Friday, July 22, 2011

Edinburgh Experiences



Kita sambung semula cerita roadtrip hari tu. Lepas dah melawat Manchester kami meneruskan perjalanan untuk lokasi utama roadtrip kali ini. Ye...ke Edinburgh, Scotland. Dari Manchester ke Edinburgh ada lebih kurang 352km lagi. Kalau ikut sat nav masa perjalanan adalah dalam 4 jam. Mak aii..Apsal plak sampai 4 jam kan.... We'll see about that later.

Sebelum tue kami sempat singgah ke Lake District. Di sini terletaknya Taman Negara terbesar England. Bagi mereka yang suka dan cintakan keindahan alam tempat macam nie sesuai untuk anda. Disebabkan kesuntukan masa kami melawat ala kadar sahaja. Tapi Amsyar excited bila nampak adventure playground yang ada di situ. Seronok main sampai tak nak balik. Lepas kena sound dengan Ayah dia dan dengan muka tak puas hati dia naik buggy. Lepas tue ambil gambar sikit kat lakeshore. The view is very breathtaking. Tasik yang membiru, gunung-ganang yang menghijau...burung-burung riang bertebangan. Memang superb!!!! For those yang nak buat watersport activities kat Brockhole point nie semua ada disediakan.

Tapi masuk kawasan hutan nie bagi saya macam nak berapa sesuai untuk baby pasal macam banyak langau dan serangga yang saya tak tau namanya. Saya pun ada terasa gatal-gatal macam kena gigit something. So macam bahaya pulak kalau baby kena gigit ke apa kan. Disebabkan itu jugak kami tidak berlama-lamaan di sini. Lepas beli some souvenirs terus sambung perjalanan.























Bila dah start jalan tue barulah saya tau kenapa ambil masa samapai 4 jam nak sampai ke Edinburgh. Yang pertama adalah kerana sat nav menunjukkan jalan yang tidak menggunakan highway. Yang kedua jalan yang diberikan adalah jalan yang macam ular kena palu. Tambahan pulah kena melalui gunung-ganang yang sangat cantik pemandangannya. Rasanya macam tengah mendaki jalan kat Cameron Highland waktu dolu-dolu. Cuma kali nie jaraknya adalah lebih jauh. Saya yang duduk kat belakang nie macam rasa nak baling sat nav tue pun ada sebab tunjuk jalan macam nie. Pasalnya kepala sudah pening. Jalan kat situ sangat scary pulak tue. Jalannya kecil, gaungnya pulak adalah sangat dalam, kereta kat situ bawa laju pulak tue. Then out of nowhere ada pulak batu kat tengah jalan. Tak ke bahaya tue???? Dalam hati sentiasa berdoa supaya kami cepat dan selamat sampai. Tapi no doubt la ikut jalan countrysite nie memang seronok sebab dapat tengok pemandangan yang cantik-cantik. Dalam bergunung-ganang tue tetiba je ada lake yang sangat lawa. Siap ada yatch segala. Agaknya kat sinilah tempat orang-orang kaya bercuti.

Lepas lebih kurang 4 jam akhirnya kami sampai di Edinburgh. Check in di Travelodge dan berehat sebab dah malam. Budak-budak pun dah penat. The next day (12 July 2011) lepas breakfast terus je kami ke lokasi di mana terletaknya bus hop on hop off yang akan membawa kami berjalan di sekitar Edinburgh nie. Tiket semua dah settled sebab hubby beli secara online. Alhamdulillah cuaca pagi tue cerah. Cuaca agak dingin so terpaksalah pakaikan budak-budak sweater. Bus bawa kami melawat sekitar bandar Edinburgh. Bandar Edinburgh ini agak berbeza daripada bandar-bandar yang pernah kami lawati sebelum ini. Kawasan bandarnya masih lagi dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang masih digunakan. Bandarnya agak berbukit-bukit. Jenuh jugaklah mendaki bila bawa buggy. Pemandangan dari bus pun sangat cantik as there are many buildings yang dibina di kawasan bukit. Nampak bertingkat-tingkat. Kami lalu di Botanical Garden tapi tak turun sebab garden macam dah selalu pegi dan sebab utama kami tak punya banyak masa. Terus je kami ke destinasi utama iaitu ke Royal Yatch Britannia. Kapal nie ala-ala kapal Titanic dan merupakan salah satu kapal yang terkenal di dunia.

Britannia nie berkhidmat especially untuk HM Queen and the Royal Family. Berdasarkan sejarahnya ia telah berkhidmat hampir 44 tahun sejak mula belayar pada tahun 1954. Prince Charles dan Princess Diana pun pernah belayar dengan kapal ini untuk honeymoon selepas berkahwin pada tahun 1981. Pada June 1994, Kerajaan Britian mengumumkan Britannia akan ditamatkan perkhidmatannya. On 11 December 1997, Britannia was decommissioned at Portsmouth Naval Base in the presence of The Queen, The Duke of Edinburgh, some Royal Family members, Royal Yatch Officers, yatchmen and families. Four months later Britannia is moved to Edinburgh.

Kami spent masa hampir 2 jam dalam Britannia. Kapal tue je dah 5 tingkat tu yang makan masa sikit nak tour the whole ship. But memang worth it walaupun terpaksa bayar untuk masuk dalam kapal nie.

Settled semua di Britannia dah pukul 1 lebih. Siap makan dan tukar nappy Amsyar and Aimery terus naik bus untuk pergi ke tempat yang kami mula-mula naik tadi (city centre). Nak kena tukar bus untuk boat trip di Firth of Forth dengan menaiki The Forth Belle.



Perjalanan ke edinburgh saujana mata memandang


































Perjalanan dari city centre (Waverley Bridge) ke Hawes Pier mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sepanjang perjalanan tue ada jugak beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi tapi bus tak berhenti. Boleh dengar audio pasal tempat tue daripada dalam bus saja.

Sampai kat pier kena tunggu sekejap sebab boat (Forth Belle) tak sampai lagi. After 15 minit baru kami dapat naik boat. Masa tue orang tak ramai so boleh pilih sama ada nak duduk kat bahagian dalam atau luar. Semua orang serbu duduk kat luar la. Senang nak ambil gambar. But lepas tue sorang demi sorang start masuk ke dalam sebab sejuk gila kat luar tue. Hanya mereka yang kalis sejuk je lepak kat luar tue sampai balik semula ke pier.

Two obvious things yang kita boleh kat sini adalah The Forth Road Bridge dan The Forth Railway Bridge. Satu di sebelah kiri dan sau di sebelah kanan. Railway tue punyalah busy sampai boleh dikatakan setiap 5 minit akan ada train yang lalu. Sepanjang boat tour tue kita dapatlah menikmati keindahan laut dan beberapa tarikan lain seperti Inchcolm Island, Oscars Lighthouse dan Barnbougle Castle. Kebetulan kami bernasib baik sebab masa tue ada seal yang sedang berehat di celahan batu. Bila tengok seal tue dekat-dekat macam comot jer rupa dia...hehehe. Boat tour nie memakan masa hampir 1 jam setengah.



The Forth Road Bridge



The Forth Railway Bridge



Forth Belle















Nampak tak seal kat celah batu tue???


Kami tiba semula ke city centre hampir pukul 6pm. Dah tak sempat nak melawat Edinburgh Castle dan tempat-tempat yang lain. So amik gambar mana yang sempat je. Amsyar dan Aimery pun dah keletihan. Mummy dan ayah diaorang pun dah letih sebenarnya tapi terpaksa gagahkan jugak kaki mendaki bukit untuk ke carpark. Perjalanan masih perlu diteruskan ke destinasi seterusnya.



























Edinburgh adalah salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Kalau nak datang sini adalah dicadangkan untuk lepak sekurang-kurangnya 2 malam untuk betul-betul menikmati keunikan bandar ini. Edinburgh dah selesai...ke mana kita selepas ini???

Tunggu....