Last week, lepas balik keje singgah Carefour Alamanda sekejap
(sekejap ke??ermmm..rasanya dekat sejam jugak ). Tujuannya adalah utk cari
barang dapur nak buat stok kat rumah baru. Laju je cari barang coz before pegi
tuju dah buat listing apa yang nak dibeli. Walau pun dah ada listing, still ada
lagi benda-benda yang tak teringat nak tulis dalam list tu. So bila sampai
sana, main capai je apa yang dirasakan perlu. Last-last hampir penuh jugak la
shopping cart tue.
Dalam sibuk bershopping tue, ada sorang lelaki nie sibuk je
dok perati barang-barng yang saya ambil. Memula tue dia tengok je. Apa kena la
orang nie, tak pernah tengok orang shopping ke? Buat hal sendiri boleh tak?
Sibuk plak nak perati kita beli apa.
Pastu saya pun blah la pegi row yang lain plak.
Tengok-tengok pastu lelaki tue muncul balik. Kali nie dia dah berani buka mulut
pulak.
“ Banyaknya beli barang? Nie nak pakai untuk berapa bulan
nie?” Lelaki kepochi tue sibuk nak interview saya.
“Nak pindah rumah”. Malas betul nak layan orang penyibuk nie
tau.
“Sorang je ke? Abang mana?” Yang kau tu mana bini? Sibuk
tanya pasal laki orang pulak….
“Sibuk”. Pastu saya terus blah. Tapi memang terkial-kial la
tolak trolley tue pasal barang dah penuh.
Ada jugak eh lelaki yang kepochi macam tue? Ingatkan
orang-orang perempuan je yang busy body. Rupanya penyakit busy body nie dah
berjangkit kat semua orang tanpa mengira jantina. Suka hati orangla nak beli
untuk berapa bulan pun? Ade saya minta duit awak???? Kot tanya sebab nak bagi
duit buat belanja lagi ada la faedahnya.
Nie kes-kes nak menggatal la nie. Gigih pulak mengikut
bontot kita nak beli barang. Wal hal saya tengok kat dua row yang dia follow
tue, takde satu barang pun yang dia amik. Takkan la tak tau kot barang yang dia
nak beli tue kat mana.
Nasib masa tue dah hampir siap beli barang. Spoil mood orang
nak bershopping betul. Nasib suami saya takde, kalau ada saya report kat suami
saya tau perangai awak tue!!!!
Nie bukan sebab saya perasan cun sampai ada orang nak
ngorat, tapi saya cerita sebab saya rasa tak selesa diperhatikan dan diekori. Rasa
macam tak selamat pulak bila berada dalam situasi tersebut. But come to think
about it, saya rasa instead saya jawab macam tue saya patut cakap “ Suami saya
ada kat belakang tue, tengah cari pisau/batu lesung atau apa-apa yang bagi
nampak ganas sikit.
Boleh ke macam tue???
No comments:
Post a Comment