya. Nak-nak bila dah masuk musim gaji nie. Semakin aktiflah kegiatan merancakkan ekonomi negara di seluruh tanah air. Yang kerja kerajaan pulak dapat rezeki tambahan bonus setengah bulan gaji untuk raya nie. Spend wisely ye kawan-kawan....

Oleh sebab itu jugak, tuan punya blog nak buat tawaran istimewa sempena bulan Ramadhan nie. Kite nak bagi discount kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan handbags Coach sempena hari raya nanti. Sudi-sudikan memilih ye.

 Happy shopping uolls!!!

24CM SIGNATURE DUFFLE
RM550
RM 380
(SOLD)

Signature fabric with leather trim
Inside zip, cellphone and multifunction pockets
Outside zip pocket
Convertible strap for double handle with 12" drop or longer strap for shoulder or crossbody wear
13"(L) x 11 1/2"(H) x 4"(W)

Important Assignment



Semalam MIL baru sampai dari London. Dengan itu, malam tadi kami anak beranak pun berangkat la ke KL lepas buka puasa. Around 9pm lebih macam tue dah selamat sampai KL. Masa sampai tu MIL, my BIL and tunang dia tengah sibuk-sibuk mengumbah barang tangkapan yang MIL bawa balik dari London.

MIL balik sorang so takde lah banyak barang yang dibawa balik. Kalau FIL ada sekali sure mau 3-4 bag barang-barang. Kite dapat T-shirt Olympic London 2012. I loike. MIL belikan for the whole family. Buat kenang-kenangan katanya. Ada shot glass jugak untuk saya... Lepas nie bolehlah show off t-shirt baru kitew (matikla..t-shirt pun nak tunjuk, lainlah kalau dapat LV seketul...hahahaha).

My bakal biras dapat barang-barang yang akan dijadikan hantaran untuk majlis pernikahan diaorang nanti. Sepasang dress, handbag and kasut daripada LK Bennett. Kelassss uolls dapat barang hantaran dari London kan. Oh jangan salah sangka ye uolls semua. Iolls bukannya jeles. Alhamdulillah, saya pun dah ada barang-barang tue semua. So memang takde apa nak jelesnya. MIL selalu belanja masa duduk kat London dulu. Almaklumlah pada masa itu sayakan surirumah tangga sepenuh masa. Nan ado duitnya nak bershopping segala. So MIL dengan baik hatinya belanja menantu dia nie. TQ Ma.... 

Oh di samping itu, MIL pulang dengan satu tugasan istimewa untuk saya. Uolls nak tau ke???? Nanti bila dah sampai masanya saya share dengan uolls semula. Dan sebenarnya penglibatan uolls semua sangat penting bagi memastikan kejayaan tugas yang diberikan oleh my MIL. Cakap nie pun dah rasa pressure. Apa jadi kalau saya gagal melakukannya. 

Die oooo......Tapi dah tak boleh lari. Benda semua dah ada, tinggal nak on jer!!!

Bukannya tak pernah buat benda tue. Before this buat semua tue suka-suka je dan takdelah meletakkan sebarang harapan. Tapi kali nie macam dah jadi serious je sebab melibatkan dah melibatkan MIL. Nak kena ada strategi yang betul dan mantap nie, kalau tak telungkup gue....

Ok tu je nak membebel. Korang buka puasa makan apa hari nie???

Selamat berbuka puasa. 




Monday, July 30, 2012

Testing


Baru pandai guna phone utk update blog. Syabas kepada diri sendiri kerana telah pandai menggodek telepon sendiri.Kalau x asyik guna apps yg sama je. Boring punya orang.
Hopefully lepas nie lebih rajinlah saya meng'update' blog.

Ok tu je.Bye!!!

Malam Pertama



Eh...eh...kalau anda cari cerita 18SX, di sini bukan tempatnya (he..he...he...saja cari tajuk yg boleh dapat hits tinggi). Strategi namanya tue. Jangan risau nie bukan citer yang berunsur lucah ke apa. Saje nak share pengalaman tidur kat rumah sendiri. Hahaha...punya la lama gebang-gebung dalam blog nie kata nak pindah rumah, baru semalam berjaya melakukannya. Clap (3X).

Main redah je la masuk rumah semalam. Kalau nak tunggu-tunggu memang tak masuk nanti. So semalam balik dari Melaka terus pegi ke Kota Warisan. Sampai rumah around 6.15pm. Sampai rumah tue barulah terhegeh-hegeh nak pi beli tong gas. Bulan puasa macam nie kalau takde tong gas memang parah la jawabnya.

Nasib baik kawasan tue dah ada orang jual barang-barang keperluan rumah, kalau tak pening jugak nak mencari. Budak-budak pulak sampai rumah terus excited nak main toys. Wal hal sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kota Warisan, masing-masing belasah tido tak sedar diri. Masuk rumah terus segar bugar dibuatnya. Terus ajak naik atas nak main toys. Ya, meraka dah tau toys mummy dah sediakan kat atas. Lepas kemas yang wajib, terus keluar pi Bandar Baru Bangi untuk buka puasa dengan BFFs sekalian. Citer buka puasa tue tunggu lain entryla (kalau teringat dan ada kerajinan nak tulis).

So, apa yang boleh saya katakan adalah malam pertama di rumah sendiri adalah SUCCESS. Memula tue macam kelam kabut jugaklah. Nie nak check, itu nak check. 1st time nak tido situ kan so kena make sure semua selamat. Yang budak-budak pulak bukan kisah apa. Yang diaorang tahu nak main je. Dah pukul 10pm lebih pun nak main lagi. Haruslah Ayah guna kuasa veto suruh semua orang tido.

Thursday, July 26, 2012

Tunjuk Skill



Erm..erm...bau ape yang sedap sangat nie? Tak sabar nak buka puasa dibuatnya (matiklah puji diri sendiri). Ok..ok..sila abaikan intro merepek di atas.

Semalam tuan punya blog buat sejarah memasak untuk berbuka puasa. Seingat-ingat sayalah memang tak pernah saya masuk dapur MIL untuk masak juadah berbuka. Pernah tak korang jumpa menantu yang macam ni?? Musti tak pernah kan. Hah..sekarang korang dah ada contoh. Bukan tak nak masuk dapur uolls, setiap kali sampai rumah je makanan semua dah siap. Tak kisah la makanan beli ke atau yang MIL masak. Pastu den nak buat camne kan. Makan je la. Rezeki dah depan mata. 

Tapi semalam tetiba je datang kerajinan nak masuk dapur. Lagi pun MIL takde kat rumah so bolehlah kita kacau dapur dia sesuka hati kita. Kalau dia ada memang dialah Masterchef nya. Lunch sempat pegi Alamanda cari barang untuk masak petang semalam. Bukan nak masak yang hebat-hebat pung. Yang simple pun tak perfect lagi so kita practice yang simple-simple je dulu. Orang kampung saya kata PRACTICE MAKES PERFECT. 

Lepas tue sibuk call Bibik suruh masak nasi and goreng telur mata sementara tunggu saya balik. Takut nanti tak sempat pulak kalau nak buat bila dah sampai rumah.

Alhamdulillah semalam traffic tak gila macam selalu. Seronok je drive sebab by 6.30pm dah sampai rumah. Kalau tak memang mimpi la nak sampai rumah macam tue punya awal. Sampai rumah terus je lincah masuk dapur potong apa yang patut dan terus masak.

Wednesday, July 25, 2012

Cerita Bulan Ramadhan



Dah 5 hari puasa. Macam mane puasa korang semua? Bulan puasa nie seronok dapat tengok orang update gambar makanan. Terliur jugak dibuatnya. Tapi suka je sebab gambar-gambar tue semua boleh menjadi aspirasi untuk dijadikan juadah berbuka di rumah sendiri. Eh...betul ke ayat nie? Selama nie tak penah masak sendiri pun untuk buka puasa. Apa ke jadahnya nak jadi sumber aspirasi segala. Propa je lebih. Hari pertama buka puasa MIL buat spaggeti, hari kedua buka puasa kat Hotel Istana, hari ke3 buka puasa dengan KFC dan hari ke-4 juadah daripada param Putrajaya + roti canai. See? Takde langsung ayat hari nie saya masak lauk ini dan lauk itu. Sebab memang tak masak pun. Teruk punya menantu. Nasib MIL saya nie sporting orangnya (confident je kata mak mertua sporting eh???!!!!). Kalau tak sure dah jadi bahan.

Bulan puasa nie cabaran makanan tue takdelah terasa sangat. Maybe sebab saya nie bukanlah pemakan sangat orangnya. Semalam gi param Putrajaya rasa macam terblur kejap sebab banyak sangat benda makan. Kalau setakat ayam golek nie, rasanya ada 5-6 kedai kot yang jual. Macam tue jugak dengan makanan yang lain. Nama makanan pun hebat-hebat belaka. Ada mee goreng tonggek la, nasi kerabu power la, sup gear box terbaik, etc..etc... Semua strategi pemasaran lettew. Wal hal bila tengok tu macam erm..apa yang power nie, macam tak lalu nak makan ada la. Anyhoo, dua kali jugaklah tawaf param tue sebelum decide nak beli apa. At last, saya beli mee goreng, chicken wing 3 ketul, patin masak tempoyak, gulai kawah, kuih akok, dan kuih penderam @ kuih telinga keling. Semua beli sikit-sikit je sebab takut tak sedap. Lagi pun orang kat rumah tue bukannya jenis suka makan nasi waktu buka puasa. Nie pun entah laku entah tidak. Finger crossed.

Tapi alhamdulillah, semua makanan yang saya beli semalam MIL kata sedap. Lega den!!! Kalau tak sure membazir je terbuang lauk tu semua. Hari nie tak tau nak buka puasa apa. MIL n FIL dah berangkat ke London. Tinggal kiteorang anak beranak je. Mungkin ke param lagi kot ari nie.

Monday, July 23, 2012

He's Back....



Yeay!!!! Chenta hati saya dah balik dari Geneva. Sejak kawin rasanya tak pernah berjauhan macam nie punya lama (lama la sangat kan...walhal seminggu je pun). Bagi orang yang tak pernah terpisah lama, seminggu dah rasa macam sebulan tau (elelelele...ngada lettew). Yang buat lagi terasa rindu tue sebab jauh betul tempat yang hubby pegi. Kalau setakat pi Penang tue cheq tak kisah sangat kot sebab...sat-sat boleh kol dia. Nie kat Geveva nun. Dah la jauh kan. Time different 6 hours pulak tue. Time kite dah bangun dia still tido lagi. Time kite dah sangap-sangap nak tido, dia baru nak call. So ada sedikit kesulitan di situ. Pulak tue roaming adalah mahal. Pastu ada macam-macam mesej masuk kat phone dia menyebabkan phone dia kena bar sebab dah over limit. Each time masuk mesej kena charge dengan Celcom..1 mesej dekat RM2 kot.

Last-last sembang kat FB je. Tu pun kalau dia ada kat hotel baru boleh sembang. Kat sana tak semua tempat ada WiFi free. So perhubungan adalah sangat limited. N hubby pun sibuk dengan meeting and whatnot.

Tapi tak kisah la tu. Yang penting dia dah balik. Dan yang penting ada oleh-oleh untuk saya..Hahahaha!!!!!! Gila keji....tak sabar tunggu laki balik sebab nak hadiah rupanya. Masa kat sana hubby tanya saya nak apa? Masa tue buat malu-malu meow cakap, "Eh takde apa kot. Kalau u nak beli apa-apa suka hatie u la. I rasa I takde apa-apa nak kirim. Tapi jangan lupa fridge magnet ye". Akan tetapi dia tak tahu yang kat sini bini dia sibuk meng'google" segala macam website untuk mencari yang berkenan di hati.

At last before hubby balik sempat emel kat dia barang-barang yang berkenan dan yang perlu didapatkan untuk si isteri. See???? Konon tak nak apa. Banyak je permintaan yang sebenarnya. Tapi hubby tak shopping kat Geneva coz kat sana boleh tahan mahal barang-barangnya. Barang-barang tue semua dibeli di London sebab dia transit kat sana. Kat London memang berbaloi beli sebab sekarangkan tengah summer sale. Barang yang berkenan tue takde tapi hubby dapat cari substitute. N I really love it. Hubby saya nie part bershopping boleh tahan gak dia. Tq dear....nanti belikan lagi ek?????!!! Hahahaahaaa........

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Salam Ramadhan 1433H


Alhamdulillah kerana berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah ini dengan sempurna. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Love Is In The Air



Nie nak citer sikit. Minggu lepas punyalah busy dengan macam-macam events. Ahad tue memang dah seharian sibuk dengan kenduri dan birthday Amsyar. Sabtu tue pun sebenarnya ada 1 lagi event yang boleh dikatakan besar jugaklah untuk family kiteroang. Sat lagi nak citer pasal tu. But before that event, pagi tue saya temankan MIL pegi wedding service untuk anak kawan baik dia, Aunty Usha. Service diaorang buat kat one of the church kat PJ. Dah lupa plak apa namanya. Yang diraikan hari tu ialah Shalini (anak Aunty Usha) dan Jeremiah. Very sweet couple.

Nie adalah pengalaman pertama saya attend service macam nie. A new experience I must say. Mungkin ada orang akan kata, "Eh... orang Islam mana boleh masuk church"  and whatnot.... Secara peribadi saya rasa tak salah kot sebabnya saya bukannya buat apa pun kat situ. Lainlah kalau saya sama-sama menyembah Jesus. Yang tue memang dah sah-sah la salah. Niat kitaorang sekadar nak meraikan pasangan yang sedang bercinta di hari bahagia diaorang. 

And masa wedding saya dengan hubby, Aunty Usha n suami dia pun datang. So kiranya kali nie kite pulak la memenuhi undangan dia. Hari tue barulah saya tau macam mana upacara tersebut dijalankan. Masa tengok Kate dengan William kawin kat TV tahun lepas saya tak berapa nak menghayati sangat sebab terpesona dengan kecantikan Kate dan ke'sweet'an (ada ke perkataan macam nie?) majlis tu. Nie bila tengok live depan mata barulah paham.

Monday, July 16, 2012

Alien Force Birthday Party


Malas nak karang panjang-panjang untuk entry nie. So let the piccas do the talking, shall we???

Theme : Ben 10
 (Masa tengah cari theme hari tue amsyar tengah menggila dengan cartoon Ben10 so Ben10 la temanya. Tapi la nie dah kemaruk dengan Ultraman Zero, Ultraman Dyna, Ultraman Seven dan segala adik beradik Ultraman)
Venue : Anjung Puteri, KL
Date : 15 July 2012 

Friday, July 13, 2012

1 Tahun Hidup



Lama betul nak dapat mood untuk tulis entry yang satu nie. Satu lagi sebab enrty tertangguh adalah kerana menunggu gambar yang masih tak diupload oleh photographer tak bertauliah @ adik saya iaitu Hilmi. Kalau tunggu budak tu bagi gambar memang jawapnye dah jadi sejarah je la benda nie.

Memandangkan hari nie ada sedikit kerajinan, maka moleklah kita buat entry nie. Gambar kita belasah je ambik daripada telepon Samsung SII tuan punya blog. So sebarang kesulitan terhadap gambar-gambar yang disiarkan adalah amat dikesali dan sila salahkan adik saya sebab malas nak bagi gambar kat kakaknya.

Sebenarnya nak citer pasal majlis pertunangan adik saya yang no.3 @ Aboy. Ramai sangat adik kan so kena beritahu dengan terang dan jelas supaya tak tersilap orang. Pasal yang lain tue semua pun dah ade pakwe/makwe. Termasuk si bongsu yang sedang sekolah tingkatan 1 tue. Ye, sila percaya baru tingkatan 1 tapi dah ada pakwe. Bila tanya dia pasal pakwe dia dan-dan je cakap mana ada, dah putusla....Boleh???? Maknanya betullah kan, dah penah ada pakwe!!!!!

Tapi takpe, lupakan pasal yang lain-lain tue. Actually majlis pertunangan tue berlangsung pada 30 Jun 2012 yang lepas. See? Dah lama kan? Punya la lembab dan sembab saya nak mengupdate entry nie. Memula cadangnya nak ambil cuti on 29 June (Jumaat) tu untuk balik kampung and prepare apa-apa yang patut untuk majlis tue. Last-last tak boleh cuti sebab saya tengah menanggung tugas sorang pegawai nie yang sedang cuti bersalin. Kalau tengah tanggung tugas nie memang dah jadi peraturannya kita x boleh cuti dalam tempoh 28 hari berturut-turut kecuali cuti kecemasan. Masa tue saya baru je12 hari tanggung kerja. So memang tak dapatlah nak cuti. Pastu dah plan dah utk minta belas simpati boss supaya saya dapat pelepasan untuk balik awal Jumaat tu. Kalau dapat balik waktu lunch tue pun dah kira ok dah sebab boleh terus balik kampung coz hubby memang dah cuti hari tu. Nanti dia ambil je saya kat opis terus kita semua bertolak ke Melaka.

Monday, July 9, 2012

Kepoh Betol!!!!



Last week, lepas balik keje singgah Carefour Alamanda sekejap (sekejap ke??ermmm..rasanya dekat sejam jugak ). Tujuannya adalah utk cari barang dapur nak buat stok kat rumah baru. Laju je cari barang coz before pegi tuju dah buat listing apa yang nak dibeli. Walau pun dah ada listing, still ada lagi benda-benda yang tak teringat nak tulis dalam list tu. So bila sampai sana, main capai je apa yang dirasakan perlu. Last-last hampir penuh jugak la shopping cart tue.

Dalam sibuk bershopping tue, ada sorang lelaki nie sibuk je dok perati barang-barng yang saya ambil. Memula tue dia tengok je. Apa kena la orang nie, tak pernah tengok orang shopping ke? Buat hal sendiri boleh tak? Sibuk plak nak perati kita beli apa.

Pastu saya pun blah la pegi row yang lain plak. Tengok-tengok pastu lelaki tue muncul balik. Kali nie dia dah berani buka mulut pulak.

“ Banyaknya beli barang? Nie nak pakai untuk berapa bulan nie?” Lelaki kepochi tue sibuk nak interview saya.

“Nak pindah rumah”. Malas betul nak layan orang penyibuk nie tau.

“Sorang je ke? Abang mana?” Yang kau tu mana bini? Sibuk tanya pasal laki orang pulak….

“Sibuk”. Pastu saya terus blah. Tapi memang terkial-kial la tolak trolley tue pasal barang dah penuh.

Thursday, July 5, 2012

4th Wedding Anniversary



Semalam adalah anniversary keempat untuk saya dan hubby. Alhamdulillah dipanjangkan jodoh kami dan mudah-mudahan ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Untuk tahun nie memang takde planning yang gempak-gempak pun untuk sambut anniversary (macamlah sebelum nie ada sambutan yang gempak pun…propa je lebih nie). I am thinking of having a dinner date together je sebab tarikh tue jatuh pada hari kerja.

Pastu dah plan la nak pegi dinner kat mana malam tue dengan hubby. Hubby suruh pilih kat mana…dia ikut je. Herm….. suka macam tue, part kena pikir semua serah kat saya. Kot-kotlah dia ada nak bawa saya kat tempat yang special ke apa…memang takdelah jawapnya. Iolls jugak yang kena pikir. Saya ajak pegi Ben’s KLCC je sebab dekat je dengan rumah. So nanti takdelah lama sangat kat luar. Kesian pulak budak-budak tunggu kat rumah lama-lama. Hubby said no problem n terus jumpa kat sana around 7pm.

Tapi around kol 10am, PA Boss dah sibuk cari orang untuk pergi Angkasapuri malam nie for Program Dialog Bersama KSN. Semua orang macam tak nak pergi. At last saya mengofferkan diri untuk pergi sebab saya dok KL. Lagi pun program tue start pukul 10pm so sempatlah kalau nak pi dinner dulu dengan hubby pastu pegi sana. Saya cakap dengan PA Boss, saya pegi bawa hubby sekali la sebab dia pun orang gomen jugakkan. So apa salahnya kalau pegi event tu.

Terus call hubby, nak beritahu pasal program malam nie. Rupa-rupanya hubby pun dapat arahan dari HR dia untuk pergi program tue. Oh kalau macam tu memang terbaiklah. Tapi hubby kata starts pukul 9pm instead of 10pm. Ah sudah..mana yang betul? Saya siap suruh hubby call orang RTM utk confirmkan waktu sebenar program tu. Gigih tak hengat!!!!! After dah confirm yg program tu starts @ 9pm, saya cakap kat hubby if that’s the case kite, kita tak payah la dinner dulu sebab takut tak sempat. Maybe we can go for supper je after the program. Memula tue dia macam tak setuju tapi pastu dia follow je cadangan isterinya. KUASA WANITA la katakan….Hahahahahaaha!!!!!

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday

Dear : Husband

Happy 4th Anniversary
May our love grow stronger each day!!!!


I LOVE YOU SO MUCH

From : Wifey

Sunday, July 1, 2012

Coach For Sale!!!!


Sticky Post 
Scroll down for new entry!!!

Barang-barang yang diorder dari adik saya dari US telah selamat sampai ke tanah air. Sila la singgah dan lihat kalau-kalau ada yang berkenan ye kawan-kawan. Boleh beli untuk diri sendiri or hadiahkan kepada insan tersayang.

Happy shopping uolls!!!

24CM SIGNATURE DUFFLE
RM550
CODE : A

Signature fabric with leather trim
Inside zip, cellphone and multifunction pockets
Outside zip pocket
Convertible strap for double handle with 12" drop or longer strap for shoulder or crossbody wear
13"(L) x 11 1/2"(H) x 4"(W)