Wednesday, May 30, 2012

London-Paris-London (Finale)



Mari kita kasi tutup cerita pasal holiday hari tue. Cerita sekali untuk hari ke-12, ke-13 dan terakhir di London. Pastu kita boleh pikir nak buat entry apa pulak lepas nie. Untuk hari ke-12 tue, pagi-pagi lagi dah keluar bershopping di Primark kat Ealing Broadway. Hari tue kan tak sempat nak shopping sangat dan hubby dah janji nak pergi shopping kat Primark Ealing plak. So off we go. To tell the truth, masa tu memang rambang mata tengok tops yang lawa-lawa gila kat sana. Harga pun x mahal sangat. U can get a nice top dengan harga lingkungan £8-£16 (sila jangan convert to RM ye). Masa awal-awal tue main amik je apa yang nampak lawa. Ada dalam 10 helai kot. Pastu nampak cardigan pulak. Harga dalam £4/helai. Capai jugak 2-3 color. Memang menggila la tengok benda murah-murah nie.Then beli some throws, laundry basket, some pillow and bed cover. Masa nie saya separate sekejap dengan hubby sebab nak jimat masa.. Saya pergi ke ladies dept dan hubby ke gents dept. Kalau nak mengikut bontot masing-masing memang sampai ke petang la tak siap shopping.

Lepas dah habis melakukan rondaan kat situ, barula tunjuk kat hubby tops yang telah dipilih tadi. Minta pendapat dan approval dia. At last, saya cuma ambil separuh daripada apa yang diambil tadi. Tak try langsung uolls sebab malas. Pasni kalau tak muat merasa la sedekah baju-baju tu kat adik adik….

Habis shopping terus balik rumah untuk hantar barang dan berehat . Petang tu kita orang nak ke Reading pulak. Hubby nak jumpa member uni dia kat sana. Zeid namanya. Last year masa kiteorang kat London, Zeid n family sempat jugak datang kat rumah kiteorang. Kiteorang je tak sempat lagi nak menjenguk dia kat Reading. Dah beberapa kali jugak dia jemput kami datang ke rumah.

So dah alang-alang sampai ke London sekali lagi nie, kiteorang ambil kesempatan nie untuk jumpa diaorang kat Reading. Dalam pukul 4 labih bertolak naik train dari Paddington ke Reading. Tiket boleh tahan jugak harganya. Kalau tak silap return untuk sorang dalam £30 lebih. Perjalanan ke Reading makan masa dalam sejam jugak. Memang purposely ke sana sebelah petang sebab Zeid kerja. So by the time kiteorang sampai Reading tue just nice je sebab Zeid dah habis kerja. Dia terus ambil kiteorang kat station then terus balik ke rumah dia.

Kat rumah Shima dan baby Zarif dah tunggu. Zarif baru bangun tidur. Zarif muda dalam 3 bulan daripada Aimery. So umur dia sekarang dalam 1 tahun 3 bulan. Comel sesangat dan sangat kecil orangnya. Masa dukung Zarif rasa macam ringan sangat. Almaklumlah dah biasa pegang Aimery yang agak semangat itew. Hubby siap boleh lambung-lambung lagi Zarif.

Lepas lepak-lepak minum Milo, Zeid bawa kiteorang dinner kat Bandar. We had dinner at this Asian restaurant but tak ingat pulak namanya apa. The food boleh tahanlah. Banyak pulak yang diaorang order so makan sampai sebu perut. Dah kenyang tue kiteorang balik rumah dan sambung sembang lagi. They all beritahu yang they are expecting for 2nd baby. Shima pun banyaklah tanya pengalaman saya bersalin kat London macam mana and whether she should deliver the baby in Malaysia. I did share my experience with her. Hopefully it would be useful for her to decide where to give birth.

Sedar tak sedar dah dekat pukul 10pm. It was time to leave. They sent us to the train station and we managed to catch the 10.10pm train. Alhamdulillah niat nak melawat Zeid dan family tercapai. Kiteorang sampai rumah almost 12pm. Penat pulak rasanya. Beg tak habis packing lagi. Tapi tak larat nak buat. So lepas dah settle apa yang patut terus tidor.

The next day (Day 13) kami sudah terbangun lambat. Dah set alarm tapi lepas dah tutup alarm tue tertidur balik. Sedar-sedar dah pukul 10am lebih. Dah la banyak benda nak buat..terlambat pulak bangun. Hubby lagi la banyak kerja. Rail untuk curtain yang dia janji nak pasang pun x siap lagi. Kat toilet pun ada a few stuff yang dia tak siap drill lagi. Ayoyoyo…this is disaster. Terus dua-dua melompat dari katil. Hubby terus capai drill dan buat kerja kat toilet. Yours truly kemas rumah, check dapur, buang benda-benda makan yang tak boleh disimpan, basuh baju/alas kaki/bed sheet dan kemas luggage.

Around 2pm hubby left the house. Terpaksa pegi bandar untuk ambil phone dia yang tertinggal tue. Kerja kat rumah tak siap lagi time tue. And around 4.30pm baru dia sampai rumah balik. By that time saya dah settled kerja-kerja saya. Beg semua dah ikat dan locked. Sampah semua dah clearkan untuk dibuang. Rumah pun dh kemas. Tapi kerja hubby tak siap lagi. Sampai je rumah terus dia lincah sambung balik pasang rail curtain. Dah pukul 5.30pm pun tak siap lagi walhal cab dah tunggu kat bawah untuk bawa kiteorang ke Heathrow. So saya terpaksalah angkat barang-barang dulu sementara hubby settlekan kerja dia.

Around 6pm baru kami bertolak ke Heathrow. Flight pukul 10.15pm tapi kena pergi awal sebab takut ramai orang untuk claim VAT dan check in. Memang betul jangkaan kami, masa sampai sana je tengok line untuk claim VAT dah sampai ke luar dari office. Terpaksalah kiteorang sama-sama bersejuk-sejukan di luar beratur untuk claim VAT. Daripada luar nak sampai ke kaunter tue ambil masa sejam lebih jugak. Nasib kiteorang ada banyak masa so tak kisah la kan.  Ada sesetengah tue, dah half way beratur terpaksa keluar sebab flight diaorang dah nak boarding. Oleh itu, kalau uolls ke London pastikan uolls berada di airport awal untuk mengelakkan perkara seperti itew berlaku especially kat Terminal 3 nie.

Lepas dah claim VAT tue, kiteorang pun pergi check in beg. Pergi hari tue bawa 3 beg yang tak berapa nak penuh. Hand luggage pun check in masa tue pasal malas nak angkut dalam flight. Dengan hand luggage tue baru 34 kg je. Tapi kali nie balik beg sudah bertambah kepada 4 buah beg. Kiteorang nak check in semua beg termasuk hand luggage sebab malas nak angkut coz ada transit. Sekali timbang semua 4 beg tue, berat jadi 64kg sedangkan berat yang dibenarkan hanyalah 60kg sajork.

Tapi nasiblah mamat kat kaunter tu sangat baik hati, dia benarkan kiteorang check in semua beg. Oh..we were so happy!!!! Kalau tak penat gak nak mengangkut beg itew. Lepas dah settle semua, kiteorang lepak kat dalam dan makan. Lapar kot sebab kat rumah tadi tak sempat nak makan sebab kelam-kabut kemas rumah/beg.

Tapi lepas tue, flight delay la pulak. Terpaksalah menunggu lagi. At last, pukul 11pm baru dipanggil untuk boarding. Flight tak penuh sebab naik A380. Flight adalah super besar. Tapi kat area kiteorang tue seat penuh je. Kalau tak boleh gak tidor sambil lunjur-lunjur kaki. Bila round kat belakang, banyak gila seat kosong. Orang kat belakang tue siap conquered 4 seats sekaligus. I is jealous uolss.

Akhirnya dapat jugak merasa naik A380 kan. Basically saya tak nampak lah sangat perbezaan yang ketara antara A380 dengan B777 unless kalau naik Business Class or 1st Class la kan. Pergghhh…yang tue memang rasa macam menginap kat hotel. Memang super extra layanannya. Kite yang naik economi nie sama je kot layanannye. Cuma yang best, screen TV dia adalah besar so memang layanlah tengok movie. Masa flight balik nie saya layan movie memula pastu movie tengok saya tidor. Penat rasanya. Lagi pun flight malam kat jadi memang sepatutnya tidur pun.

Sampai Dubai dalam pukul 7pagi. Saya rasalah mungkin masa kat atas tadi, pilot A380 tue pecut tak ingat kot sebab walaupun delay still tiba kat Dubai awal jugak. Walau bagaimanapun, ada jugak yang terpaksa berkejar-kejaran lepas touch down coz connecting flight diarong dah nak boarding dah. Nasib kiteorang ada masa lagi untuk connecting flight ke Malaysia. Masa nie tak tunggu lama sangat pun kat Dubai. Dalam 45 minit je kitaorang dah dipanggil untuk boarding. I loike. Sebab tak tau nak buat apa kat airport tue. Hari tue masa transit 4 jam kat sini dah habis round airport nie.

Kami selamat tiba di Malaysia hampir jam 10pm. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dah tak sabar nak jumpa Amsyar dan Aimery masa nie. Tiba rumah Amsyar dan Ummi dah tunggu kat luar. Excited Amsyar nampak Mummy dan Ayah sebab dah 2 minggu tak jumpa. Lagi excited bila Ayah bagi dia ChupaChup yang besar tak ingat dunia punya.

Esok paginya sepatutnya pergi kerja tetapi saya telah meng’EL’ kan diri sebab masih penat dan jet lag lagi. Sorry bosss…..Hari Rabu saya masuk opis sebab hari Selasa cuti Hari Buruh.

So tuelah pengalaman bercuti saya selama 2 minggu di London dan Paris. Saja berkongsi dengan uolls. Mana yang boleh dijadikan panduan untuk uolls ke sana nanti silalah gunakan. Kalau ada yang tak berkenaan tue, just abaikan ye.

TQ for reading!!!!!!

No comments: