Tadi masa tengah sibuk basuh pinggan kat dapur, tiba-tiba terdengar bunyi alarm handphone hubby. Peliklah pulak tiba-tiba dah pukul 9 malam ada bunyi alarmkan.
Me : Chyang...bunyi apa tu?
Him : Bunyi alarm handphone I.
Me : I tau la. Tapi kenapa tiba-tiba u on alarm tu?
Him : Tak. I ada nak beli player. I takut lupa. Hari tue dah dua tiga orang player I terlepas.
Me : You are insane!!!!
Percaya ke tak? Siap set alarm sebab nak beli player. Hubby is currently addicted to Top Eleven Football Manager. Tiap-tiap hari sibuk kat FB dengan schedule game dia la, nak training players la, nak jual player la, nak beli player la and whatnot. Bila sampai masa game nak start, siap bagi warning kat saya yang game dia dah nak mula and he needs the lappy. Ok I got it! Oleh kerana meminjam laptop hubby maka haruslah sedar diri. Kadang-kadang tue geram gak sebab tengah syiok-syiok layan drama terpaksa stop sebab ada orang nak layan game dia. Kalau nak buat kerja ke apa, saya macam ok lagi la kan tapi sebab nak main game, saya adalah GERAM.
Tapi tu kira ok kot. Cuma bila dah siap set alarm segala macam dah kemaruk la pulakkan. Padah dah suami saya nie. Ada jugak dua tiga game lain yang dia main kat FB sebelum nie tapi taklah kemaruk sampai macam nie. Best sangat ke Top Eleven tue? Saya tak pernah main apa-apa game kat FB tu walau pun orang dok invite join macam-macam game. Takut jadi macam hubby pulak nanti. Kemaruk main game sampai nanti x buat keje.
Hari tu ada cakap dengan hubby nak beli laptop sebab saya xde laptop. Oh lupa. Dulu masa zaman-zaman belajar ada laptop tapi lepas tue dah tak tau mana pegi laptop tu. Rasa macam tinggal kat rumah bila dah start kerja tapi lepas tue dah langsung x nampak. Alasan nak beli laptop baru kononnya tak nak kacau hubby nak buat dissertation nanti. Hubby macam cool je bila cakap nak beli laptop. So bolehlah mula recce dari sekarang. I loike!!!!
P.s.: Harus warning adik saya supaya jangan perkenalkan lagi game baru kt FB pada hubby.
No comments:
Post a Comment