Thursday, July 26, 2012

Tunjuk Skill



Erm..erm...bau ape yang sedap sangat nie? Tak sabar nak buka puasa dibuatnya (matiklah puji diri sendiri). Ok..ok..sila abaikan intro merepek di atas.

Semalam tuan punya blog buat sejarah memasak untuk berbuka puasa. Seingat-ingat sayalah memang tak pernah saya masuk dapur MIL untuk masak juadah berbuka. Pernah tak korang jumpa menantu yang macam ni?? Musti tak pernah kan. Hah..sekarang korang dah ada contoh. Bukan tak nak masuk dapur uolls, setiap kali sampai rumah je makanan semua dah siap. Tak kisah la makanan beli ke atau yang MIL masak. Pastu den nak buat camne kan. Makan je la. Rezeki dah depan mata. 

Tapi semalam tetiba je datang kerajinan nak masuk dapur. Lagi pun MIL takde kat rumah so bolehlah kita kacau dapur dia sesuka hati kita. Kalau dia ada memang dialah Masterchef nya. Lunch sempat pegi Alamanda cari barang untuk masak petang semalam. Bukan nak masak yang hebat-hebat pung. Yang simple pun tak perfect lagi so kita practice yang simple-simple je dulu. Orang kampung saya kata PRACTICE MAKES PERFECT. 

Lepas tue sibuk call Bibik suruh masak nasi and goreng telur mata sementara tunggu saya balik. Takut nanti tak sempat pulak kalau nak buat bila dah sampai rumah.

Alhamdulillah semalam traffic tak gila macam selalu. Seronok je drive sebab by 6.30pm dah sampai rumah. Kalau tak memang mimpi la nak sampai rumah macam tue punya awal. Sampai rumah terus je lincah masuk dapur potong apa yang patut dan terus masak.

So semalam inilah jualah simple untuk berbuka puasa kami berempat kat rumah.

Tempe goreng...kan dah cakap menu simple je..korang tak caya!!!


Telur masak kicap nie korang tutup mata je masak, betul tak????


Sauteed aspagarus. I must say yang nie paling senang dan cepat sekali dimasak. Letak butter, letak garlic, campak asparagus.....gaul-gaul...n walla...dah siap!!! Dah la senang nak masak, berkhasiat pulak tue. I loike!!!!


Ayam goreng kunyit. Bibik kata sedap dan dia kata lain kali biar dia pulak yang cuba masak lauk nie


Simple menu for buka puasa hari yang ke-5. Alhamdulillah. Takde yang pedas pun kat sini. Tapi tiba-tiba hubby keluarkan sambal goreng dari fridge. Saya tanya mana dia dapat sambal tue? Rupa-rupanya my mum tapaukan untuk dia masa dia balik Melaka hari tue. Pastu dia tak kasi share sambal tue....huhu... Takpe minggu nie nak balik Melaka, mari kita melantak sambal goreng mak puas-puas


Oh..yang nie bukan saya buat. beli je kat param area rumah nie. Saya tak makan pun sebab dah kenyang makan nasik. Tak tau la sedap ke tak


Nampak tak badak sedang berendam kat dalam mangkuk tu? Hubby beli kuih badak berendam nie empat biji. Saya makan satu. Rasa dia so so jer.... Nie pun hubby beli kat param


Alhamdulillah selesai 5 hari kita berpuasa


So hari nie uolls nak masak apa? Hari nie saya tak masak. Nak buka puasa kat luar teman hubby jumpa bakal bisnes partner dia. tapi tak tau lagi kat mana. 

Till then...



No comments: