Tuesday, July 5, 2011

I Love You


Today is our 3rd anniversary. Alhamdulillah kerana dipanjangkan jodoh kami berdua. Walaupun baru tiga tahun dalam alam rumah tangga banyak benda yang saya belajar terutamanya sikap bertolak ansur, saling bekerjasama dan saling memaafkan. Saya berdoa agar ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih Tuhan kerana memberikan dia kepada saya.

Ceh...feeling-feeling la pulak kan. Tapi serious, saya rasa itulah yang patut saya ucapkan di hari yang penuh bermakna ini. Saya tau hubby tak baca pun. Cuma mana la tau kalau-kalau dia terbaca nanti so dia tau la saya sayang kat dia dan bersyukur sebab dipertemukan jodoh dengan dia.

Kami tak celebrate apa pun. Pagi tadi lepas hubby wish happy anniversary, saya terus bagi present dan card yang saya beli secara online hari tue. Hubby macam excited jugak nak bukak sebab benda tue macam berat je. Bila tengok apa yang ada kat dalam tue dia macam terkejut gila. This is what I got him.


Arsenal Year Book


Then we had lunch. Makan sushi lagi hari nie. Semenjak dok sini suka pulak makan sushi. Sebab senang kan...banyak yang boleh dimakan. Amsyar pun suka makan dorayaki kat situ. Banyak jugak makan, ada dalam 17 plates kot..

It's Monday's Blue : Everything on the belt is BLUE----> 2.30 pound /plate


Chuka Ika

Dorayaki

Half of the plates

Lepas perut dah kenyang pi shopping pulak. Hari nie ke Sport Direct je. Sekarang kan tengah sale di sana-sini so kami pun memboronglah apa yang patut. Yang penting saya nak cari track botton untuk larian Run for Life minggu depan. Kalau tak tahan nafsu banyak benda rasa nak beli. Amat merbahaya!!!!

Walau pun xde celebration yang meriah, saya rasa gembira sebab dapat spend masa dengan hubby dan anak-anak. I just loved being with them. I think that they are the best anniversary gift for me. Love them so much !!!!!



4 comments:

LavenderGal08 said...

happy anniversary miri..

missaries82 said...

tq effi

ashra said...

happy anniversari miri.
moga panjang dan kekal bahagia ke akhir hayat k?

missaries82 said...

tq ashra....begitulah hendaknya.