Yeay!!!! Chenta hati saya dah balik dari Geneva. Sejak kawin rasanya tak pernah berjauhan macam nie punya lama (lama la sangat kan...walhal seminggu je pun). Bagi orang yang tak pernah terpisah lama, seminggu dah rasa macam sebulan tau (elelelele...ngada lettew). Yang buat lagi terasa rindu tue sebab jauh betul tempat yang hubby pegi. Kalau setakat pi Penang tue cheq tak kisah sangat kot sebab...sat-sat boleh kol dia. Nie kat Geveva nun. Dah la jauh kan. Time different 6 hours pulak tue. Time kite dah bangun dia still tido lagi. Time kite dah sangap-sangap nak tido, dia baru nak call. So ada sedikit kesulitan di situ. Pulak tue roaming adalah mahal. Pastu ada macam-macam mesej masuk kat phone dia menyebabkan phone dia kena bar sebab dah over limit. Each time masuk mesej kena charge dengan Celcom..1 mesej dekat RM2 kot.
Last-last sembang kat FB je. Tu pun kalau dia ada kat hotel baru boleh sembang. Kat sana tak semua tempat ada WiFi free. So perhubungan adalah sangat limited. N hubby pun sibuk dengan meeting and whatnot.
Tapi tak kisah la tu. Yang penting dia dah balik. Dan yang penting ada oleh-oleh untuk saya..Hahahaha!!!!!! Gila keji....tak sabar tunggu laki balik sebab nak hadiah rupanya. Masa kat sana hubby tanya saya nak apa? Masa tue buat malu-malu meow cakap, "Eh takde apa kot. Kalau u nak beli apa-apa suka hatie u la. I rasa I takde apa-apa nak kirim. Tapi jangan lupa fridge magnet ye". Akan tetapi dia tak tahu yang kat sini bini dia sibuk meng'google" segala macam website untuk mencari yang berkenan di hati.
At last before hubby balik sempat emel kat dia barang-barang yang berkenan dan yang perlu didapatkan untuk si isteri. See???? Konon tak nak apa. Banyak je permintaan yang sebenarnya. Tapi hubby tak shopping kat Geneva coz kat sana boleh tahan mahal barang-barangnya. Barang-barang tue semua dibeli di London sebab dia transit kat sana. Kat London memang berbaloi beli sebab sekarangkan tengah summer sale. Barang yang berkenan tue takde tapi hubby dapat cari substitute. N I really love it. Hubby saya nie part bershopping boleh tahan gak dia. Tq dear....nanti belikan lagi ek?????!!! Hahahaahaaa........
So semalam lepas amik hubby kat KL Sentral terus je pergi ke Istana Hotel untuk buka puasa. Hubby tiba KL Sentral dalam 6.50pm. Nasib la weekends so traffic adalah sangat lengang. Kalau tak sure tak sempat nak sampai hotel before buka puasa. MIL ajak buka puasa kat luar sebab kalau weekdays memang tak tau la sempat nak buka sama-sama ke tak. Almaklum je la traffic kat KL nie adalah sukar nak dijangka. Kalau saya yang dari Putrajaya nie, memang ada chance nak buka puasa dalam kereta.
Lagi pun next week my MIL n FIL nak gi London. Nanti dah tak dapat nak buka puasa sama-sama. MIL dok 4 hari kat London then balik. Tapi FIL lepak sana sampai raya coz dia nak pi tengok Olympic. Bestkan orang dah tak kerja nie, boleh cuti-cuti London sampai sebulan lebih. Huhuhu..alangkah bestnya kalau saya boleh cuti panjang macam tu.
Si isteri yang sabar menanti kepulangan suami sambil ber'camwhoring' |
Sampai hotel dalam pukul 7.15pm. Terus je pusing-pusing kawasan melihat juadah yang disediakan sambil mengambil gambar mana yang semapt. Dah nak time buka so memang terkejar-kejar sikit. Tengah-tengah round ambil makan tu dah masuk waktu berbuka. Masa tue tengah ada kat stall yang ada hidangkan goreng pisang, goreng cempedak, dan segala macam goreng. Terus buka puasa dengan goreng cempedak yang super best sebab rangup dan masih panas.
Lepas tue dah takde nak amik-amik gambar lagi. Laju je kite melahap makanan. Every year memang kiteorang akan datang buka puasa kat sini. Suka buka puasa kat Istana nie sebab ada banyak pilihan makanan. Nasi beryani, nasi campur, Thai food, Indian food, Chinese food, sushi, satay, Mongolian food pun ada. Oh dan yang paling mengujakan adalah spread of dessert..sangat banyak dan variety. Tertojol-jojol biji mata nak pilih makanan. Ais krim goreng pun ada uolls. Kat sini ada banyak stall yang menghidangkan segala macam bentuk makanan. Teruja tengok makanan dia.
So sangat-sangat dicadangkan kepada mereka yang suka makan dan banyak makan untuk datang ke sini. Dari segi harga, standard hotel la kan. Harga RM115++ for Mon-Sat dan RM105 for Sunday. For me, for that price sangat berbaloi. Semua ada. Sama ada korang larat makan ke tak je. Kalau nak solat pun senang je coz ada surat kat tingkat bawah. So lepas solat tue boleh la uolls sambung makan sampai pengsan.
Nie adalah gambar-gambar yang saya sempat ambil semalam. Maap kalau kualiti gambar tidak memuaskan sebab saya jurugambar amatur. Enjoy!!!!
Fresh sea food
As starter pun boleh nie. Spring roll, begedil, samosa, etc....
Gado-gado
Kuih-muih Malaysia
Asam pedas ikan maung. Masa nampak tue memang teruja nak try. Tapi bila try the taste is not to my liking. Tapi mungkin korang suka kot
Roasted chicken...Yummeh!!!
Ingredients for one of the Mongolian food
Popiah basah pun ada uolls. Dibuat fresh berdasarkan permintaan
Ulam-ulaman dan pelbagai jenis pencecah
Tuk-tuk bakar...Err....betul ke saya eja nie? Anak ikan pari depa panggil tuk-tuk...Saya dan hubby baru semalam tau
All kinds all cake n pudding....Tempting gila. Rasa nak amik semua
Dessert lagi....
Fruits pun banyak pilihan - Mangga, ciku, jambu air, manggis, cempedak, buah naga, mata kucing, rambutan, dan macam-macam lagi. Durian je takde. Kalau ada nie memang saya buka puasa makan durian je jawabnya. All time favourite ok!!!!
Sushi
Ikan kering pembuka selera
All sorts of kerabu
Nie je saya ambil as main course...Kambing bakar with garnish n satay 2 cucuk. Pastu makan nasi sikit dengan buttered prown, sotong masak kicap, ketam masak lemak cili padi dan asam pedas ikan maung. Gambar tak sempat nak ambil dah masuk semua dalam perut.
Bakal besan MIL n FIL pun join kiteorang sekali. Merapatkan silaturrahim katanya. Sila lihat betapa penuhnya meja dengan makanan...Entah habis entah tidak nie
My dessert...
Fruits... nie pun sedap jugak sebab manis
Hubby punya dessert
Sesapa yang teringin nak cuba bolehlah ke Istana Hotel.
Selamat mencuba!!!!
P.s.: Jom share kat mana lagi tempat yang sedap untuk buka puasa
No comments:
Post a Comment