Wednesday, August 10, 2011

UK Riots



Sure uolls semua ada dengar pasal riots kat UK nie kan. Mula-mula tu macam tak berapa nak teruk sangat tapi dah lepas dua tiga malam nie semakin menjadi-jadi pulak. Rasa takut pun ada jugak sebab tak pernah berhadapan dengan keadaan yang huru-hara macam nie. Lagi menakutkan adalah sekarang nie keadaan huru-hara nie berlaku kat London bukannya kat Malaysia. Kalau kat Malaysia tue macam rasa insyallah keadaan masih terkawal sebab polis akan sedaya upaya mengawal keaadan. Tapi kat London nie macam tak tahu nak expect apa.

Riots nie start dari hari Khamis minggu lepas setelah seorang lelaki, Mark Duggan ditembak mati oleh pasukan polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Tottenham. Ramai yang tak puas hati dengan kematian Duggan dan bermulalah riots di Tottenham. Rioters nie dah start bakar-bakar kereta, buildings, pecahkan kedai-kedai dan mencuri barang-barang daripada kedai dan pasaraya.

Kejadian nie seterusnya merebak ke kawasan lain. Malam Ahad yang lepas, kejadian yang serupa berlaku di Chingford Mount, Oxford Circus, Islington, Enfields, Ponders End dan Walthamstow. Malam semalam di Ealing, Camden, Hackney, Croydon, Lewisham, Woolwich dan beberapa tempat lain di sekitar London. Selain daripada tempat-tempat di London, kejadian yang sama turut berlaku di bandar Manchester, Bristol, Liverpool, dan Birmingham. Setakat ini, keadaan di central London masih aman. Walau bagaimanapun, kawasan sekitar tempat kami tinggal nie pun macam agak sunyi. Masa hubby keluar petang tadi, terdapat beberapa kedai yang tutup. Argos pun tutup awal. Erm...this is not good!!!!

Kebanyakkan daripada rioters nie adalah golongan remaja yang dalam lingkungan belasan sehingga 20-an. Berdasarkan apa yang dipaparkan di TV diaorang nie selamba je baling batu kat polis, pecahkan cermin-cermin kedai, curi barang-barang daripada kedai-kedai tersebut. Most of them pakai hoodies je. Ada yang tak tutup muka pun. Selamba badak je diaorang mencuri secara terang-terangan. Tak pernah tengok benda-benda macam nie. Bila dah nampak keadaan macam tue rasa macam tak selamat pulak duduk kat London nie.

Yang tak bestnya dari masa ke masa, ada je tempat baru yang mencari sasaran rioters nie. Yang terbaru tadi di Nottingham. Lepas nie tak tahu kat mana pulak diaorang nak serang. Setakat nie David Cameron dah arahkan 16,000 orang polis untuk mengawal keselamatan awam. Askar-askar semua tak keluar lagi. Arahan curfew pun takde lagi. Khamis nanti Parlimen nak bersidang untuk bincangkan perkara nie. Setakat semalam dah 100 orang ditahan berkaitan riots nie. Bilangan mereka yang ditangkap meningkat dari masa ke masa. Tapi still ramai lagi yang berkeliaran membuat onar.

Bagi saya keadaan nie semakin lama dah semakin teruk. Risau jugak kalau ia sampai ke tengah bandar London nie. Malam semalam hubby dah kemaskan backpack sebagai persediaan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Ya Allah, selamatkan kami semua daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab nie.

Rasanya punca utama riots nie bukanlah semata-mata pasal kematian Duggan tu tapi lebih kepada isu berhubung kait dengan hal pengangguran, peningkatan kos hidup, hal-hal kebajikan dan taxes kot. Sebab rata-rata yang terlibat tue semua golongan muda. Dah takde duit nak hidup agaknya so mencurilah kerja yang paling mudah untuk meneruskan kehidupan. Ntahlah...susah nak cakap!

3 comments:

LavenderGal08 said...

apa-apa pun..take care ye miri

tash said...

xpsl2 student msia kt london pn jadi mgse (-_-)" ksian je~

http://www.youtube.com/watch?v=XYuMPw6Yi3k&feature=share

ashra said...

tu la kan..
btul tu.kalu kat mesia,alhamdulillah..setruk2 riot pun,tak lah sampai kedai segala bagai tu dibakar.

ko n family take care ye..
mudahan semuanya akan reda dan tenang.