Wednesday, June 29, 2011

Makan-makan @ Tinseltown


Hari ini saya tak payah masak (yahoo!!!!). Semalam hubby dah cakap nak bawa kami semua pergi makan dekat Tinseltown-American Diner & Milkshake Bar. Saja nak tukar selera. Alang-alang Ajam (my BIL) ada so bestlah kalau pergi ramai-ramai. Tempatnya pun tak jauh dari rumah (Westbourne Grove). Naik bus dalam 15 minit dah sampai.

Tempat nie diperkenalkan oleh kawan kami, Lynn Zamani. Lynn dah dekat 3 tahun di London nie so dia memang tau la tempat-tempat makan yang best kat sini. Dah lama dah Lynn sebut pasal Tinseltown nie kat kiteorang tapi tak sempat nak menjejakkan kaki ke sana. Azreen yang datang kerja kat London nie pun dah sampai, kami tak jugak sampai....huhuhu. But then, alhamdullillah dapat jugak ke sini sebelum balik ke Malaysia. Kalau nak dikira-kira dekat dah setahun tak makan steak nie. Masa pregnant Aimery takdelah nak mengidam makan steak ke apa. Then dah sampai sini tak tau ada restaurant halal for steak. Bila tau ada tue, teringin jugaklah nak makan.

Macam-macam ada


Hubby sibuk memilih makanan

Amsyar leka main sauces

Makanan di sini sangat variety. Semua ada. Persoalannya samada larat tak larat nak makan je. Lepas dah belek menu dua tiga kali akhirnya saya pilih Sirloin Steak with Piri-piri Sauce. Hubby pilih Mixed Grill (banyak gila portion dia). Ajam order Rib Eye. For side lines kami pilih fries and salad.

Lynn also mentioned to try their shake sebab sedap gila. Baca menu pun dah rasa sedap dah. Walau pun hari hujan semua order shake sebab tak nak kempunan. Rambang mata uolls sebab they have like 50 flavours of ice creams milkshakes to choose from. Nak tau apa saya pilih? Saya telah memilih VIP Lounge Milkshake iaitu Fruit A-List (banana n strawberry topped with maple syrup, whipped cream and jelly tots). It is super delicious!!!!!
My Fruit A-List







Sangat puas hati makan di sini. Makanan sedap dan service pun sangat memuaskan hati. Walau pun ramai orang masa tue, kami tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan masing-masing. Sekarang perut adalah sangat senak sebab makan banyak tadi. Oleh itu, malam nie tak payah dinner sebab dah cover lunch and dinner masa kat Tinseltown. So kalau kawan-kawan datang ke London dan teringin nak makan steak bolehlah try tempat nie. Credit to Lynn sebab perkenalkan tempat ini kepada kami.

Sunday, June 26, 2011

Amsyar's 2nd birthday


Last Saturday we had a birthday party for Amsyar 2nd birthday (kallau buat weekdays sapa nak datangkan?!). Party kecil-kecilan je. Jemput sorang dua rakan kat sini. Alhamdulillah diaorang dapat datang. Ramailah sikit orang kalau tak kami celebrate anak beranak je la.

Saya tak masak apa sangat pun. Just baked chocalate cake and spaggetti bolognese. Then ordered some pizzas and BBQ chickens. Ada sikit kuih muih dari Malaysia - kek lapis Sarawak, tart nenas, and cheese biscuits. Just nice, tak terlalu banyak dan terlalu sikit makanan.

Amsyar quite excited nak sambut birthday dia kali ini. Last time masa 1st birthday dia, dia tak faham sangat apa yang berlaku. Masa tengah tiup belon dan buat deco kat rumah dia pun sibuk nak tolong. Tahun nie dah pandai tiup lilin sendiri. Last year mummy yang tolong tiup. How time flies kan. Dah dua tahun dah Amsyar.

Cuma bila dah seronok berborak terlupa nak amik gambar tetamu yang datang. Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada Lynn Zamani dan Yatie sekeluarga yang sanggup drive dari Oxford untuk memenuhi jemputan kami.

Ok lah, kita layan gambar pulak.

Baked this cake myself. Nasib jadi kalau tak kena guna Plan B...beli di Waitrose!!!

The foods

Birthday boy

Some delicacies


Aimery is ready to partay!!!!


Presents from Ummi n Atok


Happy Birthday to You!!!!

TQ all for the presents!!!

Friday, June 24, 2011

Wimbledon 2011


Yesterday was Amsyar's 2nd birthday. Happy birthday baby darling. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu dan menjadi anak yang baik. I will write more about Amsyar's birthday later because we are throwing a birthday party for him this coming weekends. So nanti kita cerita sekalilah. Tak payah nak update banyak kali, ye tak??!!!

Saya rasa hari ini adalah hari yang paling gumbira kerana saya telah menjejakkan kaki ke Wimbledon. Sungguh tak percaya. Selama nie hanya tercanguk depan tv je menonton kehebatan aksi jaguh-jaguh tennis dunia. Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan kerana memberi peluang ini kepada kami sekeluarga. As you all know, Wimbledon nie adalah salah satu Grand Slam yang sangat berprestij. Tahun ini adalah sambutan ulangtahun ke 125 kejohanan ini diadakan di sini.

Ingatkan senang-senang je dapat masuk dan tengok tempat nie. Banyak dugaannya kawan-kawan. Kami keluar rumah pun dah lewat, around 1.30pm kot. Dari rumah nak ke sana boleh pilih sama ada nak naik tube atau bus. We decided to take the bus sebab lebih buggy friendly. Maklumlah kami bawa 2 buggy. Kena naik 2 bus. Sepanjang perjalanan ke Wimbledon anak saya dua-dua pengsan....tidur. Alhamdulillah.....maka perjalanan adalah sangat menyenangkan hati. Kami terpaksa berjalan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke tempat berlangsungnya acara. Sampai di Wimbledon Station kena jalan kaki about 30 minit lagi. Perjalanan adalah sungguh mencabar sebab kena daki bukit. Gigihkan jugak sebab semangat nak tengok tennis katanya. Dah sampai lokasi kejadian tercari-cari di mana mau membeli tiket untuk masuk ke dalam. Nak masuk je dah kena bayar belum pegi menonton game lagi.

Sebelum boleh beli tiket harus join pengunjung yang lain di The Queue. Mak oii!!!! Punyalah ramai orang beratur. Rasanya ada nak dekat 1 kilometer panjang line yang sedia ada. Rasa berbelah bahagi nak masuk ke tak nak. Tapi dah alang-alang sampai, join sekali beratur panjang-panjang tue. Kami beratur hampir 1 jam untuk sampai ke security check point. Dah lepas check point nie barulah boleh beli tiket. Untuk hari ini, harga tiket 14 pound after 5pm. Harga tiket masuk ke ground adalah berbeza mengikut hari.



Gigih mendaki bukit demi untuk sampai ke Wimbledon

Inilah The Queue yang maha panjang

Muka kebosanan dan kepenatan beratur


Antara mereka yang terjebak sama di The Queue


Kaunter tiket

Keputusan pertandingan


Centre Court



Ball girl

Ramai orang kat kawasan ground nie. Masa tengok dalam tv tue macam rileks dan aman tenteram je Wimbledon nie. Tapi apa yang dilihat di tv adalah sangat berbeza di lokasi sebenar. Meriah gila. Rasa macam kat konsert pun ada. Disebabkan kami ada baby maka memang tak boleh masuk ke mana-mana court la. So jalan-jalan di kawasan sekitar je lah. Besar tempat nie. Ada 19 courts dan 1 centre court. For centre court, court no.1 and no.2 tiket boleh dibeli di The Queue tapi very limited. Konsepnya siapa cepat dia dapat. Kebanyakkannya telah direserved untuk season holders. Untuk court-court yang lain, kalau kosong bolehlah masuk. Tak perlu bayar.

Sempat jugak jengah-jengah game kat court 8. Tak kenal pun sapa yang main sebab yang tengah main tue x famous. Diaorang main for 1st round or second round kot. Game pada hari tue kadang-kala terganggu dengan keadaan cuaca yang tak berapa menentu. Bila hujan turun je, game diberhentikan serta-merta. Court dengan pantas ditutup dengan kanvas. Cepat betul budak-budak tue buat kerja, sekelip mata je court dah ditutup. Dalam hati ada pasang angan-angan untuk datang kembali ke sini dan tonton game tennis nie secara live. Aimery dengan Amsyar kenalah tinggal ye..

Henman Hill


The big screen @ Henman Hill

Grab some souvenirs @ The Wimbledon Shop

Hubby bercita-cita nak Amsyar main tennis secara professional. Tak tahulah mampu ke tidak kami nak hantar dia belajar main tennis. But apa yang penting kena serapkan minat dalam diri dia dulu. Hopefully dengan memperkenalkan tennis kepada dia pada peringkat umur yang muda nie sedikit-sebanyak akan membuka minat tersebut.

As for now, hati masih berbunga ceria sebab dapat pegi Wimbledon. Bila nak ke mari lagi saya pun tak pasti tapi Wimbledon akan menjadi salah satu destinasi yang wajib kami kunjungi lagi (masa tu nak duduk je dalam court dari pagi sampai game habis!!!). Nasib tidur malam tak mengigau pasal Wimbledon.

Bakal juara Wimbledon

Wednesday, June 22, 2011

Road Trip To Cardiff (Part 2)


Sebelum berjalan-jalan di sekitar Cardiff kita ambil gambar depan hotel dulu. Kami lepak di Ibis Hotel Cardiff. Best lepak sini sebab dapat bilik besar. Ground floor pulak tue. Boleh main jerit-jerit je dengan hubby kalau tertinggal barang kat kereta. Dan yang paling penting harga dia murah. Sangat berbaloi.



Tempat pertama yang dilawati adalah Cardiff Castle. Ia terletak di tengah-tengah bandar Cardiff. Kami bernasib baik sebab kebetulan pada lawatan kali ini turut berlangsung pertunjukan Joust! Pertunjukan ini berlangsung hanya sekali dalam setahun dan kali ini ia berlangsung pada 18-19 June. Alhamdulillah, rezeki kami nampaknya. Bukan selalu dapat tengok benda-benda macam nie. Tapi nak tengok nie bukan free, kena bayar sikitlah. But we thought it was worth it sebab kami tak selalu dapat peluang macam nie. Apa tue joust??? Saya nak describe pun tak berapa nak pandai. Dalam bahasa yang mudah, ia adalah pertandingan mempertahankan diri antara pahlawan pada zaman medieval dulu. Bahasa yang lebih kompleks adalah seperti berikut....

Jousting in its basic form is a martial contest between two knights mounted on horses and using lances. It can also consist of a series of competitions using a variety of weapons, usually in sets of three per weapon (such as tilting with a lance, blows with the battle axe, strokes with thedagger, or strokes with a sword), often as part of a tournament.[1]

Jousting was one of many types of martial games in the Middle Ages. These games, requiring great skill, were referred to generically as hastiludes.

Though the first recorded tournament was staged in 1066, jousting itself did not gain in widespread popularity until the 12th century.[citation needed] It maintained its status as a popular European sport until the early 17th century.[2]

Jousting was added to tournaments several centuries after their inauguration. The joust permitted a better display of individual skill and, although dangerous, offered large sums of prize money. Many knights made their fortune in these events, whilst many lost their fortune or even life. For example, Henry II of France died when his opponent's lance went through his visor and shattered into fragments, blinding his right eye and penetrating his right orbit and temple.[3]


Ada banyak aktiviti yang menarik berlangsung pada hari tu. Antaranya pameran barang-barang/peralatan yang digunakan pada zaman medieval, demostrasi pertarungan pahlawan, story telling untuk kanak-kanak, and etc. Malas nak cerita banyak pasal Joust! nie so kita layan gambar je la ye.





The Castle



Amsyar seronok main hula hup

Susah nak bagi piring tue berpusing kat hujung tu



The Barber Surgeon

Peralatan yang mengerikan




Amsyar happy Ayah belikan sword untuk dia. Lepas tue ajak Mummy fight...

Para pahlawan yang akan bertarung

Yang nie paling handsome. Rambut panjang pulak tu...sexy gila!!!!












Lama jugak kami di Cardiff Castle tue. Habis pertunjukan Joust! tue dah pukul 1 lebih. Then kami naik bus untuk City sightseeing di bandar Cardiff nie. Konsep lebih kurang sama macam Big Bus kat London. Hop On Hop Off. Secara keseluruhannya ada 12 perhentian yang kami lalui tapi kami tak turun semua tempat. Kalau nak turun kat semua perhentian harus tidur sehari lagi di Cardiff nie. So kami cover mana yang menarik dan sempat je. Antaranya Mermaid Quay, Cardiff Bay dan Millenium Stadium.

Jom tengok apa yang ada kat tempat-tempat nie.

Cardiff Bay - Di sini terletaknya Wales Millennium Centre, Pier Head building, New National Welsh Assembly, Lightship 2000, Norwegian Church, Visitor Centre and Boat Trips. There are a lot of things to see/do here. and it just the matter of time. Kami sempat naik boat trips. The view is very breathtaking.








Mermaid Quay - Di sini banyak kedai-kedai untuk shopping, international restaurants, cafe & bar. Suasana sangat meriah di sini sebab banyak orang melepak sambil menikmati summer di tepi laut.






Wales Millennium Centre




Millennium Stadium - Since opening in June 1999, the Millennium Stadium has welcomed, on average, over 1.3 million visitors per year. Sporting the first fully-retractable roof in the UK, the venue is at the leading edge as a multi-purpose, multi-faceted event venue.

The Millennium Stadium boasts a UEFA 5-Star rating and has hosted matches from two Rugby World Cups including the Final in 1999, witnessed two Wales Grand Slam successes in the RBS Six Nations, staged six showpiece FA Cup Finals plus hosted the major artists of the music business with a plethora of major concerts and motorsports events on its CV.

The installation of a partition drape system in July 2005 now means that the bowl of the Millennium Stadium can be used for multiple concert mode configurations and for staging exhibitions. Millennium Stadium will also play its part in the London 2012 Olympics as a host venue for the football competition.

The Millennium Stadium is established as a world class must play, must visit venue and has played home to five major sporting bodies over the last eight years.


Millennium Stadium


This road trip was a fun and interesting experience. Berjalan dengan anak-anak kecil nie memang banyak cabarannya. Nak kena bawa bersabar banyak-banyak. Penatnya pun dua kali ganda but kami happy sebab walaupun diaorang takkan ingat all those places yang kami bawa but I can tell they were having a great time too.

There is another road trip in another 2 weeks time. Yang nie lebih mencabar kot sebab tempoh masa yang diambil adalah dua kali ganda dari road trip kali ini. Hopefully the kids akan memberikan kerjasama yang baik sepanjang road trip tersebut. Will share more on this later.

Hope you guys enjoy this entry.