Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Sunday, February 23, 2014
London 2013 : Disneyland Paris
OMG!!!!Dah tahun 2014 dah.
Satu post pun tak up lagi.
Very bad huh...
Memang fail betul la kan.
Apapun tq la pada mereka2 yang masih sudi menjengah ke blog yang suam2 kuku nie.
Maap la ye...iolls memang dilanda kemalasan tahap ke8.
Blog walking rajin.
But bila sampai blog sendiri memang berchenta banyak.
Tunggu nak dapat feel tu payah bebenor la hai...
Tu la sampai ke sudah tak ber'update".
Tapi hari nie macam ada sedikit kerajinan.
So moh la cecepat kite habiskan citer basi tahun 2013.
Sapa yang sudi baca silakan....
Let us continue dengan cerita di Disneyland Paris.
Kiteorang bertolak pada 21 Oct lepas.
Seawal pukul 4.30am kiteorang dah terpacak tunggu cab.
Bila check kat luar apartment dah ada 1 4WD menunggu.
Macam pelik dah kat situ sebab kiteorang dah bagi tau ada 4 adults n 2 kids.
Confirm la tak cukup nak naik 1 4WD tu.
Maka berlaku la drama sikit pagi tue.
Pelik sungguh la.
Tiap2 kali nak pegi Paris je ada jer dramanya.
Ingat tak last year, me n hubby terawal tunggu cab.
Patut pukul 4.30am, pukul 2.30am kiteorang dah siap.
Blamed hubby for that!!!
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
Wednesday, November 27, 2013
London 2013 : Chessington World of Adventures
Destinasi kedua untuk holiday di London nie adalah ke Chessington World of Adventures.
Went there on Thursday (17 Oct 2013).
Macam biasalah pagi sibuk menyiapkan Amsyar and Anye.
Tengah autumn kan so kena la pakai baju tebal sikit.
Walau pun matahari memancar terik still sejuk jugak.
Nasibla weather forecast hari tue mengatakan cuaca adalah cerah.
Kalau tak nak kena prepare bawa payung la pulak.
Keluar rumah nak dekat 8.30pm rasanya.
Plan nak keluar lagi awal tapi bila jalan dengan budak-budak nie memang selalu lari timing tue.
Terus naik bus ke Acton Station.
Orang punyala ramai kat station.
Sebab waktu orang sibuk nak pergi keje.
Train sampai pun dah penuh.
Tapi masuk jugak la sebab tak nak lari timing kan.
Nasiblah the two boys tak menangis or mengamuk dalam train yang sesak dengan orang tue.
Perjalanan nak ke Chessington ni pun mencabar jugak.
Kena banyak kali turun naik train.
Dari Acton Station kite turun kat Green Park Station.
Dari Green Park kite switch ke Jubilee Line untuk ke Waterloo Station.
Dah sampai Waterloo kena pula naik National Rail nak ke Chessington.
Dari Waterloo ke Chessington South (last station) pun dah makan masa lebih kurang 34 minit.
All in all, perjalanan nak ke sini amik masa around 1 jam setengah.
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
Tuesday, November 26, 2013
London 2013 : Warner Bros. Studio - The Making of Harry Potter
And now let's start our adventure at Warner Bros. Studio Tour London - The Making of Harry Potter.
Walau pun kiteorang nie bukanlah fanatic fan of Harry Potter tapi dah alang-alang ada kat London, molek la kita ke sana.
Pergi London banyak kali tapi tak pegi sini rasa rugi pulak la kan.
So moh la anak2...kite jumpe Harry n friends.
Drama pagi hari bermula dengan nak siapkan anak2 la...
Pagi2 dah paksa diaorang mandi.
Semua pun memberontak tak nak mandi.
Sibuk nak main.
Ayah dia la yang kena mainkan peranan paksa diaorang mandi.
At last around 8.45 baru keluar rumah.
Hubby dah bebel-bebel sebab lambat...
Huhu...jalan dengan kids macam nie la gayanya.
Dari rumah naik train sampai ke Eustaon Station, later on naik London Overground untuk ke Watford Junction Station.
Perjalanan ke Watford Junction lebih kurang 30 minit.
Dari Watford Junction tue, memang ada bus yang pergi dan balik ke Warber Bros Stoudio tue.
So bayar je 2 pound sorang untuk return tiket.
Kids go for free.
Dalam 15 minit je dah sampai ke studio tue.
Pagi tue memang dah ramai orang kat sana.
But takde lah tunggu lama sangat untuk masuk ke dalam studio.
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
London 2013
Let us starts cerita pasal cuti-cuti London hari tue.
Kiteorang bertolak 11 Oktober yang lepas.
Naik flight pukul 10 am.
Memang bercinta sikit la bila flight pagi nie.
Especially part nak menyiapkan budak-budak.
But luckily mereka memberikan kerjasama.
Sebab beberapa minggu sebelum pergi dah disogok dengan kemeriahan nak naik flight.
Me nervous gak sebenarnya.
Eventhough the kids had survived long haul before tapi kali ni belum tentu lagi.
Berserah je la....
To cut story short, we landed safely at Heathrow Airport around 4ish pm.
Cuaca adalah sangat gloomy.
The kids pun ok jer dalam flight.
Tapi gaduh tetap gaduh ok....
Dah tidur baru aman dunia.
Takdelah gelisah ke apa.
Yeah...kalau behave macam ni boleh bawa pergi jalan lagi.
We stayed at MIL's house in Acton.
Untuk 2 minggu tu memang macam-macam la yang kiteorang buat.
But I will not tell everything here cause lebih kurang sama jer aktivitinye dengan trip yang sebelumnya.
Jalan-jalan kat Hyde Park...bagi burung makan.....pegi playground.....pegi Oxford Street, Bicester Village.
Kalau nak bace tentang tue rasanya uolls boleh rujuk entry2 yang lepas-lepas dalam Going Places tue.
Nanti boring je kot citer benda yang sama.
Therefore I'm going to highlight tempat yang 1st time kiteorang pegi je dengan budak2.
I'm going to share our experience dekat Warner Bros. Studio : The Making of Harry Potter, Chessington Park World of Adventure and a little bit about our stay dekat Disneyland Paris.
And....plz bare dengan kelambatan saya ye....
Memang seronok dapat spend masa dengan the kids.
Penat tue memang tak payah cerita la...
Macam2 kerenah diaorang nie.
Baru nak jalan sikit nak pegi toilet la.
Nak shopping sikit kata nak makan la, ngantuk la...
Sabar je la....
Tapi takpe bukan selalu pun berpenat-penatan macam nie.
Sekarang nie bila dah balik Malaysia boleh pulak diaorang tanya.
"Mummy bila kita nak pegi naik aeroplane lagi???"
See...dah pandai nak berjalan dah.
Alhamdulillah holiday trip kali nie adalah success.
Pegi London bawa 2 bags je....balik terus jadi 6 bags.
Just imagine....cannot help it sebab semua pun tengah SALE.
Menggila jugak membeli barang.
Bukan untuk mummy ye...tapi mostly for the kids.
So, that's the introduction.....see u in my next entry!!!
Tata!!!!
Labels:
Family,
Jalan-jalan,
UK,
Vacation
Wednesday, February 13, 2013
Krabi With Besties...Part 5
Part 5...? No, don't worry! Nie just nak wrap up je pengalaman selama 5 hari 4 malam di Krabi. Takde citer panjang2 pun. Pagi Ahad tue semua pun rileks je. Mana-mana tak habis shopping tu boleh buat last call lagi pagi tue. As for us, pagi tue kiteorang dah menapak ke Royal Tailor. Amik suit hubby yang tak siap lagi semalam. Alhamdulillah cantik je terletak kat badan. Kalau beli kat kedai tue, tangan panjang la...bahu jatuh la...macam-macam citer.
At 11am, shuttle dah ready untuk ambil kiteorang ke airport. Otw ke airport tue, sempat lagi menyinggah ke Outlet Village dia. Dah alang-alang lalu, berhenti je la kan. Bukannya nak membeli sangat pun (ye ke? boleh caya ke??). For more info boleh klik sini.
Labels:
Things I Like,
Vacation
Tuesday, February 12, 2013
Krabi With Besties...Part 4
Yeay...sudah masuk Part 4. Ini bermaksud citer percutian nie dah nak habis (mesti uolls pun cakap...Thank God....at last....). Ok, paham!!!!! So jom citer laju-laju je untuk part 4 nie. Pagi nie nak buat aktiviti darat plak. As usual, kol 8.30am dah menunggu shuttle amik.
Semua orang join this akktiviti except for Azua n Bad coz diaorang dah buat aktiviti nie during their 1st visit. So for today, diaorang pergi buat water rafting. Ereen n Khairul dah bertolak ke Phuket untuk balik ke Malaysia. And today kiteorang tak hired private charted. Makanya selain kiteorang ada lagi 5 orang guests lain dalam shuttle yang kiteorang naik tu.
Ready to start our journey
Labels:
Things I Like,
Vacation
Friday, February 8, 2013
Krabi With Besties...Part 3
Hari nie malas nak citer panjang, layan gambar je boleh???? Boleh la ye....
Ok hari nie adalah activiti island hopping. Kami telah pilih 4 Islands Tour. Kenapa pilih pakej nie? Mudah saja...jawapannya kerana tempat nie semua orang belum pergi. FYI, nie trip Kedua Azua ke Krabi so basically ada island yang dia dah pergi masa 1st visit dulu. So supaya semua happy, kite pilih yang masih belum dilihat oleh semua orang.
Actually selain daripada 4 Islands tue (which include Poda, Ko Gai (Chicken), Tup and Phra Nang), ada lagi beberapa package pulau lain yang uolls boleh pilih. Contohnya Hong Island, Phi Phi Island and James Bond Island. So tepuk poket, tengok ada duit lebih tak? Kalau ada duit lebih boleh sebat semua pakej sekali.
So, kol 8.30am dah ready nak bertolak. Tapi dah settled semua benda lebih kurang kol 9.15am baru bergerak dari pantai Ao Nang ke tempat yang ditujui.
The gurls...ready to have fun!!!!
Labels:
Things I Like,
Vacation
Thursday, February 7, 2013
Krabi With Besties...Part 2
Memandangkan geng yang lain baru nak sampai tengah hari nanti so Azua n I decided to go to Phuket. Day trip saje. Krabi dengan Phuket tak jauh uolls. Lebih kurang macam dari KL pegi Pagoh je lalu highway. Akan tetapi jangan la bayangkan jalannya seperti highway PLUS kite tu. Tidak sama sekali.
Untuk ke Phuket nie ada 2 option yang kite boleh pilih iaitu samada nak menggunakan jalan darat or laut. If uolls decide nak menggunakan jalan darat, banyak je agen-agen/tourist agent yang menyediakan kemudahan pengangkutan ke sama. Boleh pilih nak naik bas ke, nak charted private van ke...semua boleh. Bergantunglah pada bajet masing-masing. Otherwise, uolls boleh jugak pilih ferry. Nie pun banyak offer yang uolls boleh dapat daripada agent.
As for ourselves, kiteorang decide untuk booked 1 kereta sebab kami berempat je. Mudah jugak jalan sesama kite je. Boleh buat suka ikut kepala sendiri. Azua did all the booking. TQ Azua. Driver amik dari hotel jam 8.30 pagi n terus gerak ke Phuket. And kalau ada yang tertanya-tanya how much it cost, jawapannya RM450 untuk 1 kereta (return).
Driver kiteorang tue Muslim and nama dia Karim. Boleh tahan gak dia bawa pajero tu. Tak tau berapa kali mengucap saya dan Azua kat seat belakang. Paling slow dia bawa 110 km/j. Rasa macam naik racing car pun ada. Laki-laki kiteorang nie elok je tido. Nak-nak laki laki I la. asal kena air-cond je terus pengsan. Tak boleh harap punya co-pilot. Saya dengan Azua nie yang penat kaki tekan brek kat belakang...;p
At last after almost 3 hours in the car baru la sampai ke tempat yang ditujui. Karim berhentikan weolls kat Jungceylon Shopping Centre dan kat sikit jugak dia akan pick up weolls nanti. Asked him to come n pick us up at 5pm.
First destination di Phuket adalah mencari Hardrock Cafe. Dari shopping centre tu ingat nak naik tuk-tuk la ke situ sebab macam jauh je tempatnya. Sekali pemandu tuk-tuk tu tak nak ambik kiteorang da.... Dia suruh kiteroang jalan je. Mungkin bagi dia tempat tu dekat sangat dan tak banyak yg dia dapat collect dari kiteorang. Huhuhu....makanya menapak la kami di tengah hari buta tu.
Labels:
Things I Like,
Vacation
Sunday, February 3, 2013
Krabi With Besties...Part 1
Bismillahirrahmanirrahim....mari la saya mulakan cerita percutian sikit ke Krabi dan Phuket dengan BFF zaman uni dulu. Alhamdulillah walaupun semua dah sibuk dengan kehidupan masing-masing tapi tali persahabatan nie masih kukuh terjalin sehingga kini (eh...eh...apsal keluar ayat novel/bebunga cinta nie ????).
Memula mari citer macam mana boleh terjadinya trip nie. Semua nie adalah gara-gara promotion tiket murah AirAsia tahun lepas. Ye kawan2...tahun lepas punya promo, tahun nie baru bercuti. Nak tiket murah punya pasal, maka haruslah beli awal.
Ain la yang paling cekap merancang trip nie. Dia yang roger bila tiket murah, bila ada cuti, etc....Oleh sebab kecekapan itu, beliau telah dilantik sebagai project manager. Memang tepatlah pilihan kiteorang menjadikan dia PM trip nie. Semua berjalan lancar dan selamat.
Trip kali nie telah disertai oleh 6 orang BFF (Me + Hubby, Ain + Putra, Azua + Badd, Zailie + Man, Erin + Khairul, Surya + Edy) bersama hubby masing-masing. Nie trip untuk couple-couple je. Anak-anak terpaksa ditinggalkan untuk seketika. Btw, at the moment Surya n saya je ada anak kecil. Yang lain masih honeymoon lagi....;p
We came to Krabi on different date due to flight ticket price. Me, Azua n Erin arrived on 23 Jan while the others arrived on 24 Jan. Stayed in Krabi till 27, except for Erin n hubby. They left on 26 Jan.
During 5 days kat Krabi. kiteorang tinggal di Ao Nang Beach Hotel. It is a small hotel in the middle of Ao Nang Road. Tapi puas hati and selesa tinggal kat situ sebab everything is just a walking distance. Nak shopping, makan, massage, sewa motor, etc..semua dekat. Memang terbaiklah pilihan PM. Siap ada free wifi lagi. Sangat memudahkan komunikasi. Sebelum keluar bilik semua sibuk whatsapp antara satu sama lain. Dah buat decision baru keluar bilik.
Labels:
Things I Like,
Vacation
Sunday, November 11, 2012
At Highland
Last week saya kena kerja during weekends. Sob...sob..sob.....Tapi-tapi...untuk menjadikan kita lebih gumbira bekerja di hujung minggu, mari kita angkut kaum kerabat sekali. Lagi pun tempat saya nak buat kerja nie pun boleh dikatakan menarik jugak and ada jugak aktiviti or tempat yang diaorang boleh visit while I'm working.
So weekend lepas kite semua telah ke Cameron Highlands. Besides my small family n Bibik, saya bawa sekali my parents, my sis n my aunt. The more the merrier, betul tak? We stayed at Heritage Hotel, Tanah Rata. Sekali amik sampai 3 bilik. I myself opis dah sediakan satu bilik so hanya perlu tambah 2 bilik lagi for my family. My nie kena la bayar sendiri ....jgn la mengada nak masukkan sekali bawa LO Jabatan. Pastu boleh request untuk dapatkan bilik yang ada connecting door. Senang sikit Amsyar and Aimery nak berlari-lari dalam bilik tue. I quite like the room sebab bilik adalah luas dan sangat selesa. Kalau nak masuk dalam 4 orang dewasa tue senang-senang je. Cuma perlu bawa extra toto la kot untuk tidur. Kalau tak silap for the extra room I paid RM250 untuk bilik deluxe 2 orang dan RM330 untuk bilik deluxe 3 person. Sangat puas hati.
The 1st day (Jumaat) sampai tue dah pukul 3pm, Semua kepenatan. Lepas check in hotel terus pergi cari makan sebab dah pukul 4 lebih pun belum lunch lagi. Makan dekat je dengan area hotel. So nie kira jamak sekali untuk dinner. Lepas makan semua nak berehat sebab dah kepenatan. The next day barulah bersemangant nak berjalan kat situ. So sementara iolls sibuk bekerja, hubby take charged untuk bawa the whole family berjalan-jalan.
They visited the BOH Tea Plantation, pick strawberries at EQ Strawberry Farm and went to the Cactus Point. Nampak macam seronok je bila tengok piccas yang my sis ambik. Rugi tak dapat joint but nonetheless I'm glad they enjoyed themselves. Iolls juga yang perlu berkhidmat untuk negara di hujung minggu!!!! Malam tue hubby bawa my sis n mum to Pasar Malam Brinchang. Yang lain semua tak ikut coz dah kepenatan berjalan di siang hari. So jom layan gambar.
Jom bergambar sebelum bertolak
Wednesday, May 30, 2012
London-Paris-London (Finale)
Mari kita kasi tutup cerita pasal holiday hari tue. Cerita
sekali untuk hari ke-12, ke-13 dan terakhir di London. Pastu kita boleh pikir
nak buat entry apa pulak lepas nie. Untuk hari ke-12 tue, pagi-pagi lagi dah
keluar bershopping di Primark kat Ealing Broadway. Hari tue kan tak
sempat nak shopping sangat dan hubby dah janji nak pergi shopping kat Primark
Ealing plak. So off we go. To tell the truth, masa tu memang rambang mata
tengok tops yang lawa-lawa gila kat sana. Harga pun x mahal sangat. U can get a
nice top dengan harga lingkungan £8-£16 (sila jangan convert to RM ye). Masa
awal-awal tue main amik je apa yang nampak lawa. Ada dalam 10 helai kot. Pastu
nampak cardigan pulak. Harga dalam £4/helai. Capai jugak 2-3 color. Memang menggila
la tengok benda murah-murah nie.Then beli some throws, laundry basket, some
pillow and bed cover. Masa nie saya separate sekejap dengan hubby sebab nak
jimat masa.. Saya pergi ke ladies dept dan hubby ke gents dept. Kalau nak
mengikut bontot masing-masing memang sampai ke petang la tak siap shopping.
Lepas dah habis melakukan rondaan kat situ, barula tunjuk
kat hubby tops yang telah dipilih tadi. Minta pendapat dan approval dia. At
last, saya cuma ambil separuh daripada apa yang diambil tadi. Tak try langsung
uolls sebab malas. Pasni kalau tak muat merasa la sedekah baju-baju tu kat adik
adik….
Habis shopping terus balik rumah untuk hantar barang dan
berehat . Petang tu kita orang nak ke Reading pulak. Hubby nak jumpa member uni
dia kat sana. Zeid namanya. Last year masa kiteorang kat London, Zeid n family
sempat jugak datang kat rumah kiteorang. Kiteorang je tak sempat lagi nak
menjenguk dia kat Reading. Dah beberapa kali jugak dia jemput kami datang ke
rumah.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
Tuesday, May 29, 2012
London-Paris-London (Day11)
Dah sampai hari ke-11 dah kita rupanya. Lagi 3 hari sudah mau mau pulang ke tanah tumpah darah ku. Excited jugak nak balik sebab tak sabar nak jumpa buah hati pengarang jantung yang dua orang tue. Tapi sebelum pulang mari kita cerita dulu pasal road trip hari tu.
Sebelum bertolak ke London ada jugak survey beberapa tempat
yang mungkin boleh dilawati masa kunjungan ke London nanti contonnya macam
Leeds ke, Dover ke atau Portsmouth. Banyak jugak benda-benda yang menarik kat
situ. Sebab tu la gigih buatkan hubby punya PMA (Permit Memandu Antarabangsa)
supaya boleh buat roadtrip ke tempat-tempat itew.
Tapi masa naik coach pergi ke Bicester Village hari tue,
kiteorang terbaca pamphlet yang disediakan dalam bus tue. Apparently, diaorang
ada provide macam-macam tour untuk kita pilih berdasarkan kesesuaian bajet dan
masa kita.
Berdasarkan masa yang dah tinggal tak beberapa hari nie,
kiteorang decide untuk ikut tour nie instead of buat roadtrip sendiri. Selain
dapat menjimatkan duit sewa kereta dan minyak, kite boleh rileks je kat dalam
bus sambil menikmati pemandangan sekeliling. Kalau nak drive sendiri nie jenuh
jugak nak membaca GPS nak mencari tempat-tempat yang menarik tue. Kiteorang
pilih tour ke Leeds Castle, Canterbury Cathedral dan Dover. Untuk trip tue
bayaran sebanyak £89 dikenakan untuk setiap orang.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
Monday, May 28, 2012
London-Paris-London (Day 10)
Hari nie memang takde aktiviti khusus. Rasa macam nak lepak
je kat rumah untuk meregangkan urat-urat kaki yang dah seminggu lebih berjalan
tanpa henti. Tapi memang tak bolehlah sebab ada beberapa urusan lain yang hubby
kena selesaikan.
Basically semuanya pasal rumah MIL kat London tue. Council
tax semua tak bayar lagi since beli rumah tue. Sehinggakan dah sampai surat dari
court suruh bayar. Well bukan tak nak bayar tapi kiteorang kan tak dok kat
London so surat-surat tue semua macam tak diterima la. Dah datang sini baru tau
ada surat dari court. Masa tue mula la menggelabahkan. Silap-silap nie boleh
kena sama ke apa. Dekat London nie bukan boleh buat main-main. Dia punya
enforcement boleh tahan mantap.
So kiteorang pun pergi la ke Ealing City Council untuk
bertanyakan perihal council tax tue. Manalah tau boleh dapat exemption ke apa sebab
kiteorang tak dok situ. Rumah tue kosong…boleh tak tak payah bayar tax??? Hehehehe…..
Memang tak dapatlah jawapnya. Actually diaorang hanya bagi exemption dari
tempoh kita beli rumah tue sampailah tarikh kita masukkan barang ke rumah tu.
Itu takrifan dia orang untuk rumah kosong. Kalau dah masuk barang tapi tak
duduk stil kena bayar penuh. Boleh tahan mahal jugak tax dia.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
Friday, May 25, 2012
London-Paris-London (Day 9)
MIL, FIL, Aunty Jan and Uncle Din nak balik dah hari nie.
Malam tadi masing-masing sibuk mengemas barang masing-masing. Uncle Din and
Aunty Jan banyak sangat shopping sampai tak muat beg. Walau pun tak muat,
ditekan dan disumbat segala benda yang ada bagi masuk jugak semua dalam beg.
MIL dan FILnot too bad. Walau pun banyak shopping, mana barang-barang yang tak
perlu diaorang tinggalkan je kat London bagi memberi ruang kepada barang-barang
baru dibawa balik ke Malaysia.
Malam tadi saya gigih menolong MIL menulis dokumen-dokumen
untuk claim VAT masa kat airport nanti. Banyak sampai tak terkira. Lump sum
semua resit masa shopping kat Paris dan London..maka jadi sebaban. Saya ambil
masa 2 jam nak settlekan semua dokumen tue. Mak aii…letih tangan I uolls. Tapi
sebab MIL dan rasuah dengan office blouse daripada LK Bennett hari tue, maka
haruslah bersemangat saya menjalankan tugas…hehehe!!!!
End up masing-masing bawa 2 beg besar and hand luggage yang
masing masing dalam keadaan yang sangat sesak nafas sebab terlalu banyak barang
kat dalam. Flight they all pukul 12pm, but we left the house at 8.30am sebab
tak nak kelam-kabut masa kat airport nanti.
Sampai kat Heathrow orang tak ramai lagi. Maka segala urusan
untuk claim VAT berjalan dengan begitu lancar. Mudah je benda nie sebenarnya.
Cuma kena pastikan semua maklumat yang diperlukan dalam dokumen tue lengkap. Dia
yang jadi problem n lambat tue bila maklumat tak lengkap. If semua clear, 5 or
10 minit dah selesai. Cuma if u guys beli laptop ke or jewelry ke…tu semua u
all kena claim VAT bila dah masuk dalam. Diaorang x benarkan buat kat kaunter
VAT yang kat luar tue. Kalau kira-kira jumlah VAT yang boleh diclaim hasil dari
bershopping boleh dapat balik dalam £300. Tapi tu pun ikut nasib..kadang-kadang
dapat, kadang-kadang tak dapat. Kite boleh decide sama ada nak duit tu dikredit
dalam credit card atau ambil tunai masa tue jugak. If uolls decide nak amik
tunai, ada bayaran service dikenakan. So maknanya lagi kurang lah uolls dapat.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
London-Paris-London (Day 7)
# Sepatutnya entry nie dipost dahulu sebelum entry Day 8..tapi saya sudah silap. So pandai-pandai uolls adjust la ye nak bace yang mana dulu.TQ!!!!
Hari ini adalah hari shopping untuk kami semua. Kiteorang
nak ke Bicester Village. Untuk ke sana banyak option yang uolls boleh gunakan
sama ada nak drive, naik train or naik special coach yang telah disediakan.
Untuk tujuan membeli belah kali nie, kiteorang decided untuk naik special coach
dia. Boleh booking daripada website nie. Tapi coach nie hanya tunggu di tempat
yang telah ditentukan saja.
Bagi tujuan tue, kiteorang terpaksa naik bus dari Acton ke
Cumberland Hotel di Oxford Street sebab Cumberland Hotel adalah salah satu
perhentian yang dilalui oleh coach tu. Around 9.20am kami bertolak dari
Cumberland Hotel. After Cumberland Hotel, ada few stops lagi before coach bergerak ke
Bicester Village.
Perjalanan dari London ke Bicester Village memakan masa
lebih kurang 1 jam. Depends pada traffic la jugak. For us, we arrived there
around 10.50am. Basically, uolls semua akan dilepaskan untuk bershopping di
situ sehingga pukul 4.45pm. Dan pukul 5pm coach akan bertolak balik ke London.
Makanya uolls ada masa lebih kurang 6 jam untuk bershopping sakan kat situ.
Personally kalau uolls tanya saya 6 jam tue cukup ke tak, I‘ll say not enough. Kat sana ada lebih
kurang 1++ kedai yang uolls patut masuk dan tengok. Kurang-kurang 15 minit satu
kedai. Kalau ada yang berkenan lagilah lama kat situkan. So plz rancang masa
uolls dengan sebaik-baiknya supaya tak terlepas peluang untuk masuk ke
kedai-kedai yang uolls dah target. Untuk tujuan perkongsian, antara
jenama-jenama yang ada kat sana adalah Gucci, Dior, Salvatore Ferragamo, Anya Hindmarch,
Ted Baker, Tod’s, Bally and many many more. Kalau nak lagi details, uolls boleh
check dekat their website.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
Thursday, May 24, 2012
London-Paris-London (Day 8)
Nie lah tujuan utamanya saya dan hubby ke London. Hari ini
adalah hari yang sangat bermakna untuk suami saya sebab hari ini secara
rasminya dia akan menerima Master in Science (Economic Regulation and
Competition). The whole family was so proud of him.
Seawal pagi dah bersiap untuk ke Barbican Theatre &
Dance kat East Central, London. Cab yang biasa ambil dan hantar kitaorang dah
siap tunggu pukul 8am. Memandangkan hari tersebut adalah hari Isnin maka
kesesakan lalulintas tak dapat nak dijangka. Justeru, walaupun majlis bermula
pukul 10am harus sampai awal untuk elakkan perkara yang tak diingini berlaku. Aunty
Jan and Uncle Din tak ikut sebab diaorang ada program lain.Sampai sana around
8.45am dan orang dah mula ramai. Hubby terus je ke kaunter for graduands untuk
dapatkan gown and robe. Ada sorang lady
nie akan bantu all the graduands with their gown and robe. So tak payah
risaulah sama ada kita pakai betul ke salah. Semuanya taken care of.
![]() |
| Yang diraikan..Mr. Hubby |
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
London-Paris-London (Day 6)
This was the last day di Paris. Cepat bebenor rasanya masa
berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak kena balik. Pagi tue dah sibuk packing baju dan barang-barang yang dibeli. Nasib tak shopping beria kan so
beg adalah selamat. Tak perlu dipijak atau ditekan untuk memastikan semua
barang dapat disumbat di dalamnya.
Pagi tu jugak sibuk menghabiskan stok-stok makanan yang
dibawa dari London sebab prinsip kami berjalan
adalah apa yang dibawa perlu dihabiskan dan tidak boleh dibawa pulang.
Lagi pun buat penuh beg je nanti. Kat dalam beg tu kan ada banyak barang-barang
baru. Tak bestlah nak campur-campur dengan barang makan….busuklah nanti. So
gigihlah kami semua memenuhkan perut dengan Maggi Kari Cup, roti, serunding daging, teh
tarik dan Milo. Last-last, terpaksa angkut jugak Milo bawa balik ke London
sebab ada baki lagi lebih kurang 500 gram. Sayang plak kalau tinggal. Milo
sekarang mahal gila..terasa rugi pulak.
By 11am dah keluar dari apartment to Gare de Nord untuk naik
Eurotrain balik ke London. Ours pukul 1.45pm tapi the others dalam pukul 4pm
kot. MIL dan FIL nak balik cepat so depa tukar tiket supaya sama dengan
kiteorang. Tiket diaorang boleh tukar sebab diaorang beli yang flexi punya. But
still kena tambah duit sikit. For Aunty Jan and Uncle Din they had no choice
but to wait there until 4pm sebab tiket diaorang x flexi. Dalam train tue baru
la rasa kepenatan 4 hari berada di Paris. So masing-masing belasah tidur sampai
ke London.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
London-Paris-London (Day 5)
Hari berikutnya me n hubby plan nak jalan-jalan kat Bandar sebab
hari tue kan tak puas jenjalan. Thought of going and spending some time at The
Louvre Museum dan tempat-tempat yang
lain. But MIL had other plan. She ajak all of us to go to La Vallée Village for
shopping.
Honestly, I didn’t have any plan for shopping in Paris.
Datang Paris nie lebih kepada nak jalan-jalan je sebab duit pun bukannya ada
sangat kan…hehehe…Tapi since MIL dah request nak pergi kita turutkan saja. Pagi
tue MIL xde conference tapi we have to be back by 3.30pm sebab MIL nak attend
the closing event.
So off we go. Sama macam semalam, naik Metro dan RER untuk
ke La Vallée Village. Sepatutnya turun kat Marnée but kiteorang decided untuk
turun kat Disneyland sebab kat situ lebih mudah nak dapat taxi. Actually dari Marnée
tue boleh je jalan kaki untuk sampai ke La Vallée Village but all the senior
citizen tak larat nak jalan. Cab pun susah nak dapat kat area tue.
Dari Disneyland ke La Vallée Village ambil masa dalam 10
minit untuk sampai. Around 10am, kami semua dah bersedia untuk bershopping.
Kedai pun kebanyakkan baru dibuka. Cuaca pagi tu boleh tahan sebab ada jugak
nampak matahari but towards the afternoon tue cuaca sudah tidak menentu.
Sekejap panas, sekejap hujan.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
Monday, May 21, 2012
London-Paris-London (Day 4)
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari
ni kita akan ke Disneyland kawan-kawan. Dalam pukul 8.00 pagi dah keluar dari
apartment. Terlanjur tue hantar dulu MIL gi conference. Then terus je naik
Metro sampai ke Charles de Gaulle Etoile then tukar naik RER ke Disneyland.
Disneyland adalah stop yang terakhir sekali. Boleh tahan jauh jugak nak ke sana
dari pusat Bandar. Rasanya ada dalam 30 minit perjalanan. Nasib RER x penuh
maka dapatlah duduk dengan selesa. Kalau nak kena diri sampai ke Disneyland
masak jugak kaki dibuatnya.
By the time kiteorang sampai tue memang
just nice je sebab Disneyland baru je memulakan operasinya untuk hari itu. Satu
yang uolls kena alert adalah opening time for the park. Ia berbeza-beza. At
certain date dia buka lebih awal macam pukul 9.00am or 9.30am. Tapi masa
kiteorang pegi tue diaorang buka from 10am till 10pm. But if u guys duduk kat
hotel diaorang uolls akan dapat extra
magic hours di mana uolls boleh masuk park bermula jam 8am. Maknanya uolls ada
extra 2 hours. Byk benda boleh cover dalam 2 hours tue sebab masa tue orang
memang tak ramai lagi.
FIL, Aunty Jan dan Uncle Din tak nak masuk
ke Disneyland tapi diaorang nak jugak tengok tempat tue kat mana so sebab tu
diorang follow sampai ke Disneyland. Lepas bergambar kat entrance Disneyland
Park tue, diaorang patah balik ke La Vallée Village. La Vallée Village nie
outlet shopping macam kat Bicester Village kat UK nun. Kalau nak ke La Vallée
Village menaiki RER, sila berhenti di stop kedua terakhir. If tak silap stop
Marnee. Lepas stop Marnee baru stop untuk ke Disneyland.
Labels:
Things I Like,
Vacation
Friday, May 11, 2012
London-Paris-London 2012 (Day 3)
Hari ketiga nie (18 April) kami nak pi Paris. So malam tadi dah suruh hubby set alarm untuk bangun pagi esok. And before that hubby dah booking cab to pick us at 4.30am sebab train bertolak pukul 5.45am. Actually Station St Pancras tu takdelah jauh mana. Nak-nak kalau bertolak pagi-pagi buta macam nie memanglah takde jam ke apa. But to be safe, kiteorang bertolak awal dari rumah.
Pagi tue saya terjaga sebab alarm dah bunyi. Kejut hubby
suruh off alarm sebab bising gila. Pastu mamat tue boleh pulak dia cakap macam
nie :
“ Eh chyang…..cepat siap dah pukul 4.25pagi”.
WTH!!!!!!
Saya pulak bila dah dengar hubby cakap 4.25pagi memang tak
lengah terus capai towel dan mandi. Dalam hati nie dah membara nak marah dia
sebab tak kunci jam betul-betul dan membuatkan saya jadi kelam kabut pagi nie.
Tak sempat lagi marah sebab xde masa.
Hubby pulak tak sempat nak mandi…gosok gigi je. Terus
kiteorang siap-siap and turun kat bawah untuk naik cab. Masa tue dah pukul 4.50pagi.
Tercari-cari jugak cab yang sepatutnya ambil kiteorang pagi tue tapi nan ado.
Suruh hubby call company tue balik. Dah la lambat…teksi pun x sampai lagi. Nie
bukan petanda yang baik nie.
Labels:
Family,
Things I Like,
Vacation
Subscribe to:
Posts (Atom)



