Hari ini dah masuk hari ke-14 Aimery dilahirkan dan bermakna dah 14 hari jugak lah saya berpantang. Pantang kt bandar London nie sama jer macam pantang kt Malaysia. Namanya pun pantangkan so xde buat ape la selain duduk di rumah sahajork, pantang makan dan tidak membuat kerja rumah yang berat2. Nasib baik ibunda terchenta sanggup datang ke sini dan menjaga diriku ini. Kalaulah mak tak ada, haru jugak dibuatnya. I dun think I can cope up with two babies at one time. Nak2 Amsyar pulak tengah sangat lasak. Kesian pulak tgk nenek, asyik kena buli dengan Amsyar. Tapi nenek dia layankan aje. Cucu pertamalah katakan. Tak pernah langsunglah saya nampak nenek marah si Amsyar tu. Amsyar pun bila dilayan oleh nenek dia, maka semakin mengada2 la dia.
Back to Aimery pulak. Aimery senang jugak nak dijaga buat masa nie. Dia takdelah merengek sangat ke apa. Cuma masalah utama sekarang adalah dia tidur belah siang dan susah nak tidur malam. Ikut waktu Malaysia pulak budak nie. Mentang2lah conceived kt Malaysia, waktu tido pun masih ikut waktu Malaysia. Masa preggie pun mcm tue jugak. Siang dia relaks jer kt dalam perut tp bila malam mulalah dia berdansa bagai. So mummy pun susah nk tidur malam sebab baby dok menendang sana-sini.
Selain daripada tue, tali pusat Aimery tanggal sangat cepat. Hari ke-6, iaitu hari pertama dia mandi tali pusat dia terus tertanggal. Selama kt hospital saya tak mandikan pun cuma lap2 jer. Tak reti nak mandikan baby mcm mane cuz xde peralatan yg sempurna. Tapi baby x mandi pun wangi..betul tak??!!! Nenek punyalah excited tak terkata. Dia kata senang bila tali pusat dah tanggal. Amsyar dulu lambat jugak tali pusat dia tanggal. Kalau tak silap dalam 12 hari ke ape baru tanggal.
Sekarang dah tak BF Aimery sebab susu dah mcm takde. Sempat BF dalam 10 hari jer kot. So now dia minum FM. Kat sini tak banyak sangat FM. Adalah dua tiga jenis brand. We decided to give him SMA. Aimery boleh tahan kuat minum susu. Dalam 3 jam sekali dia nk susu. Dah kuat minum tue, kuat jugak la kencingnya. Every time minum susu adalah perlu utk tukar diaper dia sekali. Pernah satu malam tue...sampai 2 kali dia basahkan tilam. Tu pun dah tukar diaper. Klu tak tukar haruslah basah segala benda.
Aimery sangat alert kepada persekitaran. Sibuk pandang kiri kanan. Kalau kite ckp dengan dia, dia pandang tak berkelip. Macam faham jer mummy bersembang dengan dia. I think that is good. As for Amsyar, dia memang sayang kat adik dia. The 1st day baby balik rumah dia sangat excited. Sibuk nak pegang adik dia. So me n hubby bagilah peluang kt Amsyar pegang Aimery. Tu dia...excited dia cium adik tp punyalah ganas dia pegang budak tue. Me n my mom dah terjerit risaukan si kenit tue. So adalah tidak boleh letak baby sembarangan. Nanti habis dikerjakan Amsyar.
Overall, saya adalah sangat gembira Amsyar n Aimery can get along at this moment. Maklumlah si kenit tu tak paham ape lagi skrg. Nnti dah besar sikit tak tau la mcm mane kan. As long as diaorg sihat, saya bersyukur sangat. Hopefully bila baby dah besar sikit nnti dia boleh main sama2 dengan abang dia. Mummy pun bolehlah buat kerja dengan tenang.
I'll upload my boy's pics in the next entry. See u later peeps..
No comments:
Post a Comment