Lama betul nak dapat mood untuk tulis entry yang satu nie. Satu lagi sebab enrty tertangguh adalah kerana menunggu gambar yang masih tak diupload oleh photographer tak bertauliah @ adik saya iaitu Hilmi. Kalau tunggu budak tu bagi gambar memang jawapnye dah jadi sejarah je la benda nie.
Memandangkan hari nie ada sedikit kerajinan, maka moleklah kita buat entry nie. Gambar kita belasah je ambik daripada telepon Samsung SII tuan punya blog. So sebarang kesulitan terhadap gambar-gambar yang disiarkan adalah amat dikesali dan sila salahkan adik saya sebab malas nak bagi gambar kat kakaknya.
Sebenarnya nak citer pasal majlis pertunangan adik saya yang no.3 @ Aboy. Ramai sangat adik kan so kena beritahu dengan terang dan jelas supaya tak tersilap orang. Pasal yang lain tue semua pun dah ade pakwe/makwe. Termasuk si bongsu yang sedang sekolah tingkatan 1 tue. Ye, sila percaya baru tingkatan 1 tapi dah ada pakwe. Bila tanya dia pasal pakwe dia dan-dan je cakap mana ada, dah putusla....Boleh???? Maknanya betullah kan, dah penah ada pakwe!!!!!
Tapi takpe, lupakan pasal yang lain-lain tue. Actually majlis pertunangan tue berlangsung pada 30 Jun 2012 yang lepas. See? Dah lama kan? Punya la lembab dan sembab saya nak mengupdate entry nie. Memula cadangnya nak ambil cuti on 29 June (Jumaat) tu untuk balik kampung and prepare apa-apa yang patut untuk majlis tue. Last-last tak boleh cuti sebab saya tengah menanggung tugas sorang pegawai nie yang sedang cuti bersalin. Kalau tengah tanggung tugas nie memang dah jadi peraturannya kita x boleh cuti dalam tempoh 28 hari berturut-turut kecuali cuti kecemasan. Masa tue saya baru je12 hari tanggung kerja. So memang tak dapatlah nak cuti. Pastu dah plan dah utk minta belas simpati boss supaya saya dapat pelepasan untuk balik awal Jumaat tu. Kalau dapat balik waktu lunch tue pun dah kira ok dah sebab boleh terus balik kampung coz hubby memang dah cuti hari tu. Nanti dia ambil je saya kat opis terus kita semua bertolak ke Melaka.
Memang berangan je la nak balik awal sebab ada miting pulak petang tue. Bertabah je la. Nak tak nak kena tunggu habis miting baru boleh gerak. Dibuatnya miting tue pukul 5 memang pukul 5 je la baru boleh tinggal opis. But around pukul 12pm, PA Bos bagi tau yang miting telah ditangguhkan atas sebab Boss Besar ada miting tergempar.
(Lompat bintang 80 kali!!!!!!)
Hooyeh!!!! Maknanya boleh lah kita balik awal. Tapi sebelum balik saya ada lunch date dengan member kat Alamanda sebab nak ambil barang daripada dia. Bila call En. Suami dia kata ok dan dia akan ambil saya bila dah siap ambil budak-budak kat rumah. Tunggu punya tunggu, around pukul 4pm kot baru hubby sampai opis. Dia kata jammed teruk kat KL, nak keluar punyalah susah. Ye..saya tak terkejut dan seperti yang saya selalu cakap traffic di KL pada hari Jumaat adalah SUPER CRAZY!!!!
Pukul 6 lebih baru sampai Melaka. Masa sampai tue saya tengok adik saya yang kedua, Angah dah siapkan satu hantaran untuk nak bagi kepada pihak perempuan. Later on, malam tue kiteorang berganding tenaga membuat hantaran untuk pihak perempuan.
Orang yang nak bertunang rileks je, boleh tak? Itu la bezanya orang lelaki dan orang perempuan. Dia nak tunang, kite yang sibuk beli barang untuk dia, beli buah, buat kan hantaran lagi. Nasiblah ko ada 2 orang kakak yang ringan tangan dan kaki nak menolong. Kalau tak keluar la ko duit sendiri gi hntr kedai buatkan hantaran. Punyalah gigih nak siapkan hantaran tue, sampaikan kaki saya jadi mangsa kena gam panas. Gila vavis punya sakit. Kalau uolls nak tau macam mane, cuba try test sendiri !!!
At last, berjaya siapkan 5 dulang hantaran. Kiteorang siapkan sebakul buah, sirih junjung, fondant kek seketul, sepasang kain ela dan cincing tunang. Buat yang simple-simple je sebab kami berdua nie takdelah kreatif sangat. Janji nampak presentable sudah!!!! Yang si Aboy nie boleh tahan gaks kedekut nak keluar bajet nak hias-hias nie. So for deco kiteorang guna apa yang ada dan most of it adalah barang drpd majlis tunang dan wedding saya 4 tahun dulu. Recycle uolsss. Berguna jugak benda-benda yang disimpan nie. Tapi recycle 2 kali cukup kot. Lepas nie boleh get rid of them. Tukarlah deco lain yg up to date sikit.
Hasil keras tangan kami dua beradik : sirih junjung, buah, cincin, kain ela dan kek |
Masa pagi Sabtu tue macam biasalah kecoh kumpulkan orang, bila semua dah ada baru boleh gerak. Cadang nak tolak pukul 11.30 pagi sebab majlis patut mula lepas Zohor. So kalau sampai sana nanti kira ngam-ngam je la. Melaka ke Batu Pahat tu dalam 2 jam dah boleh sampai dah.
Ayah mengada pulak tak nak ikut kiteorang gi Batu Pahat. Saya pun tak paham naper dia tak nak ikut. Tapi suka hati dia la. Kalau Ayah tak ikut sebenarnya lagi senang. Bukan apa, Ayah saya tue cepat melenting. Asal ada benda tak kena sikit, cepat je dia nak melenting. Nanti tak sampai Batu Pahat lagi dia dah suruh balik plak. So lagi tenteram kalau dia tak ikut. Lagipun dah ada 2 abang mak yang ikut sebagai wakil pihak lelaki. So kira dah ok la tue.
Bergerak dari Melaka seperti yang dirancang. Perjalanan ke Batu Pahat pun smooth je. Ada 6 biji kereta semua sekali. Memula tue semua berkonvoy, tapi lepas tue dah terpisah sikit. Apa-apa hal pun, janji jumpa semula di Toll Ayer Hitam.
Kiteorang dah sampai Batu Pahat dalam pukul 1.45pm. Tapi kali nie terpaksa tunggu kat UTHM pulak sebab menunggu 2 kereta lagi yang sedang dalam perjalanan. Kereta yang dua lagi tue tak gerak saing dengan kiteorang sebab 1 kereta dari KL dan 1 kereta dari Jasin. Tunggu kat UTHM pasal rumah bakal tunang Aboy tue dekat area situ. At last, dekat pukul 3pm baru sampai tempat majlis.
Rata-rata benda yang dicakapkan dalam majlis tue memang dah ada persetujuan awal daripada kedua belah pihak. Cuma ada berlaku sedikit salah faham masa majlis tue. Puncanya sebab adat setiap tempat mungkin berbeza daripada adat di tempat lain. Bila ada adat yang macam-macam nie, itu la jadinya. So moral of the story, sila ambil berat pasal adat orang jugak..bukan adat di tempat anda sajork!!!!
Tapi si Aboy nie pun satu jugak. Dia tak tanya kot kat tunang dia @ Aini macam mana adat orang Johor. Aini pun agaknya tak tahu, tu yang berlaku sedikit kesilapan teknikal. Wakil keluarga belah perempuan kata, biasanya kalau waktu bertunang kena bawa 1% wang hantaran yang dijanjikan sebagai tanda di samping barang-barang iringan yang lain. Masa nie mak macam rasa malu sikitlah sebab kiteorang tak bawa pun duit tue. Bukan takde duit cuma tak tau kena bawa sekali. Masa bincang, belah perempuan tak cakap kena bawa duit 1% tue. Pastu memang si Aboy kena bebel la dengan mak....Hahahaha!!!! Padan muka dia.
Then, satu lagi. Kiteorang datang tue takde la nak merisik ke apa terus nak bertunang je. Ingatkan antara budak berdua nie dah bincang takde merisik so tak bawa la cincin risik. Cuma ada cincin tunang je. Tu pun orang belah sana pertikaikan. But seriously, memula ingat memang diaorang dah kow tim pasal tue. Rupanya dia orang pun macam blur. Hai ...macam nie pun ada ke??
But, selepas semua drama tue, akhirnya kedua-dua pihak berjaya mencapai kata sepakat. Alhamdulillah..... Kalau tak satu hal lagi nak datang Batu Pahat lagi nanti. Yang menarik perhatian saya bila wakil pihak perempuan mention tempoh bertunang tue SATU TAHUN HIDUP. Apa kejadahnya 1 tahun hidup tu??? I is confused ok sebab tak pernah dengar orang sebut pun sebelum nie. Mungkin uolls pernah dengar tapi for me this is the 1st time.
Bagi yang tak tau, meh kita belajar sesama. Maksud setahun hidup tu adalah tempoh pertunangan boleh dipanjang atau dipendekkan dalam temph setahun yang telah dipersetujui bergantung kepada kesediaan kedua-dua orang tu untuk dinikahkan. Maknanya kalau dalam tempoh 2 bulan lepas tunang tue, rasa mengeyam sangat nak kawin dan duit dah cukup bolehlah ko kawin time tue instead nak tunggu setahun. Tapi kalau dah setahun duit simpanan masih tak bertokok daripada jumlah asal, silalah kerja keras lagi lupakan dulu hal kawin (duit takde ada hati nak jaga anak orang kan).
So kalau takde apa aral, diaorang nak kawin tahun depan. Mudah-mudahan dipermudahkan laluan kedua-dua Aboy dan Aini sehingga diijab kabulkan nanti. Sebenarnya saya tak sabar nak tunggu dia orang kawin. Pastu sila la hidup berdikari sendiri ye Aboy. Selalu makan pakai mak yang kena siapkan untuk dia. Nanti merasalah macam mana hidup dengan keluarga sendiri.
Till then. Have a nice weekends peep!!!
No comments:
Post a Comment