Rasa macam promoter pulak hari nie. Terasa ringan tangan dan baik hati untuk berkongsi benda-benda yang best dan bermanfaat dengan semua orang (best untuk saya tapi untuk uolls semua x tahulah. Haruslah cuba kalau nak tau best ke tidak, betul tak?!!). My MIL selalu datang London lately samada untuk urusan kerja or just visiting us. Setiap kali datang dia akan bawa sekali stok makanan untuk kiteorg. Kami semua nie tekak orang Melayu so nak juga makan makanan Melayu. Maka haruslah bawa segala rempah ratus ke sini. Sekali bawa 3-4 beg. Baju satu beg je dan yang lain-lain tu semua stok makanan. Bayangkan. Macam kat London nie dah takde benda nak makan pulak. Nak buat macam mana, MILO je dah 3 pek yang 2.2kg. Tu dah makan separuh beg.
Baru-baru nie, MIL ada bawa sekali BOH Teh Tarik Kurang Manis. Rasanya produk nie dah lama berada di pasaran tapi tak pernah pulak saya beli/rasa. Mungkin sebab saya nie bukanlah hantu teh tarik. Kalau MILO tu ye lah. 1 pek BOH teh tarik tu ada 12 sachets. Best giler la teh tarik nie. Dah lah tak manis pastu ada buih2 lagi bila buat (saya tak suka minum manis-manis). Tiba-tiba je rasa suka minum teh tarik. Mengadakan?!!! Kat London nie semua benda dari Malaysia rasa sedap. Masa kat Malaysia tak hadap pun.
Pic from Mr. Google
Setiap hari balik dari bershopping sakan semua request for BOH teh tarik. Tengah sejuk-sejuk pekena teh tarik memang terangkat la kan. So dalam masa 2 hari jer BOH teh tarik itu dah selamat. MIL ada bawakan Lipton Milk Tea tapi tak berapa nak laku sebab rasa dia kureng sikit berbanding BOH teh tarik. Mungkin sebab yang Lipton tue milk tea bukan teh tarik (ada beza ke???!!). Disebabkan sedap sangat minum sampai x sempat nak snap piccas, sekejap je dah habis 1 mug.
Next time MIL dah janji nak bawakan lagi stok BOH teh tarik tue bila my BIL datang end of June nanti. Saya suka! Kepada penggemar teh tarik yang belum mencuba BOH teh tarik nie, mungkin boleh try. Kalau tengah malas-malas kat rumah dan terasa nak minum teh tarik ini dia penyelesaiannya. Cepat dan mudah disediakan dan paling penting SEDAP. Harga saya tak pasti, uoulls check sendiri k??
P.s. : Termimpi-mimpi minum teh tarik
No comments:
Post a Comment