Nie lah tujuan utamanya saya dan hubby ke London. Hari ini
adalah hari yang sangat bermakna untuk suami saya sebab hari ini secara
rasminya dia akan menerima Master in Science (Economic Regulation and
Competition). The whole family was so proud of him.
Seawal pagi dah bersiap untuk ke Barbican Theatre &
Dance kat East Central, London. Cab yang biasa ambil dan hantar kitaorang dah
siap tunggu pukul 8am. Memandangkan hari tersebut adalah hari Isnin maka
kesesakan lalulintas tak dapat nak dijangka. Justeru, walaupun majlis bermula
pukul 10am harus sampai awal untuk elakkan perkara yang tak diingini berlaku. Aunty
Jan and Uncle Din tak ikut sebab diaorang ada program lain.Sampai sana around
8.45am dan orang dah mula ramai. Hubby terus je ke kaunter for graduands untuk
dapatkan gown and robe. Ada sorang lady
nie akan bantu all the graduands with their gown and robe. So tak payah
risaulah sama ada kita pakai betul ke salah. Semuanya taken care of.
|
Yang diraikan..Mr. Hubby
|
|
Isteri yang tumpang bangga |
|
Graduands only |
|
Siap ada assistant |
|
Nama punya halus dia cetak |
|
Nasib jumpa jugak nama hubby |
Lepas dah siap semua, kiteorang pergi ambil gambar
kenang-kenangan with the family. Mula-mula gambar yang diraikan of course - Mr.
Hubby. Then me + hubby. Pastu hubby with his parent and last but not least all of us. Gambar tue
tak dapat lagi. Depa kata bila dah siap depa akan Post ke Malaysia. Kalau
ikutkan dah sebulan dah nie tapi tak nampak lagi batang hidung gambarnya. X
sabar nak tengok gambar tue dan nak gantung kat rumah baru nanti.
Basically untuk majlis nie, setiap graduan yang hadir
ditawarkan dengan maksimum 3 seats setiap orang. And mind u, setiap seat tue
perlu dibayar. Seorang £25 (buat duit betul depa nie). Dan guests tue diaorang
tak restrictkan kepada orang dewasa sahaja. Oleh itu, ada lah yang membawa anak
kecil ke dalam dewan. Pulak tue si anak buat perangai semasa majlis
berlangsung. Budak itu menangis boleh tahan kuat ok…semang satu dewanlah dengar
suara dia. On off budak tue menangis. Mak dia boleh buat selamba je bila budak
tu tak nak diam. If saya, memang dah bawa dah anak tu keluar. Mungkin dia tak
selesa duduk je macam tu. Annoying gila bila dengar budak tue menangis dan mak
dia buat selamba. Mengganggu majlis.
Around 10am, acara bermula dengan dekan-dekan, VC dan
Cansellor mengambil tempat masing-masing. Then ada opening speech sikit sebelum
disampaikan Anugerah Kehormat. Lepas tue dah startlah penyampaian Post
Graduate, Master Degree and PhD.
Simple gila majlis diaorang. Takde rehearsal langsung.
Salute jugaklah kan sebab everything went smoothly sebab diaorang semuanya
sangat professional. They even give the certificate straight away. As a
tradition, graduan tak dibenarkan pakai topi kat kepala tue masa naik pentas.
Graduan naik pentas, salam Cansellor… pastu terus je jalan and ambil cert kat
hujung pentas. Settle semua benda. Tak payahlah macam kita nak pi naik pejabat
HEP untuk ambil sijil kita.
Pakaian graduan masa naik pentas tue memang pelbagailah.
Daripada yang panjang berjela sehinggalah kepada jenis yang tak cukup kain.
Selamba je diaorang nak pakai apa especially for the ladies la. For gent tak
banyak pilihan sangat, kebanyakkan semua pakai suit je.
The crowds sangat-sangat happening ok. Daripada penerima
pertama sehingga ke penerima sijil yang terakhir, tepukan sentiasa gemuruh. All
the family and friends sangat supportive and sporting. Kalau masa saya convo
dulu, yang penerima pertama dan terakhir je mendapat tepukan gemuruh. Yang
tengah-tengah tue sayup-sayup je bunyinya.
Yang nampak macam berbeza sikit, untuk penerima PhD diaorang kena melulut atas bench rendah yang disediakan
depan Cansellor dan Cansellor akan pakaikan robe tu pada graduands. Yang nie 1st
time saya tengok. Nampak macam unik sikit.
|
Ready to start the ceremony |
|
Proud parent |
|
Hubby dah bersedia nak naik ke pentas |
|
Thumbs up!!! |
|
Kasi salam sikit dengan Cansellor |
|
Nak ambil cert |
After majlis, diaorang hidang coffee and tea for all guests.
Yang lain-lain tue kenalah beli sendiri. We did help ourselves with the coffee.
Then decide untuk pergi makan kat Tinseltown di Bayswater untuk celebrate hubby’s
achievement. Memang terbaiklah cadangan tu sebab memang dah kebuluran sangat
dah time tue. Mana taknya dah hampir pukul 1pm dan cuaca sejuk adalah penyebab
kelaparan berganda. Dah terbayang dah sirloin steak dan shakes yang sedap kat
situ.
|
We are proud of u dear!!! |
|
His classmate. On the left is Sam and on the right is Rishi |
|
Aksi berlagak setelah dapat Master |
|
I'd done it!! |
|
With Mum |
Alhamdulillah, orang tak ramai dan order pun cepat sampai. Memang
makan besar masing-masing. Semua orang khusyuk makan sampai tak sempat nak
bersembang. MIL dan FIL pun enjoy makan kat situ. Nie 1st time
diaorang datang makan kat Tinseltown. Kiteorang dah beberapa kali jugak datang
sini since dok London tahun lepas. Makan besar tengahari itu telah disponser
oleh MIL yang sangat gumbira kerana kejayaan anakandanya mendapat Master. TQ
Mummy….
|
Dah slurp separuh baru ingat nak amik gambar |
|
Our foods |
|
Yummy!! |
As part of the celebration, lepas makan tue kite naik London
Eye. That was my 1st time naik London Eye. Masa dok sini dulu tak
teringin pulak nak naik benda nie. Nampak macam tak ada apa yang best. Bila da
peluang nie, nak jugak rasa kan. Basically ok je benda nie. Bolehlah nampak
view sekitar dari pandangan atas. Boleh tahan jugaklah. Tapi cuaca hari tue tak
berada elok. Hujan dan mendung. Makanya banyak kawasan yang diliputi awan dan
kabus.
Begitulah berakhirnya majlis sambutan convocation suami
saya. A very simple celebration yet a memorable one. So lepas nie saya kenalah
cari masa untuk sambung belajar pulak. Kena cari mood nak belajar dulu….hehehe….
No comments:
Post a Comment