Monday, May 21, 2012

London-Paris-London (Day 4)



Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari ni kita akan ke Disneyland kawan-kawan. Dalam pukul 8.00 pagi dah keluar dari apartment. Terlanjur tue hantar dulu MIL gi conference. Then terus je naik Metro sampai ke Charles de Gaulle Etoile then tukar naik RER ke Disneyland. Disneyland adalah stop yang terakhir sekali. Boleh tahan jauh jugak nak ke sana dari pusat Bandar. Rasanya ada dalam 30 minit perjalanan. Nasib RER x penuh maka dapatlah duduk dengan selesa. Kalau nak kena diri sampai ke Disneyland masak jugak kaki dibuatnya.

By the time kiteorang sampai tue memang just nice je sebab Disneyland baru je memulakan operasinya untuk hari itu. Satu yang uolls kena alert adalah opening time for the park. Ia berbeza-beza. At certain date dia buka lebih awal macam pukul 9.00am or 9.30am. Tapi masa kiteorang pegi tue diaorang buka from 10am till 10pm. But if u guys duduk kat hotel diaorang  uolls akan dapat extra magic hours di mana uolls boleh masuk park bermula jam 8am. Maknanya uolls ada extra 2 hours. Byk benda boleh cover dalam 2 hours tue sebab masa tue orang memang tak ramai lagi.

FIL, Aunty Jan dan Uncle Din tak nak masuk ke Disneyland tapi diaorang nak jugak tengok tempat tue kat mana so sebab tu diorang follow sampai ke Disneyland. Lepas bergambar kat entrance Disneyland Park tue, diaorang patah balik ke La Vallée Village. La Vallée Village nie outlet shopping macam kat Bicester Village kat UK nun. Kalau nak ke La Vallée Village menaiki RER, sila berhenti di stop kedua terakhir. If tak silap stop Marnee. Lepas stop Marnee baru stop untuk ke Disneyland.

Saya adalah jakun bila dah sampai Disneyland. Maklumlah 1st timer…. Jakunnye ada terlebih sikit. Tak tau nak start kat mana dulu nie. Walau pun dah buat research sikit-sikit pasal tempat nie, bila dah sampai macam terblur sekejap akibat kekaguman. Ni kalau Amsyar dan Aimery ada nie memang excited diaorang tengok benda-benda yang ada kat sini. Tak pe ye anak-anak, ada rezeki mummy n ayah bawa kamu semua datang sini.














So berbalik pada cerita pengembaraan di Disneyland Park. The 1st thing that u have to do here is to get the programme leaflet. Daripada situ uolls boleh dapat  details of show, parade and Disney Character Meet n Greet times. Dari itu jugak uolls boleh planlah aktiviti or di mana lokasi yang patut dilawati mengikut keutamaan. Sebab nanti kalau terlepas show/parade memang akan rasa sangat menyesal. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memanglah sangat penting programme leaflet tue. Dari segi bahasa tak perlu risau sebab dia ada sediakan maklumat dalam pelbagai bahasa termasuk English. And satu lagi jangan lupa ambil park guide. Tempat nie adalah sangat besar so bila ada map tue lebih teruruslah pengembaraan uolls kat Disneyland Park tu.

Basically there are 5 lands that yang sangat superb dalam Disneyland Park iaitu Adventureland, Frontierland, Fantasyland, Discoveryland and Main Street, USA. So up to uolls la nak mulakan daripada mana sebab semua land adalah awesome. Untuk pergi ke semua land nie u can either walk or boleh naik train yang disediakan. Train tue akan lalu kat semua land dan u can choose where to stop.

For us, kiteorang start naik train kat Main Street, USA dan stop di Fantasyland. All the magic of the great Disney Classics is here. Memang meriah gila kat sini dengan castle yang sangat berwarna-warni dan permainan yang mengujakan. Antara yang uolls patut lawati Sleeping Beauty Castle, Peter Pan’s Fight, Alice’s Curious Ladyrinth. And benda yang wajib uolls try/masuk masa kat Fantasyland nie adalah : “It’s A Small World”, Peter Pan’s Fight, dan Mad Hatter’s Tea Cups. Kat sini jugak akan ada Meet Mickey Mouse session  and Disney Princess. So uolls kena check time dia dalam programme leaflet. This land adalah sangat sangat dicadangkan untuk yang datang berkeluarga dan ada small kids. They’ll loved it.

























Lepas tue, kami ke Adventureland pulak yang bersebelahan dengan Fantasyland. Kat sini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan akvitivi exporasi dan penuh dengan cabaran. Ada lebih kurang 6 attractions yang uolls boleh enjoy  kat sini tapi jangan sesekali lepaskan peluang untuk cuba Indiana Jones and the Temple of Peril. Ride nie hanya untuk yang berani saja ye…kalau tak berani sila tengok dari bawah saja. And satu lagi yang menarik kat sini adalah Pirates of the Caribbean. Memang wajib dicuba kalau uolls datang kat sini.














Next stop adalah Frontierland. Kiteorang tak spend banyak masa sangat kat sini. Just jalan-jalan dekat situ dan try satu dua benda je iaitu Phantom Manor dan Thunder Mesa Riverboat Landing. Phantom Manor tue sama macam masuk rumah hantu. Tapi nasib baik lah takde jenis orang yang berlakon jadi hantu pastu dok kacau-kacau kita waktu kita tengah jalan. Kalau ada tu memang I takut uolls. Haruslah jalan tutup mata sampai genggam kuat tangan hubby. Yang kat situ semua jenis patung yang stand still je. Tapi keadaan yang gelap dan malap itu pun sudah cukup menggerunkan. Tak sabar nak keluar rasanya. And naik Riverboat tue macam rileks je. Pusing pulau sambil menikmati pemandangan sekitar. Kalau dah naik benda-benda or ride yang rasa nak gugur jantung tue, uolls bolehlah menenangkan diri dengan naik riverboat nie. Rileks je.  Tapi ada satu benda yang best tapi kitaorang x naik iaitu Big Thunder Mountain. Mula-mula memang nak naik tapi tengok queue panjang sangat so kita skip dulu dengan harapan nanti ada masa kita pusing datang kat sini balik. Tapi memang x sempatlah jawabnya. Banyak sangat benda nak try kat Disneyland nie.









Round 3 lands nie pun dah hampir pukul  4pm. Lepas tue kiteorang keluar dari Disneyland Park untuk ke Walt Disney Studio pulak. Tak perlu risau sebab kita boleh masuk balik kat Disneyland Park sebab masa nak keluar tue tangan kita akan dicop. So tunjuk je cop tue masa nak masuk balik nanti.

Terkejar-kejar uolls. Rasa macam masa berjalan dengan sangat pantas hari tu. Kena pantas sebab kebanyakkan tempat tutup kt Walt Studio nie tutup dalam pukul 6pm kalau weekdays. Sampai situ terus masuk ke Animagique tengok cartoon Disney black and white sambil mendengar lagu Disney yang best best. Show tue ada dalam 20 minit kot. Pastu pergi merasa naik Flying Carpets Over Agrabah. Terasa macam kanak-kanak riang pulak naik flying carpet tu. Kalau Amsyar and Aimery naik nie memang seronok diaorang.

Habis naik flying carpet terus ke CinéMagique untuk show pukul  5pm. Lepak tengok movie yang ditayangkan lebih kurang dalam 30 minit. Best gak..sebab tetiba je ada keluar bom la, ada bunga api la, pelakon tetiba muncul dari screen la. Memang enjoy la.

















Then kiteorang layan The Twilight Zone Tower of Terror. Yang ini memang terbaik uolls. Dahlah keadaan tower tue tengok pun dah mengerikan. Bila dah masuk lif tue lagi rasa nak pengsan. Kalau uolls nak tau macam mana rasa bila lif nak terhempas, sila la cuba benda nie. Serius mengerikan. Rasa macam tertinggal je jantung kat atas. But seriously, kalau ada peluang memang nak naik lagi. Menjerit tak ingat kat dalam lift tu I tell you….




Pastu masuk kat Toy Story Playland pulak. Kat sini ada banyak benda best tapi kami tak sempat naik semua. Hanya sempat naik RC Racer je. Memang berbaloi beratur lama tau. Best gila sebab menakutkan. Takut sangat sampai tak larat nak jerit. RC Racer nie ride yang berbentuk semi D. So kita akan turun naik kat semi D tue. Nak naik takdelah takut sangat tapi bab turun tue memang gila. Rasa nak terjunam pun ada. Tapi kalau dapat seat yang paling depan tue memang lagi thrill kot. Kalau uolls sampai sini make sure try this one n the other 2 rides iaitu Toy Soldiers Parachute Drop n Slinky Dog Zigzag Spin.












Nie ada satu lagi ride yang memang mencabar akal dan minda dan wajib cuba iaitu Rock n Roller Coaster starring Aerosmith. Uolls penah naik roller coaster dalam gelap sambil diiringi music rock yang hingar? Kalau tak pernah meh cuba kat sini. Memang awesome!!!! Yang bestnya we don’t know what to expect sebab gelap nak mampus dan ada sikit-sikit lampu lip lap yang sekejap terang dan sekejap gelap. Tau-tau je dah menjunam turun ke bawah.  Then pastu dah terus meluncur laju berpusing-pusing sampai pening kepala den dibuatnya. Boleh muntah hijau kalau tak tahan.  Walau pun begitu… I LOIKE!!!!!

Tu je ride yang sempat naik sebab ada banyak yang dah tutup. See 1 hari memang tak sempat kalau nak naik semua benda. Sebab tue kalau uolls datang, spend 2 hari kat sini. Baru berbaloi dan puas hati. Masa nak keluar dari area Backlot tue, terserempak dengan Goofy. Goofy je la yang Disney character yang I sempat jumpa uolls. Sedih ok!!!! Dapatlah bergambar sekeping dua, jadilah daripada takde langsung.






Then beli some souvenirs kat Studio 1. Actually pasal souvenirs nie tak payah risau sebab memang ada kat merata-rata dalam kawasan Disneyland nie. Sediakan duit je. Barang-barang dia memang awesome. Rasa macam nak beli semua.

Later on kiteorang masuk balik Disneyland Park. Kiteorang dah terlepas Disney Magic on Parade sebenarnya. Parade pukul 5pm. Masa tue gigih pulak nak tengok show kat CinéMagique. Nak berjalan balik ke Disneyland Park malas gila masa tue. Akhirnya menyesal tak sudah. Bukan apa, kalau pegi Disneyland tak tengok parade tue macam tak complete je kot lawatan tue. Takpe-takpe, adalah alasan kita nak datang lagi nanti. Huahuahua…berangan je dulu!!!!

Barang yang dah lepas jangan dikenang, betul tak? Mari kita teruskan pengembaraan. Masuk je balik kat Disneyland Parks, kiteorang terus pergi ke Discovery Land. 1st round tadi tak sampai sini lagi. ada few things yang menarik yang uolls kena try iaitu Buzz Lightyear Laser Blast, Stars Tours, Space Mountain : Mission 2 and Autopia. Kiteorang just  try Buzz Lightyear Laser Blast and Space Mountain : Mission 2. Tue pun memang dah best gila. Space Mountain tue salah satu lagi ride yang berbaloi-baloi dicuba. Sakit satu badan dibuatnya.


Main Street USA

Pose...just to kill the time

By this time memang dah penat gila. Masa tue pun dah pukul 7 lebih kot. So kiteorang decide nak lepak sekejap kat cafe. Sambil-sambil pekena hot choco dan fries sambil melayan cartoon Disney. lega gila rasanya dapat duduk sambil menikmati minuman panas. Cuaca kat luar tue tak menentu. Kejap hujan.....kejap hujan...pendek kata banyak hujan drpd panas. Makanya memang asyik kebasahan dan kesejukanlah....Perut pun asyik lapar je....By this time pun byk jugak ride yang diaorang dah close. Kiteorang dah tak larat nak main-main lagi. Just nak tunggu the finale - Disney Dreams..pastu nak balik sebab satu badan sudah keletihan.

Dari pukul 8.15pm dah terpacak kat depan Sleeping Beauty Castle tue. kalau lambat memang jawabnye dok kat ceruk tepi mana tah. So bagi memastikan anda dapat port baik tak ingat dunia, Silalah berada awal di lokasi kejadian. Berdiri dari pukul 8.15pm sampai ke 10pm baru dapat tgk Disney Dreams ok...Lenguhnya kaki Tuhan sahaja yang tahu. Namun untuk pengalaman yang pertama ini kugagahkan jugak. Disney Dreams nie akan start normally at park closing time. Masa kiteorang pergi tu...pukul seploh malam pun baru macam lepas maghrib je suasananya. Macam mane naik main bunga api n laser bagai kalau langit cerahkan. Tak bestlah...So kena tunggu bagi gelap sepenuhnya baru la best....Kalau macam tue, waktu summer kol 10pm pun masih cerah...camne lak tue????

Tapi memang berbaloi-baloi la menunggu punyalah lama. Show memang fantastic, bombastic, marvellous...dan sewaktu dengannya. Terkedu sekejap melihat keindahan malam dilimpahi sinaran cahaya bergemerlapan. memang kekal dalam ingatan la pengalaman nie. The show lasted almost 25 minutes.I managed to recorded it. tapi pakai video SII i sajork. Jadi quality x berapa elok sgt la. But still kalau terasa rindu-rinduan kt Disneyland nie bolehlah playback that video kat. Pastu sila berangan sendiri.




That night, we reached the apartment around 12.30pm. Buat apa yang patut, then terus terjah sofa bed. Tetiba terasa keempukan yang teramat pulak....Basically, I enjoyed myself at Disneyland (gila ko tak enjoy kat Disneyland???). I wish I had more time...so that boleh main/naik byk lagi ride yg best.

But hubby said we were lucky sebab hari yang kiteorang pergi tue hubby kata boleh consider tak ramai. Dalam hati saya kata, gila tak ramai? Masa tgk Disney Dreams tue je penuh the whole Mains Street tue. Hubby kata kalau tak boleh kena queue for hours for certain rides. Tapi hari tue the longest queue was 50 minutes. Tu hubby kata tak lama...(lemah kepala lutut makcik nie beratur, pakcik nie kata tak lama???). Ada jugak ride yang tak payah nak beratur sebab xde orang nak naik dah. tapi tu time dah nak malam la...Kalau yang siang tu memang takde yang x kena beratur,semua beratur memanjang.......


Kesimpulan yang boleh saya buat adalah......
SAYA NAK PERGI DISNEYLAND LAGI TAPI DENGAN ANAK-ANAK SEKALI.



No comments: