Ahad lepas baru je balik dari Langkawi. Masuk office je En. Bos telah mengarahkan saya ke Gold Coast Morib untuk satu mesyuarat/bengkel yang akan diadakan selama 2 hari di sana. Disebabkan baru sahaja mendapat arahan tersebut makanya terpaksalah balik semula ke rumah untuk packing baju. Baju yang balik dari Langkawi pun tak sempat keluar beg lagi sudah mahu berkelana semula.
Nak pergi ni pun thrill jugak sebab sesungguhnya I have no idea where is Gold Coast Morib Resort. Tapi harus bersyukur dengan Samsung S2 yang telah dibelikan oleh hubby yang telah membantu saya sepanjang perjalanan melalui GPS yang ditunjukkan. Memang follow 100% la. Kalau lari sikit je dari laluan yang telah dimark dalam GPS tue memang cuaklah jawapnya. Tapi bila dah dekat hujung tue macam tersesat jugak masuk dalam kawasan kebun. Kalau semak kat GPS tue memang betullah jalannya tapi takde laluan untuk kereta. Untuk mengelakkan kesesatan yang lebih dashyat maka terpaksalah bertanya seorang penunggang basikal yang kebetulan lalu kat situ.
Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sampai dah lambat...bengkel dah mula tapi nasib dah maklumkan urusetia so takdelah menggelabah ke apa. Bengkel semua berjalan lancar.Bilik semua mantop sebab ada jakuzi. Tapi saya tak try pun jakuzi itu sebab xde mood nak berendam. Nanti saya cerita kenapa.