Wednesday, December 28, 2011

Orang Malaysia



Dah lama tak update apa-apa kat blog. Sebab utama adalah malas. Masuk blog tapi macam takde mood nak tulis apa-apa. Ada jugak cerita yang nak dikongsi tapi lepas tue tak jadi nak tulis sebab kemalasan yang teramat.

Tapi hari nie nak citer sikit tabiat orang kita nie. Mungkin uolls semua pun pernah melalui situasi yang macam nie. So mari kita kongsi pengalaman bersama-sama. Basically nak share pasal perangai sesetengah daripada kita yang selalu ambil endah tak endah tentang sesuatu perkara or dalam erti kata lain tak peka. Di bawah nie adalah beberapa situasi yang pernah saya lalui/saya dengar dari orang-orang yang dikenali.

Melintas jalan sesuka hati

Ok fine. Tak salah melintas kalau keadaan jalan tue selamat. Tapi kalau dah jalan tue kereta semua pakat laju-laju yang korang tue pakat berani mati nak melintas jugak sebab malas nak guna jejantas yang 250 meter kat depan tue, apa cerita??? Dah kita yang bawa kereta nie pulak kena fikirkan tentang keselamatan dia. Dah terpaksa emergency break bila tiba-tiba muncul makhluk yang entah dari mana tiba-tiba melintas jalan. Kalau terkena langgar kan ke susah. Kalau langgar mati pun susah...tak mati pun susah.

Pastu ada pulak jenis kedua nie. Dah kita bagi jalan kat dia walaupun lampu pejalan kaki tue masih merah, dia pulak boleh belenggang kangkung bajet cun macam Miss World melintas jalan. Come on lah.... Bila orang dah bagi chance tue, jalan la cepat sikit. Tak payah lah nak bergurau senda kat tengah jalan tue. Kadang-kadang bila berdepan situasi macam nie tetiba je rasa nak langgar je diaorang nie. Tak guna akai langsung.

Tuesday, December 13, 2011

Majlis Aqiqah Aimery



Majlis nie dah berapa kali tunda sebab tak dapat tarikh yang sesuai. Cadangnya nak buat masa SIL ada kat Malaysia hari tue iaitu dalam 15 - 25 November. Tapi memang tak dapatlah sebab tarikh tue mummy pengantin lelaki a.k.a Aimery adalah super busy. Asyik outstation je kerjanya pada masa tue.

Lepas dah bincang-bincang balik dengan family kedua-dua belah pihak so kami pilih tarikh 27 November 2011 lepas bersamaan 1 Muharam 1433 dan mengambil berkat tahun baru Islam. Mudah-mudahan menjadi anak yang baik dunia dan akhirat. Amin. Kali nie buat majlis aqiqah Aimery di Melaka sebab majlis aqiqah Amsyar dah dibuat di KL. Kena adil ye tak, barulah rukun rumah tangga....weehoo....

Nasiblah mak dan ayah di Melaka dapat bantu cari caterer, orang sewa khemah dan orang jual kambing aqiqah. Ringan sikit beban di batu jemala kami berdua. So basically semua urusan untuk majlis tersebut berjalan lancar.

MIL dan Aunty Jan (close friend of MIL) dah tolong sediakan barang-barang for goodie bag. Teruk punya menantu. Sibuk sangat outstation sampai MIL yang kena take over buat benda-benda tue. CEO pun tak busy macam saya yang hanya orang suruhan...;p

So malam sebelum majlis, adik-adik dikerah untuk memasukkan barang-barang tersebut ke dalam paper beg. Buat ramai-ramai sekejap je siap. Kalau nak mengadap sorang rasanya jenuh jugak. Nasib saya kakak dan ada adik ramai. Boleh jadikan mereka orang suruhan..hahahahaha!!!!

Thursday, December 1, 2011

RSOG Workshop @ Philea Resort & Spa



Minggu lepas adalah super busy sebab 1 hari pun tak masuk office. Isnin dan Selasa berada di PICC untuk berbengkel dan Rabu sehingga Jumaat di Melaka untuk berkursus. Punch untuk bulan ini secara amnya banyak yang kosong..huhu...

By the way workshop daripada Razak School Of Government (RSOG) nie adalah kesinambungan daripada workshop pertama yang telah diadakan pada 14-16 Oktober lepas. The 1st one was held at IOI Marriott. So basically peserta untuk workshop ini juga adalah peserta yang sama. Seronok pulak dapat jumpa balik geng-geng workshop yang lain. Eventhough kebanyakan mereka adalah senior-senior daripada saya tetapi we can mix up very well.

The best thing about the workshop adalah accommodations yang very the awesome possum dan trainers yang sangat cool. Tempat kursus setakat nie memang gempak. The 1st one as I mentioned earlier, IOI Marriott dan kali ni Philea Resort & Spa. The trainers iaitu Thiagi dan Sam memang the bestlah. Tak rasa mengantuk sepanjang workshop sebab setiap sesi pembelajaran diterjemahkan melalui aktiviti yang menarik dan sangat impromptu.

Hari ni bukanlah nak cerita sangat pasal workshop tue tapi nak share dengan uolls semua pasal Philea Resort & Spa nie. Manalah tau kalau ada sapa-sapa yang teringin nak mencari kelainan daripada hotel-hotel yang biasa anda pergi, mungkin boleh consider tempat nie. Tempatnya sangat mudah untuk dicari iaitu bersebelahan dengan Exit Ayer Keroh. Sebaik sahaja bayar tol, sila susur ke kiri dan masuk di simpang pertama dari Tol Ayer Keroh itu. Satu lagi landmark ialah ia bersebelahan dengan Taman Rama-Rama Melaka.

Rayner & Karen's Reception



Pada 18 November 2011 yang lepas saya telah ambil cuti untuk ke Sabah. Bukan untuk Cuti-cuti Malaysia tetapi untuk menghadiri majlis resepsi BFF @ Karen Kabinchong. Plan untuk attend wedding nie dah dibuat hampir setahun yang lepas. Karen dah beritahu awal-awal supaya BFF yang lain dapat reverse tarikh tersebut dan datang memeriahkan majlis dia. Yang dah confirm betul-betul untuk ke Sabah adalah yours truly, Cik Puan Eera dan Datin Sri Emmi Hitrawaty. Puan Sri Nuraznidah jugak telah confirm untuk hadir tapi dia datang bersama family sekaligus untuk bercuti-cuti Malaysia di Sabah.

Urusan booking tiket flight dan penginapan, Cik Puan Eera Jamaludin yang uruskan. Bestkan ada orang yang tolong uruskan untuk kita. Nanti just transfer duit je kat dia. I loike!!!! Nak jadikan cerita, saya sudah hampir ketinggalan flight pada petang Jumaat yang syahdu itu. Flight AirAsia schedule for departure @ 1505pm. Saya pulak 1.45pm baru sampi KL Sentral kononnya nak naik KL Transit sampai ke Salak Tinggi dan kemudian naik bas ke LCCT. Sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas tanya flight pukul berapa? Saya cakap pukul 3.05pm.

"Kalau macam tue, cik naik apa pun tak sempat."

Boleh pulak kan dia cakap macam tue. Saya punya cuak Tuhan je yang tahu. Tapi tak mati akal. Saya terus pergi cari cab. Memula tue nak naik teksi murah je. Tapi disebabkan kena tunggu lagi 10 minit baru boleh bertolak, terus je amik cab kena bayar mahal RM130 untuk ke LCCT (padan muka..siapa suruh lambat!!!). Saya sempat pesan kat driver tue supaya bawa laju dan saya nak sampai sebelum pukul 2.45pm.

Badai Semalam



Nie dah lama punya cerita. Terpaksa disimpan dalam kepala sahaja kerana tidak ada masa untuk mengarang di blog ini. Tapi hari ni sempat curi-curi masa sikit untuk share experience masa menonton teater arahan Khairunazwan Rodzi hasil adaptasi novel Khadijah Hashim pada 16 November lepas bersama MIL and SIL. Ladies nite out temanya. Ayah-ayah semua kena jaga anak-anak di rumah. Sesapa yang pernah baca novel tue mesti dah tau jalan cerita teater nie. Saya adalah kategori orang-orang yang belum pernah membaca novel ini. Makanya ini adalah pengalaman pertama untuk mengetahui apakah cerita di sebalik Badai semalam nie. So saya nak kongsi sikit ceritanya dengan uolls. Teater nie turut dibintangi nama-nama hebat seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Ummi Aida, Emilia Rosnaida, dan Ziela Jalil.

Ceritanya lebih kurang macam nie. Mazni (lakonan Erra Fazira) anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diridan ibunya hanya menumpang teduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal di situ, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa iri hati dan cemburu dengan kecantikan Mazni apatah lagi apabila Karim (lakonan Aaron Aziz), anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati pada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai Abangnya sahaja.