Mari kita kasi tutup cerita pasal holiday hari tue. Cerita
sekali untuk hari ke-12, ke-13 dan terakhir di London. Pastu kita boleh pikir
nak buat entry apa pulak lepas nie. Untuk hari ke-12 tue, pagi-pagi lagi dah
keluar bershopping di Primark kat Ealing Broadway. Hari tue kan tak
sempat nak shopping sangat dan hubby dah janji nak pergi shopping kat Primark
Ealing plak. So off we go. To tell the truth, masa tu memang rambang mata
tengok tops yang lawa-lawa gila kat sana. Harga pun x mahal sangat. U can get a
nice top dengan harga lingkungan £8-£16 (sila jangan convert to RM ye). Masa
awal-awal tue main amik je apa yang nampak lawa. Ada dalam 10 helai kot. Pastu
nampak cardigan pulak. Harga dalam £4/helai. Capai jugak 2-3 color. Memang menggila
la tengok benda murah-murah nie.Then beli some throws, laundry basket, some
pillow and bed cover. Masa nie saya separate sekejap dengan hubby sebab nak
jimat masa.. Saya pergi ke ladies dept dan hubby ke gents dept. Kalau nak
mengikut bontot masing-masing memang sampai ke petang la tak siap shopping.
Lepas dah habis melakukan rondaan kat situ, barula tunjuk
kat hubby tops yang telah dipilih tadi. Minta pendapat dan approval dia. At
last, saya cuma ambil separuh daripada apa yang diambil tadi. Tak try langsung
uolls sebab malas. Pasni kalau tak muat merasa la sedekah baju-baju tu kat adik
adik….
Habis shopping terus balik rumah untuk hantar barang dan
berehat . Petang tu kita orang nak ke Reading pulak. Hubby nak jumpa member uni
dia kat sana. Zeid namanya. Last year masa kiteorang kat London, Zeid n family
sempat jugak datang kat rumah kiteorang. Kiteorang je tak sempat lagi nak
menjenguk dia kat Reading. Dah beberapa kali jugak dia jemput kami datang ke
rumah.