Alhamdulillah sebab masih diberi kekuatan untuk menulis sesuatu dalam blog ini. Seminggu lebih blog ini terbiar tanpa berita (macam la ada orang nak bacakan!!!). Last week was a total mess! Seminggu diri ini dibelenggu demam yang seperti tidak berkesudahan. Dah lebih setahun tak demam. Sekali diuji dengan demam yang tak ingat dunia. Mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa sebelum menyambut bulan Ramadhan supaya Ramadhan tahun ini lebih diberkati. Terima kasih Ya Allah kerana memberi ujian ini. Sesungguhnya ia menyedarkan diri ini supaya tidak alpa dari mengingatiMu.
Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan untuk sekalian kalinya. Ramadhan yang cukup berbeza untuk kami sekeluarga kerana berada di perantauan. Untuk julung-julung kalinya tiada pasar ramadhan (PARAM) dalam agenda seharian. Hanya mampu melihat gambar-gambar makanan yang dipost oleh rakan-rakan di wall FB masing-masing (part nie stress giler k!!!). Ramadhan di musim summer adalah cukup mencabar. Puasa kurang-kurang 17 jam sehari. Imsak pukul 3 lebih...pukul 8pm lebih nanti baru boleh berbuka. Tak ke lama tue? Tapi ala bisa, tegal biasa.....Dari hari ke hari, urusan puasa nie dipermudahkan Allah tanpa begitu banyak rintangan (kecuali gambar-gambar makanan kat FB tu). Tapi yang paling best puasa kali nie tak perlu berebut dan bersesak-sesak ketika balik kerja untuk berbuka puasa. Sejak kawin, bila sampai bulan puasa je masa perjalanan balik dari Putrajaya ke Jalan Gurney adalah 2 kali ganda. Merasa jugak kadang-kadang buka puasa dalam kereta. Tahun nie boleh buka puasa dengan tenang di samping orang-orang yang saya sayang. Terbaiklah!!!!!
Tahun nie jugak untuk julung-julung kalinya saya memasak untuk berbuka puasa. Hehehe.....sure uolls tak cayakan! Dah 3 tahun kawin takkan tak pernah masak untuk buka puasa. Yes...you heard me right, memang tak pernah. Kalau dah sampai rumah waktu orang azan, nak masak kebendanya???? So for the last 2 years we either go to PARAM to buy some food or buka puasa kat luar (hotel or restaurant yang dekat2 dengan rumah). Weekends biasanya balik Melaka..so tak masak di situ kerana ibunda tercinta telah menyediakan juadah. Pergi PARAM beli kuih sikit-sikit je. So bila dah duduk tempat orang nie pandai-pandailah bawa diri. Tak pandai masak pun kena buat-buat pandai.
Bila cerita pasal makan nie dah teringan plak nak makan macam-macam. Sebelum mengidam yang bukan-bukan eloklah diberhentikan cerita pasal makan nie. Saya nak ambil kesempatan nie untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa untuk kawan-kawan semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk anda semua.
Salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment