Thursday, December 4, 2014

Anjung Puteri Johor Bahru


Hello....

This is a very quick update.
Sekarang kan tengah musim cuti sekolah.
Bila cuti sekolah nie ramai orang mengambil kesempatan untuk bercuti, buat majlis perkahwinan, bertunang la, gathering dan sebagainya.
Masa nie pun kalau baru nak cari tempat penginapan or hotel sure banyak yang penuh.

So, untuk mereka yang bercadang untuk ke Johor Bahru atau Singapore dan masih belum mendapat tempat untuk bermalam, iolls nak jemput uolls semua menginap di Anjung Puteri Johor Bahru.
Anjung Puteri Johor Bahru telah beroperasi sejak Mei 2014.
Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ramai yang telah kembali menginap setelah menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada Anjung Puteri Johor Bahru.

Anjung Puteri Johor Bahru diuruskan oleh hubby n me.
Kami sentiasa cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan.
Just call us n we will try our best to accomodate u.

Ada banyak kemudahan yang disediakan di Anjung Puteri Johor Bahru antaranya:


  • Ruang parking yang luas (boleh muat 4 biji kereta)
  • Ruang tamu, ruang makan, dan bilik yang luas
  • Air conditioner di setiap bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan
  • Setiap bilik (4 bilik tidur) mempunyai bilik air masing-masing
  • Water heater di setiap bilik air
  • Dapur kering dan dapur basah
  • Washing machine


New Chapter


As-salam

Syukurlah masih ingat lagi password ke blog nie.
Lama dah tak bersiaran.
Kesian betul blog nie.
Kesian jugak kat orang yang dok singgah ke blog nie sebab dekat setahun takde cerita (bajet ada orang bace la kononnye!!!).

Hari nie berjaya juga memaksa diri untuk cerita or update blog yang suam-suam kuku nie.
After almost a year dah banyak benda jugak yang berlaku.
Nak cerita benda yang dah lama-lama pun macam dah tak berapa nak ingat (blame it on the age factor guys).
So kite update cerita yang terkini jer la.

We are not in Malaysia right now...the whole family.
Why????
Because we have moved to Beijing.
Just about a month a ago.

Hubby got transferred to Beijing under Ministry of Agriculture.
Perempuan nie la yang dok sibuk suruh laki dia apply for the post.
But macam2 jugak la halangan/dugaan yang terpaksa dilalui sebelum dapat post nie.
Alhamdulillah mungkin dah memang rezeki hubby, akhirnya berjaya juga dalam interview yang dijalankan.

Sunday, February 23, 2014

London 2013 : Disneyland Paris


OMG!!!!Dah tahun 2014 dah.
Satu post pun tak up lagi.
Very bad huh...
Memang fail betul la kan.

Apapun tq la pada mereka2 yang masih sudi menjengah ke blog yang suam2 kuku nie.
Maap la ye...iolls memang dilanda kemalasan tahap ke8.
Blog walking rajin.
But bila sampai blog sendiri memang berchenta banyak.

Tunggu nak dapat feel tu payah bebenor la hai...
Tu la sampai ke sudah tak ber'update".
Tapi hari nie macam ada sedikit kerajinan.
So moh la cecepat kite habiskan citer basi tahun 2013.
Sapa yang sudi baca silakan....

Let us continue dengan cerita di Disneyland Paris.
Kiteorang bertolak pada 21 Oct lepas.
Seawal pukul 4.30am kiteorang dah terpacak tunggu cab.

Bila check kat luar apartment dah ada 1 4WD menunggu.
Macam pelik dah kat situ sebab kiteorang dah bagi tau ada 4 adults n 2 kids.
Confirm la tak cukup nak naik 1 4WD tu.

Maka berlaku la drama sikit pagi tue.
Pelik sungguh la.
Tiap2 kali nak pegi Paris je ada jer dramanya.
Ingat tak last year, me n hubby terawal tunggu cab.
Patut pukul 4.30am, pukul 2.30am kiteorang dah siap.
Blamed hubby for that!!!

Tuesday, December 3, 2013

Sayang Anak


Pagi before pegi office normally I would drink a mug of milo.
Sambil minum pagi tadi sambil sembang dengan anak2.
Macam-macam la yang dibebelkan oleh the kids.
Me layan je la sebab ada masa.
Kalau dah terlambat tue xde nak sembang.
Terus salam tangan dan cium the kids then terus meluru ke kereta.

Sambil sembang2 tue tetiba Amsyar buat request.
"Mummy..boleh mummy belikan abang nasi beriani?"
Gitu....
Request nasi beriani uolls.

I cant remember bila 1st time I ate nasi beriani.
Yang pastibukan masa kecik la.
Sebab my family memang tak berapa senang.
We all adik beradik makan ape je yang mak sediakan.
Tak pernah nak request itu dan ini sebab tau ayah tak mampu.

Tapi budak zaman sekarang nie, kecik2 dah pandai dah pilih nak makan apa.
Macam Amsyar nie... dia memang peminat nasi beriani.
Memang berselera betul dia kalau dpt nasi beriani.
Nie mesti ikut Atok dan Ummi dia nie.

So terpaksalah mummy dok pikir mana la nak cari nasi beriani.
Hari kerja kan so macam limited sikit la masa tue nak mencari.
Siap tanya member kat mana ada nasi beriani sedap kat Putrajaya.
Pastu dia ada suggest la satu tempat nie, tapi mak encik malas nak pegi sana.
Boleh????

Pastu fikir punya fikir teringat hubby penah bawa makan nasi beriani best kat Cyberjaya.
Terus teruja nak beli.
Nasib la petang tu nak pegi ke IKTBN Sepang so boleh la singgah jap demi memenuhi permintaan Amsyar.

Orang punya la ramai.
Ye la...lunch time kan...
Memang silih berganti orang datang makan.
Good sign la kan...
Tempat makan sedap je orang datang tak putus.

Order 2 chicken kabsah and 1 lamb kabsah.
Take away of course.
Eventhough ramai orang time tu, managed to get my food in 10 minutes.
Lega la dapat bawa nasi beriani balik.....

Sampai rumah  Amsyar terkejut la bila mummy balik tengah hari buta nie.
Kalau takde apa memang takdenye saya nak balik.
Tapi anak punya pasal...sanggup berkejaran balik ke rumah walau pun sekejap.

Terus suruh Amsyar teka apa yang saya bawa balik.
"Apa mummy???"
"Cuba la Amsyar teka"
Amsyar still muka confuse tak tau nak jawap apa.
I surrendered n bagi tau dia yg saya bawa nasi beriani.

Bersinar mata bila tau ada nasi beriani.
"Abang nak nasi beriani"
Padahal kata bibik dia baru lepas makan nasi.
Memang peminat nasi beriani budak nie.

Seronok rasanya dapat berikan apa yang anak2 mahukan.
Alhamdulillah diberi rezeki dari-Nya.
I'm blessed!!!!


Wednesday, November 27, 2013

London 2013 : Chessington World of Adventures



Destinasi kedua untuk holiday di London nie adalah ke Chessington World of Adventures.
Went there on Thursday (17 Oct 2013).
Macam biasalah pagi sibuk menyiapkan  Amsyar and Anye.
Tengah autumn kan so kena la pakai baju tebal sikit.
Walau pun matahari memancar terik still sejuk jugak.
Nasibla weather forecast hari tue mengatakan cuaca adalah cerah.
Kalau tak nak kena prepare bawa payung la pulak.

Keluar rumah nak dekat 8.30pm rasanya.
Plan nak keluar lagi awal tapi bila jalan dengan budak-budak nie memang selalu lari timing tue.
Terus naik bus ke Acton Station.
Orang punyala ramai kat station.
Sebab waktu orang sibuk nak pergi keje.

Train sampai pun dah penuh.
Tapi masuk jugak la sebab tak nak lari timing kan.
Nasiblah the two boys tak menangis or mengamuk dalam train yang sesak dengan orang tue.
Perjalanan nak ke Chessington ni pun mencabar jugak.
Kena banyak kali turun naik train.

Dari Acton Station kite turun kat Green Park Station.
Dari Green Park kite switch ke Jubilee Line untuk ke Waterloo Station.
Dah sampai Waterloo kena pula naik National Rail nak ke Chessington.
Dari Waterloo ke Chessington South (last station) pun dah makan masa lebih kurang 34 minit.
All in all, perjalanan nak ke sini amik masa around 1 jam setengah.


Tuesday, November 26, 2013

London 2013 : Warner Bros. Studio - The Making of Harry Potter



And now let's start our adventure at Warner Bros. Studio Tour London - The Making of Harry Potter.
Walau pun kiteorang nie bukanlah fanatic fan of Harry Potter tapi dah alang-alang ada kat London, molek la kita ke sana.
Pergi London banyak kali tapi tak pegi sini rasa rugi pulak la kan.
So moh la anak2...kite jumpe Harry n friends.

Drama pagi hari bermula dengan nak siapkan anak2 la...
Pagi2 dah paksa diaorang mandi.
Semua pun memberontak tak nak mandi.
Sibuk nak main.

Ayah dia la yang kena mainkan peranan paksa diaorang mandi.
At last around 8.45 baru keluar rumah.
Hubby dah bebel-bebel sebab lambat...
Huhu...jalan dengan kids macam nie la gayanya.

Dari rumah naik train sampai ke Eustaon Station, later on naik London Overground untuk ke Watford Junction Station.
Perjalanan ke Watford Junction lebih kurang 30 minit.
Dari Watford Junction tue, memang ada bus yang pergi dan balik ke Warber Bros Stoudio tue.
So bayar je 2 pound sorang untuk return tiket.
Kids go for free.

Dalam 15 minit je dah sampai ke studio tue.
Pagi tue memang dah ramai orang kat sana.
But takde lah tunggu lama sangat untuk masuk ke dalam studio.

London 2013


Let us starts cerita pasal cuti-cuti London hari tue.
Kiteorang bertolak 11 Oktober yang lepas.
Naik flight pukul 10 am.
Memang bercinta sikit la bila flight pagi nie.
Especially part nak menyiapkan budak-budak.

But luckily mereka memberikan kerjasama.
Sebab beberapa minggu sebelum pergi dah disogok dengan kemeriahan nak naik flight.
Me nervous gak sebenarnya.
Eventhough the kids had survived long haul before tapi kali ni belum tentu lagi.
Berserah je la....

To cut story short, we landed safely at Heathrow Airport around 4ish pm.
Cuaca adalah sangat gloomy.
The kids pun ok jer dalam flight.
Tapi gaduh  tetap gaduh ok....
Dah tidur baru aman dunia.
Takdelah gelisah ke apa.
Yeah...kalau behave macam ni boleh bawa pergi jalan lagi.

We stayed at MIL's house in Acton.
Untuk 2 minggu tu memang macam-macam la yang kiteorang buat.
But I will not tell everything here cause lebih kurang sama jer aktivitinye dengan trip yang sebelumnya.
Jalan-jalan kat Hyde Park...bagi burung makan.....pegi playground.....pegi Oxford Street, Bicester Village.
Kalau nak bace tentang tue rasanya uolls boleh rujuk entry2 yang lepas-lepas dalam Going Places tue.
Nanti boring je kot citer benda yang sama.

Therefore I'm going to highlight tempat yang 1st time kiteorang pegi je dengan budak2.
I'm going to share our experience dekat Warner Bros. Studio : The Making of Harry Potter, Chessington Park World of Adventure and a little bit about our stay dekat Disneyland Paris.
And....plz bare dengan kelambatan saya ye....

Memang seronok dapat spend masa dengan the kids.
Penat tue memang tak payah cerita la...
Macam2 kerenah diaorang nie.
Baru nak jalan sikit nak pegi toilet la.
Nak shopping sikit kata nak makan la, ngantuk la...
Sabar je la....

Tapi takpe bukan selalu pun berpenat-penatan macam nie.
Sekarang nie bila dah balik Malaysia boleh pulak diaorang tanya.
"Mummy bila kita nak pegi naik aeroplane lagi???"
See...dah pandai nak berjalan dah.

Alhamdulillah holiday trip kali nie adalah success.
Pegi London bawa 2 bags je....balik terus jadi 6 bags.
Just imagine....cannot help it sebab semua pun tengah SALE.
Menggila jugak membeli barang.
Bukan untuk mummy ye...tapi mostly for the kids.


So, that's the introduction.....see u in my next entry!!!
Tata!!!!

Monday, November 4, 2013

Hiatus



Dah lama tak update blog nie.
Kesian betul la kamu nie blog sebab dapat blogger yang pemalas macam tuan kamu nie.
Azam jer yang kemain tinggi menjulang tapi paktikalnya suap-suap kuku jer.
Terima lah hakikat itu yer...

Nie tengah datang mood rajin nie ada la sikit citer yang nak diupdate.
Actually saya baru balik dari cuti panjang (saje cari alasan kukuh tak update blog)
2 minggu cuti....
Bawa anak-anak berjalan katanya.
Ke mana?

Bawa Aimery balik kampung....
Mamat tu kan lahir kat London.
So ibarat bawa dia balik ke tempat kelahiran dia la.

The whole family was there for 2 weeks.
Atok and Umi pun ada.
Plus Aminan n Umi Lin (hubby's uncle n his wife).
But Aminan only stayed for a week.

Disebabkan ini percutian untuk anak-anak makanya tema holiday kali ni tak lari dari melawat tempat2 yang budak2 suka.
Pegi park tengok burung la..bagi burung makan la....
Pegi playground sampai mummy dan ayah tak larat nak kejar.
So memang takde la nak sight seeing or shopping kali nie.
Baru nak window shopping dah kena sound dengan Amsyar.
"Mummy .... bila kita nak pegi main ni?"
Padahal baru lepas balik dari playground kot!!!!
Sabar je la...

Cerita pasal holiday tu dalam next entry la ye...
Ini baru fasa nak warm up coz dah lama tak update apa-apa kat blog nie.
Please bare with my laziness....
But I promised not to keep up guys waiting.

Till then.




P.s. Gaya tulis macam ada orang yang tertunggu nak baca blog nie....PERASAAN!!!

Thursday, October 10, 2013

Charity Walk for World Hunger Relief 2013



Citer Sabtu lepas.
My sibling n I went to this Charity Walk in conjuction with Wolrd Hunger Relief 2013.
Nie semua Angah la yang plan.
Member dia tanya nak join tak event nie.
Pastu dia drag kiteorang sekali.
Sebab dia nak belanja so we all on sajork.

Malam Jumaat tue semua dah berkumpul kat rumah saya.
Lepak2 je kat rumah tak buat apa.
Simpan tenaga untuk nak jalan esok.
Poyo jer bunyinya kan...
Bukan lari...jalan jer pun....

Masa sampai kat tempat event tue memang menghijau je la area Palace of Justice tue.
Sebabnya tahun nie t-shirt temanya kaler hijau striking nak mampus.
Kiteorng sampai dah dekat pukul 3 kot.
Masa tue blum nak berapa ramai lagi sebab event berjalan tue start at 6pm.

Kite semua dibekalkan dengan kupon.
Kupon tue digunakan untuk ambik tshirt, makanan dan goodie bag.
Everything went well.
Amik tshirt pun senang..amik makan pun sedang.
No complaint there....
And I think the crew did a very good job.


Beratur nak amik pizza

Friday, October 4, 2013

Jalan Kebun



Ni cerita last weekend.
Super lembab betul saya sekarang.
Dah nak jumpa weekend berikutnya baru terkial-kial nak update.

Last week the whole week hubby takde kat rumah.
Dia ke San Francisco....
Kesian iolls..selalu tau kena tinggal lelama...
Tahun nie je dah berapa kali kena tinggal...
Gi Bangladesh la, pi Korea la...now San Francisco.
Nasib badan...huhu

Anyhoo...bila suami takde nie memang saya la yang kena drive kalau nak ke mana-mana.
Kalau dia ada, memang iolls jadi co-pilot je.
Even kalau dia mengantuk, dia still nak bawa kete jugak.
Tu yang kadang2 boleh  buat gaduh.
Dah ngantuk pun still nak lawan mata.
Me of course la takut kan kalau dia drive dalam keadaan mengantuk.
Sila la percaya wife u nie boleh diharap untuk bawa kereta.

So hari Sabtu lepas, saya drive ke Jalan Kebun untuk attend majlis aqiqah n birthday anak my cousin.
Memula cuak jugak sebab dah 5 tahun tak ke sana.
Mana la nak ingat rumah parent Shady tue.
But I'm quite lucky la sebab masa tue my parent n my brother ada.
So diaorang jadi co-pilot.
And much thanks to GPS.....akhirnya sampai di Jalan Kebun dengan jayanya.

Friday, September 20, 2013

From Melaka to Muar


Weekends minggu lepas balik Melaka.
Supposed nak balik hari Jumaat malam tapi tak jadi.
Ada program lain plak Sabtu tue.
End up balik Melaka Sabtu petang.
Pukul 6pm baru sampai Melaka.

Lepak2 je kat rumah malam tue.
Hari Ahad, pukul 11 pagi dah bertolak ke Muar.
Ada 2 event kat Muar hari nie.
Satu majlis doa selamat dan satu lagi wedding.

Doa selamat tue tak ingat plak nama tempatnya apa.
Majlis doa selamat tue hubby punya saudara mara.
Me tak berapa kenal sangat.
Tapi diaorang dok panggil Umi Com.
Pegi nie pun sebab nak kenal sedara mara la..
Kalau tak pegi memang tak kenal langsung jawapnya.

Makanan adalah super banyak.
Gi Muo kalau takde nasi beriani tak sah.
Ada roti jala....cendol...buah-buahan...and all sort of kuih.
Tak termakan dibuatnya.
Before bertolak tadi pun dah breakfast sikit kat rumah.

Thursday, September 19, 2013

Happy Birthday Cat Meow Meow



Ini kejadian pada 31 Ogos yang lepas.
Went to SIL's house in Bukit Mahkota to celebrate Catriona 2nd birthday.
Best la Cat...sempena birthday awak 1 Malaysia cuti tau.
Untunglah lahir pada 31 Ogos!!!!

Catriona Camilla a.k.a Cat Meow Meow nie anak SIL yang bongsu.
Bongsu ke???? 
Yes...at this moment of time.
Esok lusa belum tentu bongsu lagi....(blink eyes to SIL)
Lahir pada 31 Ogos 2011.
Masa orang semua sibuk beraya.

Masa dia lahir weoll semua ada kat Dublin...
Nak beraya di sana dan jumpa anak buah baru.
Tapi sampai hari raya x keluar2 lagi.
Dah lepas EDD pun.
At last hari ke-2 raya baru dapat jumpa dia.
Tu pun SIL terpaksa c-sec sebab baby tak nak keluar and SIL dah demam dah masa tu.

Cepat je masa berlalu.
Cat dah 2 tahun dah sekarang.
Sangat cheeky itu budak.
Kuat makan jugak.
Makan banyak tapi badan halus je.
Apa rahsianya Cat...???

Btw, hari kejadian tue memang havoc sikit la.
Bertolak dari rumah ke rumah SIL pukul sepuluh pagi.
Tolong apa yang patut.
Nasib la SIL pakai caterer, kalau masak sendiri lagi la sibuk.
Lepas rasa macam dah ok sikit, me n hubby minta diri sekejap nak ke Putrajaya.
Ada jemputan kawin anak ex-boss.

Thursday, September 12, 2013

Biografi


26 Ogos yang lepas biografi MIL dah dirasmikan.
Event took place at Seri Pacific Hotel, KL.
It was hi-tea.
Event petang tue patutnya dirasmikan oleh YAB TPM.
But last minute, terpaksa diwakilkan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebab TPM ada urgent meeting dengan PM.

Anyhoo, the event went well.
Ballroom yang boleh memuatkan 300 orang tu pun penuh.
Alhamdulillah.....event nie mendapat sokongan banyak pihak.
A few company bought tables for this event.
Besides all the corporates people, sebahagian lagi adalah keluarga dan kenalan MIL.

Event petang tu was emceed by Peggy Ng.
If u guys still remember dia nie dulu penyampai di RTM.
I was surprised dan tak tau pun yang dia dah peluk Islam.
Because she began the event dengan memberi salam.
Terkejut sekejap makcik.
Later I dengar dia dah lama peluk Islam.
Very the kampung iolls nie...orang semua dah tau, iols baru nak tahu.

Event started at 2pm.
Ada la tarian zapin sesikit before welcoming speech daripada one of MIL bffs.
Later followed by ucapan daripada YB Menteri
Sangat fun mendengar ucapan TPM yang dibacakan oleh YB Dato' Rohani Abdul Karim.
Baca sebiji daripada teks tu ok lagi...but bila dalam teks tue ada kata seru or tanda lain macam (") , (;) dan lain...
Tue pun dia expressed sekali.
For me rasa macam lawak la kan...

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday




Btw....that's Aimery!!!!

Tuesday, September 10, 2013

Belated


2 minggu lepas ternampak iklan Habib kat newspaper.
Ada Bazar Merdeka from 30 Ogos till 1 September.
Ada discount up to 70% katanya.
Rantai tangan berlian serendah RM38 pun ada.
Erk...berlian for RM38....macam susah plak nak percaya.




Nak kena pergi nie baru boleh tau betul ke tak.
Terus rasa panas bontot nak pergi.
Terus WhatsApp hubby.
Minta-minta la dia nak pergi sana.
Area tue kan sesak.
Tu yang kadang2 malas nak pergi area sana.
Tapi dalam perkara ini memang crossed finger sesangat supaya hubby kata YES.