Semalam adalah anniversary keempat untuk saya dan hubby.
Alhamdulillah dipanjangkan jodoh kami dan mudah-mudahan ia berkekalan sehingga
ke akhir hayat. Untuk tahun nie memang takde planning yang gempak-gempak pun
untuk sambut anniversary (macamlah sebelum nie ada sambutan yang gempak pun…propa
je lebih nie). I am thinking of having a dinner date together je sebab tarikh
tue jatuh pada hari kerja.
Pastu dah plan la nak pegi dinner kat mana malam tue dengan
hubby. Hubby suruh pilih kat mana…dia ikut je. Herm….. suka macam tue, part
kena pikir semua serah kat saya. Kot-kotlah dia ada nak bawa saya kat tempat
yang special ke apa…memang takdelah jawapnya. Iolls jugak yang kena pikir. Saya
ajak pegi Ben’s KLCC je sebab dekat je dengan rumah. So nanti takdelah lama
sangat kat luar. Kesian pulak budak-budak tunggu kat rumah lama-lama. Hubby said
no problem n terus jumpa kat sana around 7pm.
Tapi around kol 10am, PA Boss dah sibuk cari orang untuk
pergi Angkasapuri malam nie for Program Dialog Bersama KSN. Semua orang macam
tak nak pergi. At last saya mengofferkan diri untuk pergi sebab saya dok KL. Lagi pun program tue start pukul 10pm so sempatlah
kalau nak pi dinner dulu dengan hubby pastu pegi sana. Saya cakap dengan PA
Boss, saya pegi bawa hubby sekali la sebab dia pun orang gomen jugakkan. So apa
salahnya kalau pegi event tu.
Terus call hubby, nak beritahu pasal program malam nie.
Rupa-rupanya hubby pun dapat arahan dari HR dia untuk pergi program tue. Oh
kalau macam tu memang terbaiklah. Tapi hubby kata starts pukul 9pm instead of
10pm. Ah sudah..mana yang betul? Saya siap suruh hubby call orang RTM utk
confirmkan waktu sebenar program tu. Gigih tak hengat!!!!! After dah confirm yg
program tu starts @ 9pm, saya cakap kat hubby if that’s the case kite, kita tak
payah la dinner dulu sebab takut tak sempat. Maybe we can go for supper je
after the program. Memula tue dia macam tak setuju tapi pastu dia follow je
cadangan isterinya. KUASA WANITA la katakan….Hahahahahaaha!!!!!
Actually a few days earlier, saya ada order some flowers n a teddy to be sent to hubby’s office
from this site for our anniversary. Memula tue macam tak ingat la pulak address
office dia. Well, I know where he works tapi the exact details macam kat Blok
mana n level berapa tu…..wo pu chi tau. Nasib baik ada one day tue hubby kol n
saya pun buat-buat terblur dan tanpa segan silu bertanya kat dia. Knowing him,
memang dia takde suspect apa-apalah. Seronok pulak dia terangkan pasal office
dia. Masa tue dah tak berapa dengar sangat dah apa yang hubby cakap sebab
tengah sibuk nak place order kat site tue.
Lebih kurang macam tue la rupa flowers n Teddy tue |
Then, pagi hari kejadian tue sibuk lah masuk website tue
untuk track balik status order yang dah dibuat tu. Masa tue dah around pukul 12
kot. Sekali tengok tak ship lagi, boleh tak??? Kat order tue dah siap cakap
suruh hantar pagi. Ni dah nak ke petang pun tak hantar lagi. Memang saje nak
kena tau diaorang nie. Kalau servis kat kerajaan tue lambat sikit je laju je korang nak komplen
kan (ye la sebab kebanyakan servis kan free…tue yang sedap je korang nak
hentam). Nie dah la bayar mahal-mahal pas tue sibuk suruh isi itu ini, tapi
korang tak ikut apa yang customer nak. Sesuka hati je buat keje.
Tak sempat nak call masa tue sebab ada benda nak diuruskan.
After lunch saya call. Bila call, dan-dan je cakap dah hantar dan orang kat
sana dah terima. Saya tau yang terima tue bukannya suami saya sebab masa tue
dia ada kat Putrajaya. So dalam pukul 3pm barulah hubby call n beritahu dia dah
dapat bunga tu. Pastu dia siap jaja satu opis beritahu dapat bunga dari isteri.
Suami saya nie kadang-kadang boleh tahan jugak perangai dia. He’s so happy with
it dan I’m glad he loved it.
Petang tu kol 6.15pm dah keluar dari opis sebab takut tak
sempat sampai rumah cuz hubby cakap nak bertolak pukul 8pm. Tapi alhamdulillah,
traffic adalah tidak gila. Before 7pm dah ada di rumah dan ia adalah amazing
sebab biasanya memang tak dapek la nak sampai macam tue punya cepat. Lepas dah
gomol anak sikit-sikit terus je keluar. Dari rumah nak ke Angkasapuri memang
tak jauh tapi still kena bertolak awal sebab takut tak de parking. Bila sampai
tue memang betul la jangkaan kiteorang, kereta memang dah banyak dah. Parking
side yang dekat dengan Auditorium tue memang dah penuh. So terpaksalah masuk
kat kawasan dalam lagi dan baik punya jauh untuk park kereta. Merasalah
berjalan jauh nak ke Wisma Radio tue.
Sampai-sampai je dah diarah untuk ke satu dewan kecil nie. Masuk
dewan tue seat semua dah penuh. Timbul persoalan dalam hati. Eh takkan dewan
besar nie je untuk sesi dialog dengan KSN? Hubby pun cakap kat saya kat saya
benda yang sama. Tetiba ada la mamat kat belakang tu yang terdengar perbualan
suami isteri berdua nie menyampuk…."Nie dewan tambahan je untuk mereka yang tak
dapat masuk Auditorium Utama. Auditorium besar tue dah penuh, tu yang diaorang
buka kat sini”.Kisahnya kan.
Lepas dengar penjelasan mamat tue, hubby laju je ajak saya
balik. Hubby kata dia tak nak berdiri dengar dialog tue. Zaman-zaman nak kena
berdiri nie dah berakhir katanya. So sebagai isteri yang solehah (sendiri yang
perasan walaupun tahu belum mancapai tahap itu ), saya pun ikutlah bontot En. Suami
menuju ke kereta. Masa kiteorang berjalan menongkah arus tue, masih ramai je
orang yang baru sampai nak pergi kat Audi tue. Saya hanya mampu memberikan
senyuman manis untuk mereka. Biar la diaorang tengok sendiri keadaan kat dewan
tue macam mana.
Oleh kerana program di Angkasapuri tue kiteorang dah pandai-pandai
sendiri cancel, maka agenda asal telah diaktifkan semula. I LOIKE!!!!!! Terus
je ke KLCC sebab perut pun dah lapar sebab dah pukul 9.15pm dah masa tu. Nasib
kat Ben’s tak berapa ramai orang so makanan kiteorang dapat cepat. Saya order Cheeseburger on Sesame Seed Bun and
Creamy Tomato Spaghetti with Beef Bacon & Chilli Flakes. The food was ok.
As usual I didn’t finish mine. Walaupun lapar, portion burger itu adalah
terlalu besar untuk saya. Rugi je, bayar mahal-mahal tapi makan tak habis.
Memang tak boleh bawa pi tempat mahal agaknya. Lain kali mesti hubby belanja
burger McD jer..huhuhu. Hubby kata dia punya spaghetti dry gila. Dia kata dah 2
kali dia makan kat Ben’s dan dua kali itu jugak pasta dia terasa dry dan dia
tak berapa berkenan makan kat Ben’s ni. Delicious lagi sedap katanya.
This is mine...Hubby punya malas nak ambil sebab jauh sangat. Boleh nampak sipi-sipi je kat hujung gambar nie...huhuh |
Later we order dessert. I requested for ice cream sebab tengah tengah sakit. Berrific Sundae namanya. Orang kata kalau sakit tekak elok makan ice cream...betul ke???? |
Tu nak bagi hint kat kite la tu. Baiklah, lain kali kite
jangan datang Ben’s…kite pegi makan kat Delicious sampai muak… Dan lain kali
pikir sendiri nak makan kat mana dan jangan tanya kite lagi (mode merajuk telah
diaktifkan).
Anyhoo, sambil-sambil makan tue sempatlah bagi pressie kat
hubby sempena anniversary kiteorang. Memula tu macam pening je nak cari hadiah
apa untuk suami saya tue. But end up, saya belikan Samsung Galaxy Tab 7.7 untuk
dia. Saya rasa benda nie adalah hadiah yang terbaik sebab :
1. Masa birthday dan convocation hubby, saya takde bagi
hadiah best-best untuk dia kecuali card dan hadiah SamsungTab tue kiranya
sesuai untuk cover 3 events sekaligus iaitu birthday, convocation dan
anniversary (kalau ada event lagi, hadiah nie pun termasuk sekali untuk hadiah
event tu....gila save cost punya bini)
2. Dah 88 kali (tak ingat berapa kali sebenarnya tapi main
tarok 88 kali sebab no.88 kan no. ong…hahaha….gila punya perempuan) hubby cakap
nak beli sama ada Sambung Notes/Sambung Tab/Samsung SIII. Tapi sampai la nie tak
beli-beli lagi. Telepon Blackberry dia memang dah rosak dan tak bole pakai.
Telephone Motorala dia tue pulak dah ketinggalan zaman kot, budak sekolah pun pakai
phone yang lagi advance modelnya dari phone suami saya. Kesian ok suami
saya!!!!
3. Nak beli Samsung SIII harga dia dah melebihi bajet saya so
memang tak dapatlah…hahahaha!!!! Yang Samsung Notes tue kecik sangat la pulak
screen dia, kalau nak surf macam susah la jugak. So Tab tu macam sedang elok
je. So kalau balik kampung tak payah la bawa laptop yang besar dan berat tue.
Boleh bawa Tab yang ringan dan comel je….
4. Reason yang paling utama sebenarnya adalah…BOLEHLAH
ISTERINYA TUMPANG SEKAKI NAK MASUK FACEBOOK OR NAK MELAYAN BLOG. Screen Samsung
SII saya nie pun kecik je, tak berapa syok nak baca blog. (boleh nampak di situ yang
ada factor self interest yang digunapakai semasa membeli hadiah untuk suami…ahaksssss!!!)
Hubby macam speechless gak bila nampak Tab tue. Ye la mane
taknya, benda yang dia dah lama mengidam nak beli kini dah berada di depan
mata. Lepas buka tue, memang dia berkepit je dengan Tab tue. Saya offer la nak
simpan kan kat dalam beg. Dia kata takpe, dia boleh pegang. Makan sambil pegang
Tab temanya. Nak balik tue dia simpan la Tab tue kat dalam beg sebab takkan nak
jalan sambil pegang kitak Tab kan. Dan-dan je nak tolong bawa beg saya. Saya je kata tak payah sebab
nampak macam tak macho plak Hubby pegang shopping beg oranje tu.
The Husband |
The Wife |
Us |
With his brand new Samsung Tab 7.7 |
All in all, I had a great day with En. Suami. Jarang rasanya
dapat keluar berdua-duaan sekarang nie sebab askar dua orang kat rumah tue
kalau boleh memang nak ikut je ke mana Mummy and Ayah pegi. Haruslah kan nak
mengikut sebab weekdays tak dapat nak spend masa dengan diaorang. So
sekali-sekala dapat beromantika macam nie memang la sangat best.
Till then.
No comments:
Post a Comment