Monday, May 28, 2012

London-Paris-London (Day 10)


Hari nie memang takde aktiviti khusus. Rasa macam nak lepak je kat rumah untuk meregangkan urat-urat kaki yang dah seminggu lebih berjalan tanpa henti. Tapi memang tak bolehlah sebab ada beberapa urusan lain yang hubby kena selesaikan.

Basically semuanya pasal rumah MIL kat London tue. Council tax semua tak bayar lagi since beli rumah tue. Sehinggakan dah sampai surat dari court suruh bayar. Well bukan tak nak bayar tapi kiteorang kan tak dok kat London so surat-surat tue semua macam tak diterima la. Dah datang sini baru tau ada surat dari court. Masa tue mula la menggelabahkan. Silap-silap nie boleh kena sama ke apa. Dekat London nie bukan boleh buat main-main. Dia punya enforcement boleh tahan mantap.

So kiteorang pun pergi la ke Ealing City Council untuk bertanyakan perihal council tax tue. Manalah tau boleh dapat exemption ke apa sebab kiteorang tak dok situ. Rumah tue kosong…boleh tak tak payah bayar tax??? Hehehehe….. Memang tak dapatlah jawapnya. Actually diaorang hanya bagi exemption dari tempoh kita beli rumah tue sampailah tarikh kita masukkan barang ke rumah tu. Itu takrifan dia orang untuk rumah kosong. Kalau dah masuk barang tapi tak duduk stil kena bayar penuh. Boleh tahan mahal jugak tax dia.

Pastu pergi Argos  beli some hardware for the house. Rumah baru macam-macam takdekan. Terpaksalah mengangkut barang-barang tue naik bus. Kalau kat Malaysia, semua boleh campak kat boot kete je.

Malam tue suami saya sibuk bertukang kat rumah. Semangat pulaklah dia nak buat kerja malam-malam nie. Saya bukan apa, takut jiran complaint bising je. Orang-orang kat sini kalau diaorang tak suka memang cakap direct je kan. I tak nak sentap uolls kena sound. Tapi laki I tu degil. Nasib la. Jap lagi kalau ada orang ketuk pintu, sila la jawap.

Sementara si suami sibuk buat kerja, isteri dia sibuk melayan TV. Suami saya tu boleh diharap jugak rupanya. Ye la sebelum nie tak pernah tengok dia bertukang ke apa. Sebab tu tak tau rupanya dia quite handy jugak. Tapi siap lah berpeluh tak ingat buat kerja kat dalam toilet tu. Saya malas nak tolong sebab saya memang tak pandai buat benda tue semua. Nanti salah satu hal pulak.

So baik saya buat hal sendiri. Sambil tue prepare barang-barang untuk pergi road trip esok. Tak sabar pulak rasanya. Nanti saya share cerita road trip tue dengan uolls.

Till then.

No comments: