Monday, August 19, 2013

Kembali



Sabtu lepas ingat nak lepak je kat rumah.
Hubby kata jalan sure sibuk dengan orang yang baru balik bercuti dari kampung.
Budak2 kan dah nak start sekolah balik.
Me ok jer...best gak lepak kat rumah.
Boleh bergolek2 dengan anak2.

But around pukul 9 lebih macam tue dapat info ibu my ex-staff (YB) meninggal dunia.
Masa tue tengah berbelah bagi sama ada nak pergi ke tak sebab tak tau rumah dia kat mana.
But in the end, me ask hubby whether he can accompany me or not.
Nasib dia kata ok...maka bersiap la kami.

Dalam pada tue sibuk jugak call a few people nak bertanyakan alamat rumah YB.
YB nie nama betulnya Firdaus tapi lebih dikenali sebagai YB.
Dulu kami berada di Unit yang sama.
Walaupun dah tak sama unit lagi, but the relationship tue masih ada sebab kerja yang saya buat sekarang masih berkaitan rapat dengan Unit yang sebelumnya.

Dah call beberapa orang masih tak dapat address.
But one of them maklumkan jenazah masih di Hospital Kajang.
Sebolehnya saya tak nak call YB sebab tahu mesti dia tengah sibuk dengan hal jenazah.
But terpaksa jugak call sebab nak melawat jenazah.
Masa call YB tue dah pukul 12 lebih.
Jenazah masih di Hospotal Kajang dan akan dikafankan di hospital sebelum dibawa ke rumah di Beranang.


Alhamdulillah masa tiba di Hospital Kajang, jenazah sedang dikafankan.
Nampak Encik Jefri dan En. Fadzil sedang menunggu di luar bilik mayat.
Kebetulan pulak, saya, En. Jefri dan En. Fadzil....adalah bekas bos kepada YB.
Sesapa yang kenal YB nie memang akan senang dengan beliau.
Mungkin itu yang kami rasakan dan sebab itu kami berada di situ tengah hari tu.

Sempat juga melihat jenazah buat kali terakhir.
Arwah ibu YB nie dah lama sakit.
Masa sakit hari tue saya tak berkesempatan melawat.
Rasa terkilan juga.
Tapi hari tue dengar keadaannya semakin beransur baik.
Dah dibawa pulang ke rumah dari Hospital Putrajaya.
Tapi ajal maut memang kita tak boleh nak duga.

Allah lebih menyayangi arwah.
Pagi tue arwah dibawa ke hospital sebab keadaannya yang nampak lain.
Sampai di sana doktor memang tak boleh nak bantu lagi.
Arwah meninggal di Hospital Kajang pagi Sabtu itu.
Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap umatnya.

Selesai urusan di hospital, jenazah dibawa ke kediaman di Beranang.
Memang 1st time saya dan hubby sampai ke sini.
Follow van jenazah dari hospital sehingga la ke rumah jenazah.
Di rumah sanak saudara dan jiran tetangga dah ramai yang menunggu untuk melihat arwah buat kali terakhir.

Selepas solat Zohor, jenazah disembahyangkan di rumah beliau.
Alhamdulillah ramai yang menyertai solat jenazah tersebut.
Selesai solat, jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.
Mulanya kami tersesat sebab terlewat keluar dari rumah arwah dan van jenazah dah hilang dari pandangan.
Terpaksa call YB lagi.

Tak jumpa jugak jalannya.
Nasiblah ada orang kat kawasan tue, lepas dapat direction alhamdulillah tiba juga ke kawasan perkuburan.
Urusan pengebumian berjalan lancar.
Kawasan kubur arwah juga  redup kerana diteduhi pokok-pokok.

Dah lama saya tak menghadiri majlis pengkebumian sebegini.
Memang rasa terkesan di hati.
Sesungguhnya mati itu benar.

Mudah-mudahan arwah ibu YB ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dilepaskan seksaan kubur buatnya.
Takziah kepada YB sekeluarga.
Mudah-mudahan tabah menghadapi dugaan ini.


Al-Fatihah.


No comments: