Banyak pulak hapdet hari nie (banyak ke..2 je kot!!!)
Nampak sangat takde kerje kan...
Well actually ada kerja.
Dah buat apa yang patut tapi tak boleh proceed selagi tak dapat clearance dari Boss.
Boss saya adalah cuti raya dah.
Makanya setakat itu dulu la yang mampu dibuat.
Sekarang nie kat opis pun dah tak berapa nak ada orang.
Yang datang nie pun semua dah terkenang kampung halaman.
Menunggu masa dan detik nak balik je nie.
Time nie rasa lambat betul masa berlalu.
Apsal eh????
Selalu...tau-tau je dah pukul 5pm.
Dah boleh pegi pasar Ramadhan.
La nie..macam tak gerak je jam nie!!!!
Tapi alhamdulillah dah hampir berjaya sampai ke hujung Ramadhan.
Everytime will be as usual lepas cuti raya nie.
Bukan nak cakap apa la...
Walau pun bulan puasa nie kite semua digalakkan banyak bersabar dan berbuat kebaikan tapi saya rasa macam ada sesetengah perkara tue kite jadi macam lebih teruk dari bulan tak puasa.
Nak bagi contoh???
Contohnya macam waktu nak masuk opis awal pagi.
Bulan puasa nie ramai orang tukar waktu bekerja sama ada pukul 7.30 pagi or pukul 8 pagi.
So memang boleh tengok la jammed kat pintu masuk kompleks yang berkaitan.
Semua orang pun nak masuk awal.
Tapi beratur la kan...
Bukan awak sorang je nak punch card.
Orang lain punch tak nak punch card merah.
Yang kite nie elok la ikut lane...
Tup..tup..berderet-deret kereta mencelah dari tepi.
Tak baiklah kan buat macam tue.
Itu mementingkan diri sendiri namanya.
And indirectly sebenarnya orang-orang nie la yang menyebabkan kesesakan.
Dah kite pulak nak kena bagi laluan kat dia.
Just be fair to others guys!!!!
Contoh kedua...part makan la.
Bulan puasa nie memang semua benda nampak sedap.
Nampak ayam percik nak makan, nampak ayam golek nak jugak, nampak satey..tu pun ku mahu..
Pendek kata semua nak la.
Tapi masalahnya muat ke perut tu nak makan semua???
Boleh kalau nak makan tapi jangan sampai berlebih-lebihan sampai berlaku pembaziran.
Especially kalau orang makan buffet la.
Amik tue tak retinya yang sikit...takut habis katanya!!!!!
But at last tak makan pun sebab perut tue dah takde ruang.
Orang lain bersusah payah nak mendapatkan makanan tapi kita nie main buang je makanan.
Huhuhu.....
Apa la salahnya amik sikit-sikit dulu...
Kalau sedap nanti kite tambah la lagi..
Nie kalau dah amik menggunung pastu makanan tue rasa kaki....tak ke pembaziran namanya.
Mungkin makanan tue tak sedap ikut tekak kita, but orang lain mungkin suka...
Lebih baik bagi orang yang suka makanan tue daripada ia masuk ke tong sampah...
Tak gitu...????
Makanya....eloklah kita tengok balik sikap kita sepanjang bulan puasa nie.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dengan kesusahan yang dialami orang lain.
Jangan sampai kita tidak bersyukur bersyukur dengan apa yang kita miliki...
Takut nanti bala pula yang menimpa..
Sekian, bebelan di petang yang tidak produktif ini.
Sebelum habis entry, nak share gambar juadah berbuka yang sempat diambil. Dah hujung2 nie semangat nak masak semakin berkurang. Sekarang nie dah sampai tahap nak habiskan stok makanan dalam fridge je.
Menu : Ayam paprik, udang masak lemak cili padi, ayam goreng, aspagus oyster sos
Menu : Hati masak sambal, ayam percik, cencaru masak lemak cili padi, sawi goreng, cencaru bakar, roti bom, kuih tepung pelita
No comments:
Post a Comment