Monday, August 15, 2011

Dugaan



1. Hari nie dah masuk hari ke-15 umat Islam berpuasa tapi saya baru puasa lebih kurang sepuluh hari je kot. Hari tue demam seminggu. Baik dah. Dapatlah puasa semua. Alih-alih demam balik. Nie dah masuk hari ke-5 dah nie. Nak puasa hubby tak bagi sebab dia suruh makan ubat sampai baik. Dah elok sok..boleh la puasa. Tak suka tau.....nanti nak kena ganti puasa segala. Dah beberapa tahun nie ada rezeki puasa penuh. Rasa macam best je tak payah pikir-pikir nak ingat berapa hari kena ganti puasa. Nak pi jumpa GP pun malas sebab nanti depa bagi ubat demam je. Bukan dapat antibiotik ke apa. Kalau setakat ubat demam tak payah jumpa GP. Pi Boots ke...Superdrugs ke...dah boleh beli dah. If kat Malaysia kalau dah demam sampai 4-5 hari sure doc dah bagi antibiotik or check darah. Kat sini harapanlah nk dapat antibiotik. So terpaksalah telan ubat untuk sekian kalinya. Tekak pun dah tak boleh terima dah....

2. Tiap-tiap hari kat FB dan blog kawan-kawan dok update gambar-gambar makanan berbuka puasa yang sangatlah mengiurkan. EURRGHHH!!!!!!! Tak tahan tengok k. Walau pun sekarang nie tengah tak puasa tapi mengenangkan tak dapat makan benda benda tue semua sekarang adalah sangat tension. Buka FB ada orang post gambar masak lemak ketam la, gulai rebung la, ikan pari masak asam la (my fav nie....huhuhu). Kat blog tue tok sah cakaplah...lagi menggugat iman. Nak masak sendiri dah la tak pandai. Ditambah plak tengah demam nie, lagilah tak berapa nak larat nak masuk dapur. So suami saya terpaksalah makan makanan yang simple-simple je di bulan yang mulia ini. Sorry dear!!!!

3. Dengan keadaan London yang sibuk dengan riots minggu lepas, kami sekeluarga berkampung je kat rumah. Walau pun keadaan di bandar nie aman tapi kami tak berani lagi nak keluar sangat. Paling jauh pun hubby pi Tesco kat Edgware Road tue beli barang dapur. Bila dah 2-3 minggu terperap je kat rumah nie terasa lah juga kebosanannya. Sebab selalunya every weekends kami akan keluar. Pi window shopping ka, pi makan-makan ka, pi Hyde Park lepak-lepak ka... Di saat-saat ini sangatlah merindui tanah tumpah darahku yang tercinta. Takdelah pulak kena berkabung sampai macam nie. Walau pun dah tak lama lagi kat sini, saya rasa masa tiba-tiba begitu lambat berlalu. Dah tak sabar nak balik Malaysia.

Itu sahaja bebelan dari orang demam untuk hari ini. Doakan saya cepat sembuh ye. Saya nak puasa.

No comments: