26 Ogos yang lepas biografi MIL dah dirasmikan.
Event took place at Seri Pacific Hotel, KL.
It was hi-tea.
Event petang tue patutnya dirasmikan oleh YAB TPM.
But last minute, terpaksa diwakilkan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebab TPM ada urgent meeting dengan PM.
Anyhoo, the event went well.
Ballroom yang boleh memuatkan 300 orang tu pun penuh.
Alhamdulillah.....event nie mendapat sokongan banyak pihak.
A few company bought tables for this event.
Besides all the corporates people, sebahagian lagi adalah keluarga dan kenalan MIL.
Event petang tu was emceed by Peggy Ng.
If u guys still remember dia nie dulu penyampai di RTM.
I was surprised dan tak tau pun yang dia dah peluk Islam.
Because she began the event dengan memberi salam.
Terkejut sekejap makcik.
Later I dengar dia dah lama peluk Islam.
Very the kampung iolls nie...orang semua dah tau, iols baru nak tahu.
Event started at 2pm.
Ada la tarian zapin sesikit before welcoming speech daripada one of MIL bffs.
Later followed by ucapan daripada YB Menteri
Sangat fun mendengar ucapan TPM yang dibacakan oleh YB Dato' Rohani Abdul Karim.
Baca sebiji daripada teks tu ok lagi...but bila dalam teks tue ada kata seru or tanda lain macam (") , (;) dan lain...
Tue pun dia expressed sekali.
For me rasa macam lawak la kan...
But at the end of the day, semua mesej yang ingin disampaikan oleh TPM memang dapat diterima oleh semua orang.
And Rosie (SIL's dotter) sang 2 songs that evening.
Set Fire To the Rain by Adele n satu lagi lagu from Selena Gomez.
Tak ingat plak tajuk dia.
Dah terlanjur buat event nie dalam bulan Syawal, maka petang tue memang meriah dengan makan.
Kat atas meja dah memang ada nasi beriani yang sedap nak mampus.
Pastu kat luar ballroom ada lagi stalls dengan berbagai jenis makanan.
Ada satay, lemang, ketupat, rendang, mee, rojak, etc.
Desserts x payah cerita la punya la banyak.
Tapi yang menjadi perhatianku adalah cempedak goreng.
Perghh... teringat2 lagi kemanisan dan betapa kuningnya isi cempedak tue (menjejeh air liur!!).
Sorry..gambar makanan takde sebab kusyuk makan.
Btw, biografi MIL ni diberi tajuk "Siti Sadiah : Driven by Vision, Mission and Passion".
Ada 303 pages semuanya.
Buku nie ditulis Prof. Rokiah daripada UKM dan diterbitkan oleh Penerbitan UKM.
Berkisar kepada perjalanan MIL dalam membangunkan KPJ sehingga menjadi salah satu hospital swasta yang dikenali dan berada pada kedudukannya tersendiri.
Selain berkongsi sisi kehidupan peribadi dia, buku nie juga ada memuatkan pelbagai ilmu pengurusan yang mungkin sesuai dijadikan bahan rujukan.
Ceh...siap promote la gi kan....
Ye la sapa lagi nak tolong promote kalau bukan keluarga sendirikan.
Kat sini saya share beberapa aktikel yang ada menulis mengenai majlis pelancaran biografi ni.
Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3, Artikel 4, Artikel 5, Artikel 6
Sempat jugak snap satu artikel dari Utusan bertarikh 30 Ogos yang lepas.
So kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh dapatkan daripada Penerbitan UKM.
Kalau ikut artikel tue, dimaklumkan biografi ini akan berada di kedai-kedai buku.
Dan akan dijual dengan harga RM95.
Nak ambil kesempatan ni nak beritahu bahawa RM95 tu harga semasa pelancaran but they are selling at RM110.
And uolls takkan jumpa kot kat kedai buku sebab charge nak masukkan buku ke situ pun dah 50% dari harga buku...mahal sangat kot.
So at the moment hanya di Penerbitan UKM.
And u can get it from me oso.
And I can get u a signed copy and a little bit discount, insyallah.
Just inform me k.
Itu saja nak bagi tau.
Tq for reading.
No comments:
Post a Comment