2 minggu lepas ternampak iklan Habib kat newspaper.
Ada Bazar Merdeka from 30 Ogos till 1 September.
Ada discount up to 70% katanya.
Rantai tangan berlian serendah RM38 pun ada.
Erk...berlian for RM38....macam susah plak nak percaya.
Nak kena pergi nie baru boleh tau betul ke tak.
Terus rasa panas bontot nak pergi.
Terus WhatsApp hubby.
Minta-minta la dia nak pergi sana.
Area tue kan sesak.
Tu yang kadang2 malas nak pergi area sana.
Tapi dalam perkara ini memang crossed finger sesangat supaya hubby kata YES.
Takdelah nak membeli sangat pun.
Masa nak raya hari tu ada tertengok something yang agak menarik perhatian kat Habib Alamanda.
Amik gambar and WhatsApp kat hubby.
Tapi dia tak dapat tgk gambar tue dengan clear.
Makanya lupakan saja...
Try tgk benda yang sama kat Habib KLCC tapi takde la pulak.
Tu yang nak pegi tengok kat Habib Ampang pulak.
Hubby nak bagi gift untuk anniversary bulan 7 hari tue.
Suruh saya pilih sendiri.
Tapi sampai la nie tak decide nak apa.
But bila nampak barang kat Habib terus decide nak yang tue.
Hari Ahad tue kiteorang pun ke Habib Ampang.
Sampai around pukul 2pm.
Masa tue orang boleh tahan.
Tapi masih ada ruang nak mencelah tengok barang2 yang tengah display.
Memang menggugat keimanan dibuatnya.
Tapi sebab kite dah set dalam kepala nak cari barang yang satu itu makanya terus focus kepada misi pencarian yang sebenar.
Terus cari orang Habib and tunjukkan gambar yang iolls dah amik masa kat Alamanda hari tue.
We waited for few minutes.
Bila sale assistant tue datang keputusannya adalah negative.
Design tue takde kat sini.
Kecewa lagi sekali.
Hubby suruh cari design yang lain je sebab nak selesaikan janji yang telah diberikan.
Tiba2 bersinar lagi muka saya...
Ye la...tengah rambang mata nie..tetiba ada peluang nak beli.
Haruslah kite cergas....
Ada la a few design yang nampak vavavoom dalam pamphlet.
So saya minta la sale assistant tue bawakan barang2 tue.
Nak tengok dengan mata dan kepala sendiri betulkah secantik itu.
Bila tengok the real one...I very much dont like!!!
Patutlah murah,,,tak cantik sebenarnya.
Tengok dalam gambar bukan main mengerlip dan terjojol berliannya.
Yang sebenarnya...flat sajork.
Erm....tak best...tak best...
Dah pusing-pusing kat luar tue memang takde yang berkenan.
Yang sebenarnya saya ni tengah mencari ear ring.
Saja nak tambah collection.
Tapi yang ada kat display semua tak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Nasiblah sale assistant tue bijak dan peramah.
Dia cadangkan saya tengok set yang ada kat dalam bilik yang satu lagi.
Kat situ pun ada discount up to 70%.
Discount I very much like!!!!
Set2 kat dalam tue memang mahal nak mampus....
Set Empress la katakan....
Dah discount pun belum tentu mampu beli.
Tapi iolls bukan nak beli set kan...
Nak cari ear ring jer.
Kalau nak beli set mau kena tunggu anniversary yang ke 30 agaknya.
So kiteorang focus kat area ear ring je.
Dalam mencari tue, hubby terpandang 1 ear ring nie.
Erm....quite nice.
I loike oso....
Jenis berjurai2..macam yang saya cari tue.
And it is 2 in 1..
U can either use the jurai or take it out for office use.
Very practical and both of us agreed to buy it.
Akhirnya selesai misi mencari anniversary gift.
Setelah beberapa bulan mencari.
Tq chyang.
Sayang u ketat ketat.
Balik rumah dengan hati yang girang sebab dapat ear ring dan perut kenyang.
Coz Habib buat SALE dengan JAMUAN RAYA sekali.
Alhamdulillah......
No comments:
Post a Comment