Friday, April 13, 2012

Last Minute!!!!!



Hari ni dah Jumaat. Nak beritahu yang barang satu apa pun x pack lagi. Tp rasa macam tak takut sangat sebab dah ada checklist. So nanti kemas ikut checklist tue je. Barang semua dah ada cuma kena bongkar almari dan beg untuk dapatkan semua barang-barang tue.

Dah nak cuti nie, jadual masih sibuk lagi. Sebenarnya tak sibuk tapi saya yang buatkan jadual tue sibuk. Malam nie nak pergi ziarah keluarga Aunty Jan (family’s friend)di USJ. Dia baru kehilangan ibunda tercinta pagi tadi. Saya dan hubby tak sempat nak melawat jenazah so we decide to go to their house tonight. Sepatutnya Aunty Jan join we all ke London dan sepatutnya dah bertolak semalam. Tapi dengan keadaan ibunya yang tenat, dia terpaksa membatalkan percutian tersebut. 

Esok pagi pulak ada perlawanan bola tampar antara bahagian di JPA. Pukul 8 pagi dah berkumpul di Sekolah Kebangsaan Cina Dengkil. Nie 1st time diaorang buat kat sana. Selalunya tiap-tiap tahun dekat INTAN je. Saya suka diaorang buat kat INTAN sebab dekat dengan rumah. Kalau game start pukul 8.30 pagi, pukul 8.15 pagi dan lagi keluar dari rumah. Nie dah buat kat Dengkil haruslah bertolak awal macam nak pergi kerja. Tapi suka gak dia orang buat kat situ sebab kita main dalam dewan yo!!!! Maka oleh itu tidaklah kita semua berpanas. Kite semua nie manja tak boleh kena panas…nanti jadi udang bakar ghupe sorang-sorang. Dan oleh itu jugak, tak perlu nak nak sapu sun block segala di muka. I LOIKE!!!!

Tuesday, April 10, 2012

ULTA



Perkataan nie perkataan baru yang saya belajar daripada Bibik. Uolls tahu ke apa maksudnya ULTA itu? Nak dijadikan cerita. Ada satu malam tue saya dan Bibik tengah tolong MIL unpack barang after my MIL balik dari London. Pastu citer la macam-macam. Then saya ada mentionlah kat MIL.

“Nanti waktu birthday Miza, mak takde”. Pastu Bibik pulak tanya saya.

“Mummy, birthday tue apa ya?”. Bibik nie menyampuk pulak orang tua bercakap. Eh, silap…menyampuk pulak bila Majikan berbual. Nasib baiklah majikan mu ini sporting wahai Bibik. Makanya saya pun citerla kat dia, apa maknanya birthday tue.

“Oh ..seperti ulta la itu”.

LOL.

Apa la pulak ULTA tu Bibik oi…?

Mari kita share sama-sama ya kawan-kawan. ULTA itu adalah kependekan daripada ULANG TAHUN. Dia amik tang pangkal je perkataan tue. Actually ada banyak lagi perkataan seperti nie yang sering Bibik guna tapi buat masa nie saya dah terlupa. Nanti kalau ingat saya story lagi kat uolls semua.

So Ahad lepas adalah birthday saya. Tak celebrate apa pun sebab Aimery tak sihat. Demam panas. Actually hari Jumaat pagi dia dah start demam. Masa saya kat office Bibik SMS beritahu adik demam. Saya minta dia bagi makan ubat dulu. Balik malam tue tak kurang jugak but we decided to go to the hospital the next morning sebab boleh terus jumpa his paed, Dr. Shiela.

Monday, April 9, 2012

Stuffs To Let Go



I bought these handbags masa dok kat London. Masa tue tamak haloba beli sampai 5 bags sekali harung. Sampai sekarang nie handbag yang lain tue masih elok je terletak kat dalam bilik. Satu je yang saya pakai. Pastu terhegeh-hegeh beli lagi yang baru masa ada SALE kat website (bukan salah saya sebab adik saya kat US tue yang tag dan alert saya pasal SALE tu). Teruk punya orang tak mau salahkkan diri sendiri (Tash, I know you'll read this, plz tag me if there is more SALE ok..hehehe!!!!). Oleh itu daripada terletak je kat bilik, elok jugak saya iklankan kat sini kalau ada sesiapa berminat dengan handbags tersebut. Kalau dapat let go bagus jugak. Kurang sikit barang nak kemas bila nak pindah rumah nanti.

So kalau uolls ada berkenan sila PM saya ok.

C1 : Coach Garnet Bag
RM350

Friday, April 6, 2012

Checklist



UPDATES!!

Kan dah kata, ada lagi yg kurang dalam checklish nie. So sementara ingat nie, cepat-cepat update.

Dalam tempoh seminggu lagi, saya and hubby nak ke luar negara. Pergi untuk his convo dan dah alang-alang tue bercuti sekali la. Memang rasa excited nak bercuti panjang nie. Pulak tue berdua-duaan sajork maka terlebih la eksaitednya. Anak-anak terpaksa ditinggalkan sebab Mummy and Ayah tak cukup bajet nak bawa semua. And they all pun dah pernah duduk kat sana setahunkan. Insyallah, ada rezeki nanti nak bawa diaorang holiday kat tempat yang diaorang tak pernah sampai lagi.

Cuma sekang nie yang tak berapa nak exsaitednya adalah nak mengemas luggage untuk ke sana. Me dun like packing. Ini adalah salah satu benda yang den tak berapa gemar. Kalau nak cakap part packing nie, hubby lagi lebih organize bila packing barang. Kalau saya, asal masuk je. Last-last tue nanti, sure ada yang tertinggal ke apa. Masa tue hubby mula la bising kat saya.

So untuk elakkan kena bebel, saya rasa saya nak siapkan checklist awal-awal. Bila ada checklist nie, tendency untuk terlupa itu boleh dikurangkan. Kalau nak kata takde terlupa langsung tue macam tak berani jugak. Sebelum nie tak pernah ada checklist ke apa, main taruk je. So kira kali nie nak buat improvement la sikit.

Bukit Gambang Water Park (BGWP)



Ini entry tertangguh. Dah lama simpan niat nak tulis tapi tak tercapai-capai hasrat ini sehingga ke hari nie. Tapi alhamdulillah akhirnya terzahir jugak hasrat murni nak menulis entry ini. Saja jer nak share pengalaman dengan kawan-kawan  tentang BGWP. Mungkin ada antara uolls yang dah pergi pun.

Saya berkesempatan pergi ke sini atas urusan kerja bukan bercuti pun. So keseronokan itu adalah sangat berbeza sekiranya hadir ke sini bersama family sendiri. Walau apa pun, dah ada kesempatan nie moh la kita explore apa yang ada kat sini. Mana la tau kalau nak datang dengan family nanti, mudahlah urusannya. Sebelum lupa apa-apa maklumat yang penting maka eloklah kita semadikan maklumat tersebut di dalam blog ini untuk rujukan bersama. Saya datang ke sini pada bulan Disember tahun lepas.

Actually BGWP nie salah satu kemudahan yang disediakan oleh Bukit Gambang Resort City. Besides BGWP they also have Resort and Active Academy. Tapi kali nie nak focus pada BGWP sahaja dan serba sedikit pasal Resort. Yang satu lagi tue tak pernah pergi so macam x sesuai nak cerita pasal tempat yang kita sendiri pun tak pernah masuk, tak gitu????

Untuk makluman uolls, selama 3 hari 2 malam di sini, saya menginap di Resort yang dinamakan Caribbean Bay Suites. Secara keseluruhan ada 578 unit bilik yang disediakan untuk para pengunjung. Terdapat beberapa blok yang menempatkan pelbagai jenis bilik mengikut keperluan anda. Basically they have 3 types of room :

Thursday, April 5, 2012

Mr. Ex



Dua tiga hari nie rasa malas yang amat nak mengupdate blog. Takde citer pun ye jugak. So dua tiga hari nie asyik blog walk kat blog-blog orang secara rambang. Banyak giler blog yang best-best. Tak terikut dibuatnya. Saya baca semua jenis blog dari blog gossip artis, blog fashionista sehinggalah  ke blog makanan (yang nie paling best sebab boleh tau kat mana boleh cari tempat makan yang sedap-sedap).

Then ada terbaca satu entry blogger citer pasal macam mana dia jumpa/bercinta dengan hubby dia. Ok nanti sekejap. Jangan uolls serkap jarang pulak. Saya bukannye nak citer pasal kisah cinta saya dalam blog nie. Cuba teringat ada satu peristiwa yang berlaku 2 bulan lepas. Rasanya takde kaitan pun kot dengan citer blogger tue tapi tetiba je teringat peristiwa tu. So nak share jugak sikit kat sini.

Ada satu hari tue, lepas tamat bengkel kat Gold Coast Morib saya singgah Alamanda sekejap. Saja singgah nak cari toys untuk Amsyar and Aimery. Dah 2 hari tak jumpa diaorang so kalau balik bawa toys untuk diaorang sure diaorang happy.

Sebelum cari toys tue, saja la merayap kat shop yang lain dulu. Hari tue boleh tahan jugak ramai orang kat Alamanda sebab hari Sabtu. Pastu dalam kesibukan dan keramaian orang itu saya telah ternampak seseorang. Tapi masa tu saya buat-buat tak nampak. Dan orang di sebelah sana jugak seperti terperasan akan diri ini dan jugak berlagak seperti tidak nampak saya. Di sebelahnya ada seorang wanita yang ayu bertudung. Diaorang jalan bergandingan sambil berpegang tangan. Macam pasangan lain yang sedang hangat bercinta. Ops…nanti dulu, ke diaorang tue dah kawin? Entahlah tidak diketahui pulak status mereka. Nanti silap cakap jadi fitnah pulak. So sila abaikan apa status diaorang.

Tuesday, April 3, 2012

Balik Melaka



Weekends lepas saya berada di Melaka. Sabtu pagi dah sibuk ke rumah Busu (adik my mum). Hari nie anak dia yang sulung menikah dan majlis bersanding turut diadakan pada hari yang sama. Lain bebenor saya tengok muka sepupu saya tue bila dah kena make up. Dia tue jenis yang simple je. Saya pun tak pernah tengok dia pakai make up ke apa. Sekali dah kena make up dengan mak andam, dah rupa macam artis dah. Dia menikah pukul 1030am dan bersanding nak dekat pukul 2pm.


Tahniah Ain dan Haikal. Semoga berkekalan ke akhir hayat