Wednesday, May 2, 2012

Upin & Ipin The Musical



Hello friends....I'm back. Lama menyepi dari blog nie. Masa pegi London hari tue angkut jugak laptop tapi sayang seribu kali sayang, angan-angan untuk update blog hanya tinggal angan-angan sebab saya adalah super busy, super penat dan super malas. 

Lagipun gambar-gambar semua belum transfer n so on. So I thought takpelah, nanti bila ada masa kita update sikit-sikit pasal holiday kite tu (dengan harapan ada orang baca..huhuhu). And as for now please bear with me. Sehingga entry holiday itu keluar (perasan gi holiday yang hebat la pulakkan), sila la jamu mata dengan cerita-cerita semasa yang berlaku.

Mari kita start dengan cerita semasa cuti Hari Pekerja semalam. Mula-mula memang tak ada plan apa pun. Dalam kepala nie dah terbayang dapat tidur atas katil sambil guling-guling sebab masih jet lag. Aimery pulak tidur malam tak berapa nak nyenyak. Oleh itu dengan mummy dia pun terpaksa la tidur-tidur ayam. Sekejap tidur..sekejap terjaga. Pusing kepala I dibuatnya.

Tapi terpaksa dilupakan niat yang suci murni itu sebab MIL ajak kiteorang pegi Istana Budaya untuk tonton Upin & Ipin The Musical. Dah ibu mertua ajak takkan lah nak kata taknak pergi sebab nak tidur atas tilam yang empuk. Durhaka namanya..ihik!!!! Orang dah bagi free lagi mau banyak bunyi, pergi saja la....

Teater petang tue start pukul 3pm. FYI, teater nie dah start since 14 April yang lepas. And it will ends on 7 Mei. So kira kiteorang pegi nie pun dah last-last show. Nak buat macam mana kan, hari tue takde kt Malaysia. KPJ Healthcare adalah main sponsor for this theatre so mari kita support habis-habisan sebab kedua-dua key players dalam menjayakan musical nie adalah company MELAYU (Les' Copaque dan KPJ).kalau kita tak support bangsa kita sapa lagi nak support. Bangsa lain? I doubt.  Ok dah habis promote.

Mummy n Amsyar je. Anye tinggal sebab terlalu kecil untuk paham...Nanti dah besar sikit boleh bawa.

Glad that we went to see the theatre. Memang awesome gila. Dari segi propnya, costume, lagu dan lakonan...semuanya sangat meyakinkan. Basically theatre nie mengisahkan seorang puteri (Puteri Cinonit) yang berasal dari satu dunia lain berasa amat sedih kerana tidak pernah gembira telah mendarat ke bumi untuk mencari kegembiraan. Dia diberitahu bahawa kanak-kanak yang paling gembira ialah Upin dan Ipin kerana walau pun mereka yatim piatu mereka sangat disayangi oleh Opah, Kak Ros dan rakan-rakan yang lain. Puteri Cinonit telah mengarahkan rama-rama supaya 'menculik' Upin dan Ipin kerana ingin mengetahui rahsia kegembiraan adik-beradik kembar itu. Pada ketika itu, Upin dan Ipin sedang bermain dengan rakan-rakannya di sebuah air terjun yang menjadi tempat tinggal labah-labah. Selepas diketar labah-labah mereka melarikan diri sehingga terdampar di tepi pantai.

Ketika rakan-rakannya masih pengsan, Upin dan Ipin telah diperdaya oleh rama-rama dan dibawa ke istana pokok milik Puteri Cinonit. Upin dan Ipin telah membuatkan Puteri Cinonit gembira setelah membaca buku bersama-sama. Pada masa yang sama, kawan-kawan Upin dan Ipin yang sedar akan kehilangan mereka telah pergi mencari sehingga ke Perkampungan Pulu-Pulu. Mereka kemudian meminta tolong mentadak mentadu untuk mencari Upin dan Ipin.

Kalau uolls nak tahu kesudahan cerita nie sama ada berjaya atau tidak mereka menjejaki Upin dan Ipin, kenalah pergi ke Istana Budaya. Kalau bawa anak-anak, sure diaorang seronok gila. Masa kiteorang pegi semalam pun, the kids teruja gila melihat watak-watak yang ada dalam teater tue such as the spiders (tp ada jugak yang nangis sebab takut tengok spider tue...poor baby!!!!), orang asli Pulu-Pulu, the beautiful butterflies, the prying mantis dan much more. 

Tapi anak saya Amsyar sangatlah bertuah sebab baru je show start 15 minit dia dah belasah tidur. Memang dah mengantuk sangat la tue. Bising macam tu pun dia boleh nyenyak tidur. Sebelum keluar tadi dah suruh tidur tapi biasalah dia, kalau dipaksa tido memang takkan tido punya. Suka hati la anak. Sudahnya mummylah kena pangku dia. Berat boleh tahan pulak tue. Dan oleh sebab itu, insyallah malam nie nak pergi tengok lagi dengan harapan dia tak tidur.

Btw, teater nie starts at 3pm dan 8pm so uolls boleh choose ikut kesesuaian masa masing-masing. Tapi semalam petang dia buat show dalam Bahasa Inggeris (the only show in English). Yang lain-lain semua dalam Bahasa. But be it English or BM, ia sangat menghiburkan. Kalau tak percaya, cubalah try test tengok sendiri. The ticket price vary from RM33 up to RM453.

So guys, check it out!!!!!




No comments: