Friday, May 25, 2012

London-Paris-London (Day 7)



# Sepatutnya entry nie dipost dahulu sebelum entry Day 8..tapi saya sudah silap. So pandai-pandai uolls adjust la ye nak bace yang mana dulu.TQ!!!!

Hari ini adalah hari shopping untuk kami semua. Kiteorang nak ke Bicester Village. Untuk ke sana banyak option yang uolls boleh gunakan sama ada nak drive, naik train or naik special coach yang telah disediakan. Untuk tujuan membeli belah kali nie, kiteorang decided untuk naik special coach dia. Boleh booking daripada website nie. Tapi coach nie hanya tunggu di tempat yang telah ditentukan saja.

Bagi tujuan tue, kiteorang terpaksa naik bus dari Acton ke Cumberland Hotel di Oxford Street sebab Cumberland Hotel adalah salah satu perhentian yang dilalui oleh coach tu. Around 9.20am kami bertolak dari Cumberland Hotel. After Cumberland Hotel, ada few stops lagi before coach bergerak ke Bicester Village.

Perjalanan dari London ke Bicester Village memakan masa lebih kurang 1 jam. Depends pada traffic la jugak. For us, we arrived there around 10.50am. Basically, uolls semua akan dilepaskan untuk bershopping di situ sehingga pukul 4.45pm. Dan pukul 5pm coach akan bertolak balik ke London. Makanya uolls ada masa lebih kurang 6 jam untuk bershopping sakan kat situ.

Personally kalau uolls tanya saya 6 jam tue cukup ke  tak, I‘ll say not enough. Kat sana ada lebih kurang 1++ kedai yang uolls patut masuk dan tengok. Kurang-kurang 15 minit satu kedai. Kalau ada yang berkenan lagilah lama kat situkan. So plz rancang masa uolls dengan sebaik-baiknya supaya tak terlepas peluang untuk masuk ke kedai-kedai yang uolls dah target. Untuk tujuan perkongsian, antara jenama-jenama yang ada kat sana adalah Gucci, Dior, Salvatore Ferragamo, Anya Hindmarch, Ted Baker, Tod’s, Bally and many many more. Kalau nak lagi details, uolls boleh check dekat their website.

Sebab dah banyak kali jugak datang sini rasa macam dah boleh hafal dah apa kedai-kedai yang ada kat sini. Cuma ada jugak kedai baru macam Coach. Dulu masa dok London n datang sini takde Coach. La nie dah ada. But to tell the truth, dari segi harga walaupun Coach nie bagi outlet price.... kat US punya is way way cheaper daripada harga yang diaorang offer kat Bicester Village.

Masa kiteorang datang nie takde musim sale sangat. Kalau musim summer tue kadang-kadang boleh dapat harga sale yang sangat-sangat murah. Yang saya perasan ada sale hari tue macam di Coast, Ted Baker and LK Bennett. Yang lain-lain tue semua kebanyakannya harga outlet je.

Oh…lupa nak cakap. Kalau naik coach, bila turun dari bus diaorang akan bagi discount voucher untuk digunakan di kedai-kedai. Uolls akan dapat 10% off daripada harga yang ditawarkan. Tapi setiap voucher tue boleh guna sekali sahaja di setiap kedai sebab after guna je diaorang akan cross nama kedai diaorang. Dan discount voucher tue uolls boleh guna utk normal item je. Yang mana-mana yang dah ada less tue tidak dibenarkan untuk menggunakan discount voucher tadi.

Saya tak masuk semua kedai pun sebab tak ada hajat nak shopping sangat. Ada jugak masuk beberapa kedai target tapi takde yang berkenan. Then masuk ke Michael Kors, CK Jeans dan La Crusset untuk belikan barang-barang yang dipesan oleh kawan saya. Kesian dia sebab separuh daripada apa yang dipesan je ada. Yang lain-lain tue takde.

MIL belanja shirt dari LK Bennett dan some baju for the kids. Mummy dengan Ayah dia tak sempat nak beli, Ummi dan Atok dah borong untuk cucu-cucu. So Mummy dengan Ayah beli lain kali sajalah. Sebab dah banyak sangat baju diaorang. Yang dulu Atok n Ummi bagi pun x sempat pakai lagi. Takut dah tak muat je..huhuhu

And hubby did belanja me handbag and shopping bag from Anya. Belated birthday present temanya. Remember I said I want to pow him masa kat London?! Memang kena pow la betul-betul. Me love that handbag so much..

Kat sini selesa jugak nak bershopping sebab selain choices of shop yang sangat banyak turut disediakan jugak kemudahan lain seperti tandas yang super bersih, tempat makan yang agak besar with variety of food to choose from, dan juga tempat untuk solat. Dulu-dulu takde, then I think mungkin diaorang terima feedback yang banyak mengenai tempat untuk solat kot…Sebab ramai jugak minah dan mamat Arab bershopping kat sini. Kalau tengok diaorang shopping memang hebat. Banyak dan penuh barang kiri kanan.

Kiteorang datang Bicester kali nie siap banyak luggage untuk isi barang-barang yang dibeli. Berdasarkan pengalaman bershopping yang lepas-lepas, memang penat tangan nak mengangkut barang-barang yang dibeli tu. Kali nie senang gila, tarik je beg tue, xdelah sakit tangan ke apa. Ditambah pulak dengan cuaca yang tak menentu dan bila hujan, rata-rata paper beg yang diberikan oleh jurujual akan basah dan ada yang akan koyak. So kiteorang selamat di situ sebab barang-barang semua dah secure kat dalam beg. Ada sesetengah orang tu terpaksa minta plastic beg besar serupa mcm untuk baju baru lepas dry clean tu untuk selamatkan barang-barang diaorang.

Around pukul 4.45pm kiteorang semua dah ready dalam bus dan sekali lagi hujan turun. Mula-mula saya tak perasan hujan, tapi lama-lama tu terasa pelik kenapa macam ada bunyi batu jatuh kat atas bas. Rupa-rupanya hujan batu uolls. Nasib dah naik bas, kalau tak merasalah kena hujan baju. Sejuk sangat cuaca agaknya sampai turun hujan batu. Saya tak pernah tengok hujan batu. Seketul-seketul dia jatuh. Kalau kena boleh tahan sakit nie.

Seharian berjalan di Bicester Village membuatkan kaki terasa sengal. Balik rumah dan dapat baring terasa begitu selesa sekali. Tidur malam tue pun muka ada senyum sebab dapat handbag baru kan…Tq hubby;p

No comments: