Thursday, May 24, 2012

London-Paris-London (Day 6)



This was the last day di Paris. Cepat bebenor rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak kena balik. Pagi tue dah sibuk packing baju dan barang-barang yang dibeli. Nasib tak shopping beria kan so beg adalah selamat. Tak perlu dipijak atau ditekan untuk memastikan semua barang dapat disumbat di dalamnya.

Pagi tu jugak sibuk menghabiskan stok-stok makanan yang dibawa dari London sebab prinsip kami berjalan  adalah apa yang dibawa perlu dihabiskan dan tidak boleh dibawa pulang. Lagi pun buat penuh beg je nanti. Kat dalam beg tu kan ada banyak barang-barang baru. Tak bestlah nak campur-campur dengan barang makan….busuklah nanti. So gigihlah kami semua memenuhkan perut dengan Maggi Kari Cup, roti, serunding daging, teh tarik dan Milo. Last-last, terpaksa angkut jugak Milo bawa balik ke London sebab ada baki lagi lebih kurang 500 gram. Sayang plak kalau tinggal. Milo sekarang mahal gila..terasa rugi pulak.

By 11am dah keluar dari apartment to Gare de Nord untuk naik Eurotrain balik ke London. Ours pukul 1.45pm tapi the others dalam pukul 4pm kot. MIL dan FIL nak balik cepat so depa tukar tiket supaya sama dengan kiteorang. Tiket diaorang boleh tukar sebab diaorang beli yang flexi punya. But still kena tambah duit sikit. For Aunty Jan and Uncle Din they had no choice but to wait there until 4pm sebab tiket diaorang x flexi. Dalam train tue baru la rasa kepenatan 4 hari berada di Paris. So masing-masing belasah tidur sampai ke London.

Overall, saya sangat enjoy trip ke Paris nie. Paling seronok sekali mestilah di Disneyland. Pengalaman pertama yang memang tak akan dilupakan. Saya juga berazam untuk datang lagi ke sini dengan anak-anak sekiranya ada rezeki nanti. Bandar Paris pun meninggalkan kenangan yang berharga untuk saya. Tak sangka dan tak pernah terfikir pun yang satu hari nanti saya dapat sampai ke Kota Cinta ini apatah lagi bergambar di Eiffel Tower. Melihat tinggalan sejarah dan keunikan senibina bangunan di sini turut membuka mata dan memberi perspektif baru kepada saya. Macam kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan dan pengalaman. So personally saya nak ucapkan terima kasih kat hubby sebab melayan kehendak isterinya sepanjang berada di Paris nie. Mana saja saya nak pergi dan apa saya saya mahukan dia menurut tanpa bantahan. I love u dear!!!!

Akan tetapi..ada jugak yang saya tak berapa gemar masa berada di Paris nie. I dun know about u guys yang pernah datang ke Paris, I personally think this city is a bit dirty. Seriously, kat tempat tourist attractions pun u can see like piles of rubbish. I compared this city to London sebab this two city is so famouskan. U can rarely see rubbish kat tempat yang orang selalu lawat kat London. City Council diaorang memang sentiasa akan kelihatan di mana-mana untuk memastikan kebersihan bandar London. Unlike Paris, susah jugak nak jumpa. Ada la kot tapi tak banyak.

Lagi satu yang tak boleh tahan adalah laluan nak ke Metro. Dahlah kat bawah tanahkan. Boleh dikatakan, sepanjang laluan tue u can smell bau hancing ok…Just imagine udara yang u sedut tu macam mana. Saya bila nak ke Metro tue memang paling tak suka. If possible I will avoid naik Metro sebab tak tahan dengan bau-bauan yang kurang menyenyangkan tue. Ada satu kali tue, kiteorang baru turun Metro dan nak naik ke atas. Escalator tak ada cuma ada tangga dan lift. Oleh sebab MIL tak boleh naik tangga so kiteorang naiklah lif. OMG…punyalah hancing kat dalam lift tue rasa macam nak menyumpah sapa yang kencing kat dalam tue. Dah la lift tue bergerak macam siput, lama gila nak sampai ke atas. Boleh semput dibuatnya sebab menahan nafas.

Tu semua pengalaman saya la. Kalau uolls ada pengalaman bolehlah share. So that, kita sama-sama dapat bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak diduga.

Till then…..Will continue ASAP!!!!

No comments: