Dah 5 hari puasa. Macam mane puasa korang semua? Bulan puasa nie seronok dapat tengok orang update gambar makanan. Terliur jugak dibuatnya. Tapi suka je sebab gambar-gambar tue semua boleh menjadi aspirasi untuk dijadikan juadah berbuka di rumah sendiri. Eh...betul ke ayat nie? Selama nie tak penah masak sendiri pun untuk buka puasa. Apa ke jadahnya nak jadi sumber aspirasi segala. Propa je lebih. Hari pertama buka puasa MIL buat spaggeti, hari kedua buka puasa kat Hotel Istana, hari ke3 buka puasa dengan KFC dan hari ke-4 juadah daripada param Putrajaya + roti canai. See? Takde langsung ayat hari nie saya masak lauk ini dan lauk itu. Sebab memang tak masak pun. Teruk punya menantu. Nasib MIL saya nie sporting orangnya (confident je kata mak mertua sporting eh???!!!!). Kalau tak sure dah jadi bahan.
Bulan puasa nie cabaran makanan tue takdelah terasa sangat. Maybe sebab saya nie bukanlah pemakan sangat orangnya. Semalam gi param Putrajaya rasa macam terblur kejap sebab banyak sangat benda makan. Kalau setakat ayam golek nie, rasanya ada 5-6 kedai kot yang jual. Macam tue jugak dengan makanan yang lain. Nama makanan pun hebat-hebat belaka. Ada mee goreng tonggek la, nasi kerabu power la, sup gear box terbaik, etc..etc... Semua strategi pemasaran lettew. Wal hal bila tengok tu macam erm..apa yang power nie, macam tak lalu nak makan ada la. Anyhoo, dua kali jugaklah tawaf param tue sebelum decide nak beli apa. At last, saya beli mee goreng, chicken wing 3 ketul, patin masak tempoyak, gulai kawah, kuih akok, dan kuih penderam @ kuih telinga keling. Semua beli sikit-sikit je sebab takut tak sedap. Lagi pun orang kat rumah tue bukannya jenis suka makan nasi waktu buka puasa. Nie pun entah laku entah tidak. Finger crossed.
Tapi alhamdulillah, semua makanan yang saya beli semalam MIL kata sedap. Lega den!!! Kalau tak sure membazir je terbuang lauk tu semua. Hari nie tak tau nak buka puasa apa. MIL n FIL dah berangkat ke London. Tinggal kiteorang anak beranak je. Mungkin ke param lagi kot ari nie.
Yang satu saya tak berapa nak berkenan bulan puasa nie adalah KESESAKAN LALULINTAS. Well, bukanlah tak biasa dengan jam. Tapi macam melampau-lampau pulak sesaknya bulan puasa nie. 2 hari yang awal tue selamatlah tak payah tempoh jammed sebab weekends. Hari Isnin tue, keluar opis pukul 5.30pm pukul 6.50pm baru sampai rumah. Walhal. kol 6pm tue dah sampai kat exit MEX Jalan Tun Razak. Tapi kereta bergerak macam siput vavisss kat situ. Rasanya kalau jalan kaki dari situ ke rumah, lama dah sampai. Hari semalam saya cuti tapi tetap keluar rumah.Pegi kemas barang kat Kota Warisan. Tu yang sempat singgah param Putrajaya. Semalam lagi teruk. Kol 5.45pm sampai exit Tun Razak, sampai rumah almost 7pm. Oh seksanya memandu di bulan Ramadhan nie. Ada banyak hari lagi yang nak dilalui. Oh Tuhan...Tabahkan hatiku untuk menghadapi kesesakan itu.
Semalam sempak gak singgah kat one petrol stesen di Presint 8. Saya suka pegi petrol stesen tu sebab pekerjanya sangat mesra alam. Kalau masuk je dalam kedai diaorang akan greet kita dengan senyuman yang manis. Bila keluar pun cakap TQ. Best kot kalau orang layan kita baik dan mesra macam tue. Tapi semalam pengalamannya adalah sangat berbeza. Masuk je dalam kedai saya tak dengar pun diaorang cakap Selamat Datang seperti kebiasaannya. Dah rasa pelik sikit kat situ. Then, lepas abik barang tue saya beratur kat kaunter. Masa tue dia sibuk dengan orang yang nak isi minyak kat luar. Kaunter kat sebelah pun ada orang. So saya tunggu je kat kaunter tadi. Tetiba pekerja kat kaunter sebelah tu cakap " Kaunter nie kosong". Apakah???? Tak boleh ke cakap elok sikit contohnya " Kak, boleh saya bantu?". Cara dia cakap tue sarcastic gila kot. Gerammmm den!!!! Tapi sebab nak cepat terpaksalah pegi jugak.
What I'm trying to say is kenapakah layanannya berbeza sekali? Adakah sebab korang sedang berpuasa dan penat sangat sampai tak boleh cakap elok-elok dan senyum dengan pelanggan? Kalau dah kerja kena berdepan dengan pelanggan tak kiralah puasa ke tak, service kenalah maintain. Macamlah korang je yang penat. Customer pun penat jugak tau. Tambah-tambah korang bagi layanan yang macam h#%&m. Nasib dapat customer yang malas nak bertekak dengan korang, klu kena yang jenis sensitip benda-benda macam nie tak pasal-pasal kena marah free bulan puasa nie.
Enuf membebel. Nanti kurang pulak pahala puasa. Jangan lupa upload gambar buka puasa korang k. I suka tengok. Cuci mata. Tapi kalau sampai seru masuk dapur, boleh la cuba try test lauk yang korang masak tu kat dapur kitew.
Selamat menjalani ibadah puasa uolls.
No comments:
Post a Comment